Friday, August 30, 2013

Brief Update

Assalamualaikum, hai! =D
Lama betul tak menulis. Ikutkan sebenarnya dah lebih tiga bulan heheh. Apa boleh buat, cerita sentiasa banyak tapi masa selalu takda, perasan sibuk je. Apa khabar semua? Harap semuanya sihat wal afiat di bawah lembayung rahmat Ilahi.

Pertamanya mari sama2 mendoakan untuk saudara seagama kita, Muslim seluruh dunia yang ditindas dan dizalimi. Palestin, Syria, Rohingya, Libya dan terkini, Mesir. Soo many to watch and to read through the internet. Taktahu bilakah semua ini akan berakhir, mungkin bila hari kebangkitan tiba. I don't know too.


Agenda post kali ini hanyalah sedikit update. A brief one maybe. Alhamdulillah, habis dah final exam awal Jun lepas. Cuti dan Ramadhan di rumah, almost 3 months of holiday. Aktiviti ramadhan macam biasa, tadarus dengan makcik2 di taman perumahan heheh. Tahun ni kami kekurangan satu ahli, makcik Mah sebab beliau dah pindah ke Manong. Tapi Allah beri ganti, makcik yang aku pun taktahu nama sampai sekarang, huhu. Makcik dah tujuh puluh kot. Makcik baca tak laju sangat tapi it's not that slow. Aku suka style makcik ni. Bawak kereta viva pun cool aje. Respeklah =) Kadang2 time umi takda dengan aku kat surau, makcik tumpangkan, sebab rumah kami dalam lorong yang sama. Nice knowing you makcik ^_^

Duduk rumah, hanya jadi surirumah sepenuh masa. Hajat nak belajar memasak, tak banyak dapat dipelajari, padan muka kan. Banyak kerja mengemas. Sebab aku memang suka kemas hihi. Dapat la sikit duit poket umi abi bagi setiap bulan. Sebab ikutkan aku nak kerja tapi mereka tak bagi, jadi mereka bagi ganti gaji untuk kerja lol.

Of course, I stayed home because I want to be with my family. Nak ambik masa bersama sepuas puasnya sebab hanya tinggal satu sem belajar dan praktikal kemudian bekerja. InshaAllah. Dunia pekerjaan yang menakutkan. In fact, the future make me afraid. Mujur ada Allah, selalu menenangkan. Kan rezeki itu di tangan Dia kan? Kita hanya usaha yang terbaik. Ya, walaupun sering aku rasakan usaha aku bukan selalunya yang terbaik untuk kebanyakan perkara yang aku buat.

Walimah di sini sana. Sekali dengan kelahiran heheh. Tentu juga ada kematian. Ada teman kehilangan adiknya. Ada yang kehilangan suami meskipun baru dua bulan berkahwin. Ada yang kehilangan nenda. Ada yang datang, ada yang pergi. Lumrah kehidupan. Apa yang terjadi itu, semoga mematangkan kita. Aameen.

InshaAllah rezeki itu ada di mana2. Allah kan masih sayangkan aku. Sebab tu aku masih punya nafas hingga saat ini. Semoga pemergianku dengan hati yang tenang dan redha dengan apa yang berlaku padaku. Moga Allah ampunkan kita semua. The past was heartbreaking I wish to be a new self today. May Allah guide me. Aameen. I am very sorry for everything I've done wrong to all of you. Some people questioning my apology. It's up to you. I'm not perfect, I am human, just like you. See ya around. ~

Some of the menus of our open house last few weeks. Nyammy. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...