Thursday, September 19, 2013

Menjadi Sihat

Assalamualaikum and good day!
Kesihatan, kehidupan, tanpa kesihatan hidup tak bermakna.
Ingat lima sebelum datang lima, antaranya ingatlah masa sihat sebelum masa sakit. Disuruh ingat bukan sebab apa, kan kalau sihat kita boleh buat macam2 aktiviti, bergerak ke sana sini, tanpa ada sebarang kekangan fizikal dan mental. Kalau sakit? Sikit2 tu mungkin masih boleh berjalan2 tapi tak berapa jauh, tapi kalau sakit yang teruk, boleh jadi terlantar di atas katil. Kan dah susah nak buat aktiviti harian. Ye dak

Jadi kali ni kita nak cakap tentang kesihatan. Ramai yang mahu sihat tapi tak ramai yang nak hidup secara sihat. Makan secara sihat, tidur secara sihat, minum secara sihat, bersenam cara sihat (pun adaa?)

Mari sini tuan puan saya nak share apa2 ilmu yang setakat ni saya tahu :

Untuk makan secara sihat, ikutla piramid makanan :

Piramid Makanan. Sumber : Google

Penting giler :

- Never skip the three main meals, breakfast, lunch and dinner.

- Nak diet boleh, tapi memang kena makan, untuk bagi badan tenaga. Bezanya cuma berapa banyak karbohidrat, protein, lemak yang kita ambil.

- Untuk kurus, selalunya dilebihkan protein.

- Banyakkan minum air, at least 2 liter sehari.

- Tahu jenis darah dan boleh makan ikut jenis darah (ini sampingan). Saya pernah ulas tentang ini di sini. Boleh search dalam blog ini guna search kat sidebar atas sekali jugak.

MINUM SECARA SIHAT

- Minum banyak air sebelum makan, untuk kasi tak makan banyak sangat.

- Banyakkan minum air putih (air masak/mineral/minuman)

- Air manis tu banyak betul gula dia, cuba tengok gambar2 bawah ni, saya tangkap gambar2 ni waktu ada health awareness campaign kat UIA ni, 18 n 19 september di Main Audi. Banyak kot pusat kesihatan yg datang. KPJ Healthcare, Pusat Islam apa tak ingat dah, Takaful etc. Boleh check glucose, cholestrol, BMI, visceral fat dgn free takpayah bayar oo, kecuali kolestrol bayar RM10 hehehe.

Lepasni takpayah 3in1 sangat dah, buat sendiri je hahah

Takut tengok lemak diaaa..
"Patutla aku gemuk.."
Tiada dalam gambar, KitKat, tu je dpt ingat huhu

TIDUR SECARA SIHAT :

- at leat 6 jam sehari. Biasanya ini dah lebih dari cukup kalau kita tidur awal. Sebab pernah terbaca artikel, pukul 11pm-1am tu satu minit dia bersamaan brape jam (ke satu jam?) kalau kita tidur time tu. So my suggestion is kita tidur 12am to 6am. Tu kalau sesape yang busy, kerja sampai lewat2. Kalau takde ape buat malam, tidurlah awal. InshaAllah sebelum kul 6 biasa dah boleh jaga.

- Jangan tidur kurang 2 jam selepas makan. Sebab macam biasalah, badan takes time nak digest makanan semua.

- Usahakan untuk tidur dalam keadaan gelap. Terbaca jugak, waktu gelap akan membantu penghasilan serotonin (betulkan saya kalau tersalah), yang membantu kita untuk lena tidur.

SENAM SECARA SIHAT :

- Do what you enjoy. Tak perlu tiru2 orang. Kalau mampu jogging, kita jogging. Pernah terbaca, antara step jog yang betul adalah, jalan2 dulu, next day or next two days boleh try lari slow, selang2 dengan jalan. Kalau larat la. Kalau tak larat, jalan je lah. Kalau time lari pun penat, jangan paksa diri untuk terus lari. Thats why ada dalam post sebelum ni saya letak biar slow asalkan kita boleh istiqomah dengan cara larian macam tu. Lambat laun kita akan berpeluh jugak inshaAllah.

-Yang dibimbangkan, kalau kita stress kan kaki kita dengan tekanan etc dibimbang benda tu akan memakan kaki sendiri, mula lah sakit lutut. Perempuan memang biasa sebab kita kurang kalsium kan, pastu bendalir sinovial dah haus kat lutut tu. Bendalir ni lah yang jadi minyak pelincir untuk sendi kita. Bahagian kaki paling cepat haus sebab kita paling banyak guna dia. Kan? Sebab sendi lain macam tangan mana kita guna sekerap kaki, dan kaki kita menampung 3/4 tubuh badan kita. Jadi jangan paksa diri. Minum susu pun, susu berkalsium tinggi macam anlene, bukan susu lain yang rendah kalsium. Iya, susu pun ada yang rendah kalsiumnya. Kita ingat kita dah consume enough calcium, tengok2 belum. Rajin2kan diri untuk belek nutritional facts kat pek susu tu bila mau beli ya. Iklan anlene kata kita kena minum at least 1000mg kalsium sehari. Kalau takdapat, usahakan untuk 500mg sehari ye.

