Thursday, October 24, 2013

Oh My PRK

Salam. Hai semua!
Sekarang musim PilihanRayaKampus baq hang.
So macam biasa, macam2 kisah baru akan didengari. Entah sahih entah benar, hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Ada Pro-Mahasiswa, ada Pro-Aspirasi, ada Bebas. Eheheh. Relevankah Pro bagai semua di zaman mayapada ini? Ahaks.

Sebenarnya saya tak berapa gemar isu melabel orang dengan nama2 ini. Hmm. Betul, kita ada cara kita dalam menyampaikan risalah. Tapi takperlu sampai kata orang ni cara dia salah. Kalau yang memang bertentangan dengan syariat tu, memang patutlah kita tolak. Tapi kalau dia bawak benda yang baik, kita pun kenal dia takpernah ada nama buruk, selalu join program yang menambahkan iman, I dont think that we can say he/she is from that group. Even when it is true.

Well, saya ada tanya sorang ni dia bertanding atas tiket apa. Pro M ke Pro A ke Bebas. Katanya dia ingat benda2 camtu dah takde kat UIA. Dia bukan Pro mana2 so dia bebas kot katanya. Katanya lagi kawan2 yang suruh dia bertanding. Hmm. Bila sembang dengan orang lain, orang kedua ini berkata orang pertama itu mungkin menipu. Ahaaa. Who knows? Allah knows.

Tipu ke tak, itu dia dan Allah yang tahu. Kita tak boleh nak kata oo dia confirm Pro A, kita takkan undi dia. Of course kita nak group kita menang. Tapi pernah tak kita terfikir, mungkin fikrah dia juga fikrah benar dan baik, cuma kita yang belum lorongkan dia ke jalan yang benar? Entahkan orang yang menggalakkan dia bertanding itu, melorongkan dia dengan ayat2 manis, bertopengkan Islam dan perkara yang baik2. Dia pun 'ha'ah la betul jugak.' lalu bersetuju untuk bertanding. Apa yang dia sangkakan benar dan baik, rupanya ada perkara lain di sebaliknya.


Perkara paling saya benci dalam PRK adalah fitnah berleluasa. Tapi kalau calon tu sendiri yang menipu dengan saya, memang saya taktahu, tapi Allah tahu. Nak berkempen bolehkempenlah dengan benar, takperlu cari aib lawanstand for your own self. Ni bukan untuk calon saja, ni untuk kipas susah mati dan penyokong calon termasuk cybertroopers dan keyboard warriors jugak. Biasa calon ni biasa2 je, penyokong yang lebih2. Susah kalau fanatik dengan satu2 entiti ni. Sebab ia akan membutakan kita dari memandang indah akan perkara yang berlawanan dengan entiti itu. Be wasotiyyah. Be just.

Selamat berkempen dan mengundi semua, UIA inshaAllah 30 October ini. Cast your vote! InshaAllah =) Wallahua'lam.

p/s : Tadi setel interview with AIMS for internship. Midterm jumaat ni, FYP berderet meeting dengan SV and examiners. May Allah ease. Aameen. Pray for me ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...