Saturday, April 27, 2013

PRU 13 dan Malaysia


Assalamualaikum, bertemu lagi alhamdulillah.

Kali ni kita nak cerita tentang PRU 13! Yeah. PilihanRaya Umum Malaysia yang ke 13, akan berlangsung pada 5 Mei ini inshaAllah, 7 hari lagi! Penamaan calon telah berlangsung pada 20 April, sabtu yang lalu. Dengan banyak muka-muka baru baik daripada pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang. Ada yang tidak saya jangka akan bertanding pun adaaa, macam Dato Saifuddin Abdullah Timbalan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di parlimen Temerloh serta Ulama Muda Umno, Ust. Fathul Bari di DUN Sanglang, kedua-duanya mewakili Barisan Nasional. Penglibatan bekas pensyarah UIA, Dr Aziz Bari di Parlimen Sabak Bernam juga menarik perhatian. Kerusi yang sentiasa menjadi sebutan, tentunya P125 Putrajaya yang akan ditandingi oleh Dato Husam Musa dan Dato Tengku Adnan a.k.a. KuNan.





Source : Facebook Ikram Siswa Nasional

Okay mari tinggalkan kisah itu dulu. Kita kembali telusuri bagaimana jejak2 sejarah di Malaysia bermula, sejak perjuangan tokoh-tokoh Melayu zaman dahulu yang kita belajar dalam subjek Sejarah Tingkatan 1 hingga 5, ke detik menyambut kemerdekaan 31 Ogos 1957. Barisan Nasional (BN)-UMNO mentadbir Malaysia sejak itu hingga kini.

Source: FB IkramSiswa Nasional
Sebenarnya saya cuba untuk jadi neutral dalam hal ini. Saya memang cuba untuk tak menyebelahi mana-mana pihak. Namun hari berganti hari, minggu berganti minggu, tahun berganti tahun. Saya tak pernah nafikan kemajuan yang telah diberikan oleh pihak kerajaan sebelum ini. Namun apa yang saya dapat lihat dan perhati, negara kita kita yang lebih banyak sumber asli (tanah, tanaman, minyak dll) daripada Singapura, tapi mengapa mata wang mereka lebih tinggi daripada kita?

Apa yang saya pelajari dalam subjek International Business, Singapura, dengan negara sekecil itu, lebih mudah untuk memulakan bisnes di sana berbanding Malaysia. Singapura kehadapan dalam segala-galanya, menjadi pusat bisnes di Asia, walau dengan luas negaranya yang amat-amat jauh lebih kecil berbanding kita. Puncanya? Kita tidak memanfaatkan apa yang kita ada dengan sebaiknya. Kerana apa? Kerana pimpinan yang ada bersikap culas dan acuh tak acuh dengan amanah masing2. Saya berkata begini bukan sebab mahukan jawatan, tapi hanya mahukan kita semua tahu, bahawa apa yang disandang adalah amanah. Amanah dari Allah, daripada rakyat. Itu perlu ditunaikan. Itu tanggungjawab. Bukan hidup bermewah sedangkan rakyat masih ramai yang menderita, homeless people, belum cerita tentang gejala sosial yang makin meruncing dari hari ke hari. Juga hedonism yang melampau. Tak salah nak berhibur, tetapi biarlah berlandaskan syariat. Takperlu nak jemput artis luar berjuta-juta dollar sedangkan rakyat  dalam negara dan kemudahan untuk mereka masih terabai, dalam erti kata lain, tanggungjawab masih belum dilunaskan.

Kita tak kata tentang kemajuan teknologi, kita hanya kata tentang keperluan asas, benda yang rakyat gunakan seharian. Itu lebih utama. Minyak dan air. Harga makin meningkat. Kos sara hidup meningkat. Kesannya bukan untuk mereka yang sudah bekerja saja, para ibubapa, malahkan kami para belia yang ingin mendirikan rumahtangga juga rasa terbeban dengan hal begini. Ia sedikit sebanyak membantutkan keinginan untuk mendirikan baitulmuslim dalam usia yang muda. Okay tutup kisah ini.