- Takmau jogging, boleh berenang, main skuasy, tennis, aerobic, futsal, dan baaanyak lagi. Buat benda yang kita seronok buat. Ada kawan lagi baik. Tapi kalau jog dengan kawan tu jangan banyak bersembang pulak. Balik bilik kan boleh sembang. Hihihi.

- Warming up and cooling down is very important! Kalau nak makan nak dessert sebagai pelawas, warming up dengan cooling down ni macam pelawas, pemudah untuk otot kita. For warming up, bole dianalogikan macam kita bagi dia warning sikit yang kita nak dia kerja keras kejap lagi. Bila dah selesai, cooling down tu boleh bantu dia adapt dengan kejutan yang baru diterima waktu senaman sebelumnya. Senaman2 ringan ni membantu kelenturan badan tau nggak? Hehehe

- Dietitian yang saya jumpa kat main audi kelmarin kata, 30 minit pertama senaman hanya untuk burn calorie yang kita consume hari tu. 30 minit ke atas : 45 minit, 1 jam atau lebih, itu baru boleh burn lemak yang sedia ada. So untuk orang yang nak kurus macam saya, sebenarnya kan, sebenarnya.... KITA KENA BERSENAM BERSUKAN LEBIH DARI 30 MINIT.. Hahaha walaupun baru 15 minit jog dah takboleh terus weh, kena jalan sikit then sambung lagi. Tapi takpe, on the other side, kita kena jaga makan la ye dak.

PENTING AMAT : Disclaimer : Perkara di atas bukanlah sesuatu yang clarified by certified doctor. Ia hanyalah cara saya, sesuai dengan jenis darah saya jugak kott.. Berdasarkan pengalaman, bacaan di internet, suratkhabar, majalah, dan ada jugak yang pernah consult dengan doktor. Dulu pernah buat overall health screening kat BP Lab, waktu ada promotion sempena hari Merdeka tahun lepas, alhamdulillah semua ok. Cuma ada la satu elemen dalam darah yang tunjukkan tak ok, bila check2, benda tu ada kaitan dengan sakit sendi. Mungkinkah berkait jugak dengan demam chikunguya yang pernah kuhidapi di matrik dulu? Wallahua'lam.

Alhamdulillah, dengan apa yang saya tahu dan amalan2 seperti di atas, berhasil juga mendapat keputusan yang baik waktu buat checking hari tu, di bawah ini keputusannya :



Blood pressure : 124/83 - nurse tu kata jarang2 orang dapat ideal macamni. Heheheh alhamdulillah
Glucose : 4.8  (normal : less than 6.1)
Cholestrol : 3.9 (normal : less than 5.2) - for me this one seram jugak lah, tu la makan lagi banyak2 junk food. Akak tu kata junk food tu banyak sodium. TAK ELOK.
Pulse : 67

Berat tak timbang sebab tak sempat dan memang ada mesin penimbang kat bilik. Tapi tu lah, visceral fat takdapat la nak timbang. Visceral fat ni, lemak yang menyelaputi organ. Dulu waktu timbang2 ngan membe agen herbalife, VF ku 5 ke 6, lupe dah. Itu dianggap tak oke la dalam Herbalife. Should be 1-4 to be okay. Ada banyak kes orang kurus tapi VF dia tinggi. So, dont be too happy all thin people. Lol, just kidding ya =)

Sebenarnya ada hikmah bila badan kita senang naik. Kita boleh observe badan kita sendiri. Kalau jenis yang makan baaaanyak tapi badan macam tu jugak, susah nak tahu badan kita ni in danger ke tak. This is just my opinion and thought ya. Please dont be offended ya to anyone.Takdela, because I used to say "Badan senang naik la, makan sikit je naik." That's a reminder to me actually. Be grateful for what you have. Thin or fat (or average), small or tall, bentuk fizikal kita Allah yang bagi. Hakikatnya, kita semua ada otak, ada akal yang kita boleh asah untuk berfikir, to be smart and clever. And at the first place, Allah tengok hati kita, taqwa kita, bukan fizikal kita.

Zaman sekarang makanan banyak lemak tersembunyi, hati2 ambil makanan. Kita bukan nak yang halal je, nak yang baik juga (tak dinafikan saya pun selalu abaikan perkara ini). Ingat, menjadi sihat juga adalah tanggungjawab kita pada Allah sebagai hamba. Bila dah sihat, mudah untuk tunaikan amanah sbg hamba inshaAllah. Bersusah dahulu, senang2 kemudian. Kita mengharapkan kesungguhan kita take care of our body will be the same as our determination to do our best in our ibadah and dakwah. Semoga dapat diseimbangkan dunia dan Akhirat kita.  Moga kita dan generasi kita akan terus sihat untuk ummah ini. Aameen. till then, jumpa lagi, inshaAllah! =D

Smile.
Source : Google

1 comment:

halimatonsaadiah said...

saya xkisah saya rendah , sebab saya comel ,eh :P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...