Saturday, May 11, 2013

Nasyid dan Cinta

Assalamualaikum, bertemu lagi di alam maya.
Entah siapa la agaknya yang baca blog ni lagi ye. Bak kata kawan saya, blog is just too mainstream. Hehe. Anyway that is ones opinion. Tak kisahlah.

Kali ni nak cerita tentang cinta dan nasyid. Hoo. Sape member rapat akan tahu saya memang sinonim dengan nasyid. Entah taktahu kenapa, mungkin minat dengan muzik itu sendiri. Alang2 kita ambillah muzik yang baik kan. Baik di sini tak semestinya nasyid kompang kongga sahaja. Apa sahaja yang mempunyai mesej yang baik dan bisa diterima oleh telinga, i.e. tidak bingit dan terlalu rock, inshaAllah boleh aja. Islam mengajar untuk bersederhana, jangan terlalu rigid, tak dengar langsung, atau terlalu obses, ape pun tak boleh, nak muzik dia saja. =)

Zaman saya sekolah menengah dulu, kumpulan InTeam, UNIC, mendahului carta2 teratas kerana lagu mereka yang banyak berunsur cinta. Fuh masa tu kan fitrah membuak-buak la. Perasan lagu ni macam kita lah pelakonnya. Nyanyi2 sekali, feeling lebih. Hihi. Berangan entah kemana. Hanyut di bawa arus angan yang tak berkesudahan.



Sekarang, alhamdulillah seiring pertambahan usia mereka, munsyid sekaliannya, saya melihat perkembangan yang sihat dalam arena ini. InTeam sejak 2003 judul album mereka Damba Kasih, sudah ada bunyi2 cinta pada Allah. Diteruskan dengan InTeam 04, Tiada Lagi Kasih, dan banyaklah, sampai saya sendiri dah lupa. Saya letak contoh kumpulan ini saja lah ye. Sebab saya memang minat dari dulu hihi. Sekarang kumpulan ini telah pergi lebih jauh, berkecimpung dalam program talaqi dan pengajian bersama habib2 seantero dunia. Satu perkara yang baik, yang mana saya nampak perkara ini semakin bercambah dalam masayarakat di negara saya Malaysia. Alhamdulillah.

Tapi bak kata kumpulan New Boyz, sejarah mungkin berulang. Memang berulang lah. Adanya pertumbuhan kumpulan nasyid yang baru. Lagu lagu cinta yang baru. Hoho. Ye sememangnya untuk adik2 generasi muda yang juga baru nak mengenal erti kehidupan. Sejarah berulang seperti filem yang dimainkan di layar. Datang lah lagu yang membuai dan mengasyikkan.

The thing is, saya mengharapkan lagu-lagu mengasyikkan itu tidak melalaikan, terutama membawa jauh dari matlamat kehidupan kita yang sebenarnya. Kadang2 dari tak terfikir tentang seseorang, jadi terfikir sebab dengar lagu itu, Dari nak melupakan, terus jadi teringat kembali. Dalam erti kata lain, dengan umur begini, saya semakin anti lagu cinta. Lagu itu okay bagi saya jika ia mengisahkan cinta kepada Allah. Tapi kadang lagu yang ingin menyedarkan bahawa cinta kepada manusia itu perlu dibatasi, adanya cinta Allah yang Kekal, itu pun saya tak berapa prefer.

Tak dapat tidak, memang fitrah untuk suke orang2 nih, tapi dalam umur begini (sekali lagi) dengan pelbagai kisah di paparan masyarakat dan pengalaman sendiri, saya mungkin sudah dapat mengawal perasaan sendiri. Benda-benda macam ni senang je, once you get hold of yourself, then it is fine. Jangan sampai lagu2 cinta ni membuaikan kita dan membuatkan kita lupa akan apa/siapa yang sepatutnya kita ingat dan lakukan atas muka bumi ini.

In other side, tak dinafikan lagu cinta memang mudah naikkan market kumpulan2 nasyid ini. this is one of the strategy tho. Okay it is fine, macam InTeam buat dulu lah kot? I dont know. Apepun, masing2 ada niat, munsyid sendiri ada niat dalam menyanyi dan menghasilkan lagu. Kita pendengar pun tentunya punya niat tersendiri. Moga Allah berkati niat2 kita semuanya ameen.

Okay habis dah pasal lagu.

Nak cerita pasal diri sendiri pula (lol). I should say I have moved on. Tak perlu duduk lama pada pintu yang tertutup sedangkan ada pintu lain Allah bukakan untuk kita. Orang tak sudi, kita undur diri. Serik sudah. Maafkan akak ye ummi akak rasa takmampu nak cari sendiri. Azam untuk jadi Muslimah yang lebih baik sentiasa ada. Moga Allah bantu. Ade banyak perkara lebih penting dari ini I guess. Saya percaya Allah ada rencana yang lebih baik untuk saya. Mungkin itu saja resolusi kali ini. Wallahua'lam.

tetiba nowplaying lagu Pasrah Segalanya by DeHearty di NasyidFM. Macam kena pulak dengan situasi sekarang hihi. Ni radio yang baaanyak lagu Nasyid. Tapi boleh dengar online aja setakat ini. Dan di Tune In app, untuk sapa2 yang ada smartphone. Boleh download app dan search NasyidFM. Jemput2 lah like dan ikuti perkembangan nasyid dari NasyidFM yaa =)

Semoga Allah tuntun kaki dan hati kita menuju cinta dan redhaNya selalu. Ameen.
Terus mujahadah dan terus kuat! =D

is my everything. =)

2 comments:

Muhammad Hafiz said...

Nasyeed yang terbaik bagi saya ialah yang boleh membuat semua pendengar mengingati Allah.

Contoh: Asma' Ul-Husna, senandung Al-Fatihah (Nur Irshad)

Siti Sumaiyah said...

Yep Hafiz. Thank you. I think the same too. Hehe. Tapi biasala kadang2 lagho(saya la tu) =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...