Wednesday, April 24, 2013

Vroooom #2


Get ready, there is a new driver in town!

Alhamdulillah passed my JPJ Test today. Fuh. After a looong time. Walaupun dengan umur macam ni, ramai kata aik baru nak blaja kereta ke blah blah.. Do I care? Kekeke. It’s not aku sengaja lambat2 ambik tau. Hmm maybe takde rezeki lagi. Well ini pun L dah renew dua kali maybe? Hmm. Semalam (selasa) baru terkial-kial nak habiskan lagi 3 jam belajar. Alhamdulillah dapat cikgu yang baik, aku dapat catch up elok dengan izin Allah, apa yang cikgu ajar. Memang aku sah sah tak pro and expert macam anda sekalian, apa yang penting memang aku nak pass aje.

Cikgu pun semalam kata aku boleh dah ni, boleh lah lulus, provided aku tak gabra nervous sume, kerana memang aku seorang yang nervous lebih bab2 macam ni hihi.

No 8 sesi dua, cikgu nak ambik pukul 10am. Alhamdulillah managed to  sneak in Financial Management’s class in the morning, tumpang section sebelum and finished the class! Best belajar dengan cikgu Asrul I like sejuta lemon hehe.

Then cikgu Azs ambik. Oh ade cikgu Naim sekali. Fuh cikgu Azs pakai baju bertulisan ‘Pakatan Rakyat’ di belakangnya. Depan taknampak tulisan ape heee. Inikalilah cikgu! Then berhenti jap kat kedai, cikgu beli paper Suara Keadilan ngan ape entah lagi satu tak perasan. Sembang pasal PRU dalam kereta jangan cakap lah. Kadang bila aku diminta pendapat, aku beri. Most of the time diam aje lah. Kita pun tak berapa nak ada ilmu bab2 ni ngeh3.

Sampai2 SKEM, ambil nombor, duduk kat kerusi. Buat bukit dan parking dulu. Bukit inshaAllah takde masalah, aku agak yakin yang tu sebab banyak kali praktis. Parking gabra habis habaq hang. Haha. Ni pun dah praktis petang sebelum sampai miss usrah (ingatkan kensel). Then turned out aku dapat parking no 4 yang aku tak pernah praktis pun kat situ hihi. Enjin banyak kali mati, bad me. Cuak time nak bawa kereta keluar sebab rasa macam akan kena tiang. Duk undur2 banyak kali. Ejjah kata cikgu Asrul hehe. Lain okes saja. Bawak motokar di jalanraya, instructor garang tapi baik lah jugak, Diam most of the time. Mule2 masuk pasang radio kuat, aku mintak nak slowkan, Alhamdulillah bole hehe. Taktau la adik sebelum tu bawak keta cmne radio kuat2 ish.

Dah nak keluar skem tu, bole pulak lupa bagi signal ke kanan haha. Overall semua okey je kot. Dapat 17/20. Sebenarnya memang cuak abis lah. Jenuh adik beradik kasi semangat kat whatsapp.

“Akak boleh! Believe in yourself” – lil sista
“Kamu rilek je, bole punye” – abe sulung
“all de bess safe driving” – ummi
“selawat banyak2” – abe no 2 n lil sista

Balik tu, cikgu Azs kata, ha boleh pun. Ni takut takut, sampai setahun simpan L nya. Hihi aku ketawa saja. 

Terima kasih kepada semua yang mendoakan. For others, this might be just an ordinary thing. But for me, this is another achievement, great achievement for me! Yelah, hari test computer pun cuak, depa kata ramai je yang tak pass on first attempt. Alhamdulillah aku okay, siap celebrate kat konsert Anugerah Nasyeed NC plak kan wikwikk. Kali ni pun ramai kata mereka tak pass either kat bukit or jalanraya, it’s normal actually. Ummi pun kata takpe je fail, nanti buat la lagi. Hehee best kan mommy sayee ngeh3. Nanti nak jadi macam ummi jugak, the best mother in the world heee.

Tak celebrate mane pun, hanya makan nasi kerabu di pasar malam. Nasi yang menjadi favourite sejak first year masuk uia hikhik. Tapi sem ni baru sekali dua makan nasi itu. Diet dan jimat lah konon haha. Thanks adikku Sarah blanje Coconut Shake and Hafizah my BF yang blanje kopok lekor. Dan kepada semua2 lah yang mendoakan. Taktau nak kata apa. Heee anda semuaa inspirasi saye. Selepas Allah dan Rasulullah SAW. Ye, semua ni tak akan dicapai tanpa izinNya. Maha suci Allah yang Maha Mengabulkan Doa.  

Entahkan sebenarnya semua ini hanya sebab rahmat dan kasih sayang DIA, bukan sebab doa yang aku panjatkan saban hari. Koreksi diri kali ni. Yelah, apa yang kita dapat semuanya sebab kasih sayang Allah. Kerana rahmatNya. Bukan semata usaha kita. Kita mana tahu usaha apa, usaha mana yang kita lakukan yang Allah nilai sebagai pahala kan. Hakikat hamba, pulangkan segalanya pada Allah. Dia Maha Tahu apa yang terbaik. Ni bukan berkaitan test JPJ saje. Semua test yang ada dalam dunia ni. Exam, ujian sakit, kelaparan, harta benda, musibah, jodoh, semua2. 

Tugas kita cuma usaha, ikhtiar dan tawakkal. Hasilnya jika seperti yang dikehendaki, Alhamdulillah. Kalau tidak, mungkin Allah postpone untuk masa lain, atau ganti dalam bentuk yang lain. Kita yang kadang tak perasan betapa baaanyaknye kurnia Allah pada kita.

Moga Allah tetapkan hati kita selalu dalam iman. Ameen. Hari ni memang seronok dan sengih sampai telinga sepanjang hari. Moga esok dan seterusnya juga dalam mode yang sama hikhik. Selamat ber presentation, assignment, test kepada semua! Wassalam. =D
Mahai woo =P

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...