Friday, November 1, 2013

Kata-Kata Mutiara Imam Syafie Tentang Kehidupan

  1. Belajarlah ilmu fiqah sebelum kamu menjadi ketua kerana jika tidak kamu tiada kesempatan untuk mempelajarinya.
  2. Menuntut ilmu lebih baik daripada sembahyang sunat.
  3. Sesiapa benar dalam persaudaraan dengan sahabatnya, diterima alasan-alasan, ditutup kekurangan dan diampun kehinaannya.
  4. Sesiapa hendak kepada dunia maka hendaklah dia mencari ilmu dan siapa siapa berkehendak kepada Akhirat, juga hendaklah dia mencari ilmu.
  5. Seseorang tidak akan berjaya dalam menuntut ilmu melainkan dia menuntut semasa dalam kemiskinan.
  6. Sesiapa menuntut ilmu hendaklah dia mendalamaninya, tanpanya kehalusan ilmu akan hilang.
  7. Kemiskinan orang berilmu ialah kemiskinan ikhtilat, manakala kemiskinan orang jahil ialah kemiskinan kesusahan.
  8. Insan yang paling tinggi darjatnya ialah yang tidak melihat darjatnyadan insan yang paling mulia ialah insan yang tidak melihat kemuliaannya.
  9. Persahabatan dengan orang yang tidak takut kepada keaiban akan mendapat malu di hari Akhirat.
  10. Orang yang menjaga maruah sentiasa dalam perjuangan.
Sumaiyah : Kalau takdapat jadi semua, jadi satu pun takpe, kan? =) #mujahadahitupahit

Source : FB IKIM

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...