Tuesday, June 25, 2013

Status Cinta Islami

Sebenarnya saya sudah lelah menulis isu ini. Tapi kali ini bukan saya yang menulis tapi dari seorang teman seperjuangan di bumi al-Furqan dahulu. Selamat membaca =)

--

Bismillahirrahmaniirahim.. 

Terpanggil untuk berkongsi sedikit coretan apabila terbaca banyak status2 islami, ulasan tentang cinta antara lelaki dan wanita..

Untuk sahabat2 yang dicintai fillah.. 
Sungguh..cinta itu sangat halus.. tetapi penuh makna.. terkadang, syaitan yang akan mengisi makna cinta pabila telah salah langkahan kita.. pabila telah sampai waktu dan masanya pula, cinta boleh bertukar menjadi derita.. bisa juga pengakhirannya bahagia.. bahagia yang bagaimana? Ah.. mungkin hanya orang yang merasainya selayaknya berbicara..

Sahabat2 yang dicintai Allah.. 
zaman remaja, zaman muda.. zaman ramai org teruji dengan cinta.. ada yang cintanya pada ilmu.. ada yang cintanya pada Allah dan rasul , dakwah, tarbiyah, jihad fisabilillah.. ada yang cintanya pada kluarga dan kawan2.. ada yg cintanya pada suami atau isteri yang tiada tandingan ..ada juga cintanya pada manusia yang belum lagi menjadi suami atau isterinya.. 

Pelbagai bentuk cinta..ya..banyak lagi yang tidak tersenarai..

Ana pasti semua yakin.. gabungan keseluruhan cinta2 tadi adalah yang terbaik dgn meletakkan Allah dan Rasul sebagai kecintaan teragung kita. Kecintaan yang membuahkan amal zahir dan batin.. kecintaan yang bakal membawa kita kepada syurga idaman.. kecuali... yang terakhir sekali, iaitu cinta pada seseorang yang belum halal cinta, kasih dan rindu kita buatnya..

Belum halal yg bagaimana? 
Ya.. pabila belum sampai masanya segala yang kita lakukan untuknya membuahkan pahala..
bahkan menambah dosa..

Sahabatku.. apabila datang orang lelaki yang soleh meminangmu.. dan tiada alasan untuk kamu menolaknya, terimalah dia setelah istikharah memohon petunjuk Allah ..juga perbincangan yang sihat dengan keluarga..

Lelaki yang baik.. pabila dia jatuh hati pada seseorang, dia akan berfikir masa depannya dengan wanita tersebut.. adakah dia bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami? Adakah wanita tersebut bersedia untuk menjadi isteri dan ibu yang bertanggungjawab? Adakah mereka bersedia menghadapi kemungkinan2 selepas menempuh alam perkahwinan?

Jika jawabnya tidak.. maka Allahlah tempat mengadu agar dihilangkan segala perasaan yang tak sepatutnya itu.. agar tdak terlanjur menyatakan rasa cintanya.. juga tidak mengganggu jiwa dan perasaan wanita tersebut..

Jika jawapannya ya..lelaki yang serious dan ikhlas ingin menjdikan wanita ini isterinya.. akan berusaha untuk taqdim wanita tersebut. Jika wanita setelah istikharah, berbincang atau bertaaruf, menerima.. lelaki ini akan berusaha berjumpa dgn keluarga.. menyatakan hajatnya untuk menikahi wanita tersebut.. Jika keluarga setuju.. bila tarikhnya ? Perbincangan terkemudian akan menyusul..

Dan jika mereka faham dan benar2 ingin menjaga wanita tersebut.. mereka akan berusaha menjaga batas pergaulan sebelum nikah.. walau hanya berhubung mlalui penulisan.. tiada kata2 cinta manis yang menggugat jiwa melebur hati menjadi anganan hingga tidur dan terbawa ke esok hari.. atau kata2 ala islami yang membuatkan hati kita gembira dan tersenyum malah bertambah cinta padanya kerana merasakan .. "oh.. dialah lelaki yang bakal menjadi imamku." Tidak pula berjaya membuatkn kita hilang kelalaian atau semakin kuat hubungan dengan Tuhan..

Sahabatku.. yakinlah.. jika lelaki soleh datang meminta mu dan kamu menerima melalui istikharah, walau tidak diiringi cinta.. dan jika kamu juga berusaha untuk tidak menzahirkan cinta dalam perhubungn kamu, dan kamu tidak putus mmohon agar Allah memilihkan yang terbaik untuk mu.. dan jawapannya masih "dia".. Walau hingga hari pernikahan rasa cinta yang diangan2kan, masih belum menyentuh hati dan perasaan.. yakinlah.. yakinlah sahabatku.. sebaik sahaja lafaz sakinah yang singkat dan kamu sah bergelar isterinya.. larilah syaitan yang pernah usaha menghasut mewujudkan segala perbuatan yang Allah murka..dan suatu rasa cinta tabi'e akan menguasai jiwa.. Cinta yang disertai mawaddah wa rahmah yang datang sebagai anugerah dari Allah..
Apatah lagi jika kita sebagai wanita sedar walau apapun, cinta seorg wanita pada lelaki hanya selayaknya pada seorang suami.. pasti kita rasa ta'jub dengan rasa cinta yang datang tiba2 bahkan dirasakan seperti sudah lama..

Mungkin ini hadiah dari yang Maha Esa buat mereka yang selama ini berusaha untuk menjaga syariatnya..

Usahalah shabat.. usahalah agar menahan diri dari menzahirkan cinta pada yang bukan empunya.. insyaAllah kau kan mencapai suatu bahagia pabila tiba masanya..

Doa2 dan doa pada Allah yang Maha membolak balikkan hati agar dipegang erat hati ini pada cintaNya ..agar diikat kuat jiwa ini agar tidak terjatuh pada kemaksiatan yang dimurkaiNya.. agar dikembalikn taufiq hidayah pada diri ini untuk punya kekuatan berubah..demiNya.. Juga moga Allah ampunkan dosa2 kita yang telah melakukan sesuatu yang tidak diredhaiNya..

Allahummaghfir lanaa wahdinaa ila siraathokal mustaqiim.

Ameen..

P.s: Asif atas salah silap atau keterlanjuran kata2 :( moga Allah pegang erat hati ini agar sentiasa terbimbing ke arah jalan yang diredhai..

--

Alhamdulillah, tahniah kepada yang baru selesai membaca. Penulis asal artikel ini adalah Nur Jannah Roslan, sudah berkahwin dan dikurniakan cahayamata pertama kembar yang comel :) Rasa terpana dengan artikel ini. Mungkin sebab umur kami yang hampir sebaya, dan tentunya kerna ia datang ketulusan jiwa penulisnya. May Allah bless you dear friend. =) Wallahua'lam.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...