Tuesday, December 9, 2014

Siapa aku di Kenanganmu

Salam.
Kadang terfikir, apakah memori diriku dalam kotak ingatan teman teman dan kenalanku. Apakah mereka mengingati aku sebagai orang yang baik,  sombong, ego, kuat cemburu ataukah apa. Majoriti peribadiku negatif atau positif ya. Dahulu sering berfikir fikir mahu mencipta satu set soalan untuk mereka yang telah lama atau baru mengenaliku, sekadar soalan ringkas untuk bertanyakan mereka akan pendapat mereka tentang diriku. Namun semuanya tinggal kemahuan. Jalan sudah ada tapi hanya tinggal anganan. Lagipun jika wujud set soalan seperti itu, aku merasa sangat ingin tahu siapalah agaknya yang sudi menjawab soalan sedemikian. Mungkin bagi sesetengah orang aku ini sudah buang tebiat. Entahlah. Kumohon hidayah dari Allah untukku dan juga kamu. Jumpa lagi inshaAllah.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...