Thursday, April 24, 2014

Berbahagialah :)

Saat kita semua sudah mula meningkat dewasa. Saat umur makin meningkat melepasi 20. Pasti tiada sunyi daripada soal hati.
Walau dinafi sejauh mana. Sibuk dengan society maka tiada masa untuk cinta. Baik dengan pelbagai jantina maka tiada masa untuk cinta. Tidak kenal spesies Adam atau Hawa dengan begitu dekat maka tidak wujud rasa cinta.
Usah dinafi. Sememangnya fitrah manusiawi untuk menyayangi dan disayangi itu ada. Biarkan sahaja perasaan sebegitu. Usah dihalang. Namun pandailah dalam mengawalnya.
Sekalipun sibuk dengan urusan persatuan sana dan sini.
Sekalipun masa habis untuk kerja-kerja dakwah.
Sekalipun budak nerd sibuk dengan tugas-tugas akademik.
Sekalipun muka riang main jongkat-jongkit macam kanak-kanak.
Paling tidak tetap juga berfikir tentang jodoh.
Fikir tentang jodoh itu bukan gatal.
Itu tanda diri sudah makin matang,
You know you are matured enough to think about your own serious life.
The time has come.
Ada hati yang naif tentang cinta.
Ada hati yang sudah kerap terluka kerana cinta.
Ada hati yang baru mahu mula membuka ruang mengenal cinta.
Hati itu banyak rasa.
Dan mungkin antara rasa yang menyakitkan adalah saat cinta yang terluka.
Perempuan.
Tak selera makan kerana lelaki. Normal.
Perempuan.
Emosi jadi tidak menentu kerana lelaki. Normal.
Itu kerana kita manusia. Tiada yang salah dengan rasa yang begitu. Hargai fitrah rasa sebagai manusia.
Bukan satu kisah tentang cinta yang bercerita. Banyak.
Yang bahagianya ada. Namun yang terluka itu lebih banyak.
Sayang. Hidup kita di atas dunia ini bergerak atas setiap ketentuan-Nya. Apabila segala yang berlaku mengikut setiap susunan Allah maka perancangan apa lagi selain aturan Dia yang terbaik?
Kesatlah air matamu. Cukuplah hati itu yakin bahawa Allah tahu yang terbaik dan hanya mahukan yang terbaik buat dirimu.
Soal jodoh itu rumit. Rahsia yang tiada mudah tertafsir.
Terkadang bertemu orang yang baik juga bukan bermakna dia yang terbaik buat diri. Kerana baiknya itu terbaik buat baik yang lain. Baiknya dia tidak bisa melengkapi jiwa baiknya kita. Kerana ada baiknya yang lain yang Allah jadikan yang terbaik buat diri.
Baik namun mungkin gaya pemikiran kita dan dia berlainan.
Baik namun mungkin keluarga dan cara hidup kita dan dia yang berbeza.
Baik namun belum bisa melengkapi dengan cukup sempurna.
Mungkin perjalanan menemui cinta itu mudah. Mungkin jua perjalanan menemui cinta itu memakan jarak masa yang jauh.
Mahu berlari ke arah penjuru mana jua.
Hanya satu yang bisa dikatakan.
Allah knows best.
Ada sebabnya mengapa kita belum diizin bertemu cinta.
Mungkin hati yang belum sedia. Mungkin diri yang belum layak untuk melalui fasa yang lebih jauh. Mungkin tanggungjawab terhadap ibu bapa belum dipenuhi. Mungkin belum pandai mengawal emosi. Mungkin belum bisa ditaklif dengan bebanan kerja yang menimbun.
Banyakkan koreksi diri. Dan perbaiki. Koreksi dan perbaiki. Koreksi dan perbaiki.
Juga satu yang harus kita ingat.
Kita mungkin merancang untuk mendirikan mahligai pada usia 25.
Namun Allah dengan perancangan-Nya mungkin sahaja mengatur untuk memanggil kita di usia 24.
Jangan kerana soal cinta hingga terganggu amalan dan ibadah.
Jangan kerana soal cinta meroboh reda dan percaya akan Dia.
Jangan kerana soal cinta membiar diri rebah dan berada dalam keputus asaan.
Bangkit. Dan pantaslah berlari ke arah-Nya.
Jodoh di dunia barangkali.
Tetapi kematian itu pasti.
.... kerana awak berhak untuk bahagia 


"This is a good sign, having a broken heart. It means we have tried for something."



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...