Kebebasan media. Jangan katalah. Meluat tengok semua stesen TV ada iklan suruh mengundi parti yang itu. Parti lagi satu? Berapa minit? Sepuluh minit? Mana demokrasi? Saya takdapat bayang bagaimana staff di stesen Tv itu yang bersubahat bersama. Mungkin mereka juga rasa dah ini memang kerja mereka, apa boleh buat. Kalau melawan kena buang kerja. Jadi pak turut saja. Belum cerita tentang suratkhabar. Saya mahu baca StarBiz semalam, masuk mukasurat tiga, terus terberhenti sebab ada iklan parti dacing di situ. Okay fine tak salah nak iklan, tapi perlu kah menakut-nakutkan rakyat? Kata iklan itu, growth rate and foreign direct investment (FDI) di Penang menurun bila DAP mentadbir 5 tahun yang lalu. Dalam edisi lain, katanya jika anda undi DAP=anda undi PAS. Akan ada hudud, konsert2 dimansuhkan etc. Ya Allah. Kotor! Pengecut! Berhujah dengan manifesto anda, bukan dengan memburukkan pihak lawan. Hudud tu bukannya kalau 6 Mei menang, 7 Mei terus execute. Allahuakbar. Dan Hudud itu, ada peringkat-peringkatnya. Bukan sekali kau mencuri, akan terus potong tangan. Semuanya dengan perbincangan dan toleransi.

Politik lucah dan kotor. Nak dekat PRU, ada lagi lah pula video lucah. Tolonglah berfikiran sihat. Rakyat dah boleh menilai. Semakin banyak keburukan didedahkan. Tak kisah parti mana. Sedangkan sepatutnya masa berkempen, bentangkan manifesto anda. Kami rakyat nak tahu apa yang anda boleh lakukan jika kami undi anda. Adakah Islam akan tertegak? Bagi saya, itu yang utama. Islamkah yang akan ditinggikan dan didaulatkan pabila anda menang?

Kepada semua rakyat Malaysia, tolong turun mengundi pada hari Ahad, 5 Mei 2013 ini. Masa depan di tangan kita. Jangan takut dengan majikan yang mengugut akan penurunan gaji bla3 jika tidak mengundi Barisan Nasional. Siapa yang beri rezeki? Majikan atau Allah? Yakin dengan janji Allah. Ini masanya untuk mengubah. Kalau tidak, kita akan merana untuk lima tahun lagi. Kenapa perlu takut untuk mengubah? Okay mari kita tengok analogy ini. Saya suka makan ice cream Baskin Robbins. Suka dan suka. Tetiba ada kawan nak belanja Haagen Dazs. Okay lah saya nak try. Cuba saja, tak tentu saya akan suka. Kalau saya suka, saya akan beli lagi. Kalau tak suka, saya tukar ke Baskin semula. Macam itulah analogi kerajaan yang akan kita pilih. Kita dah lama dengan kerajaan BN, hampir 60 tahun. Kita dah tengok apa yang mereka mampu lakukan, apa salahnya kita tukar angin dan beri peluang pada kerajaan Pakatan Rakyat (PR) pula. Takde salahnya. Mengapa sangat takut untuk berubah? Kita pun kadang2 berubah citarasa dan kesukaan. Tolonglah turun mengundi. Tolong dan tolong. Saya merayu sangat kepada pembaca sekalian.

Kepada yang belum layak mengundi, boleh sumbangkan tenaga dan upaya untuk membantu apa yang boleh. Jaga akhlak dan tuturkata pabila berbicara, terutama dalam alam maya. Jauhkan diri dari provokasi, serta jangan sekali-kali memulakannya. Saya, selain turun sekali (setakat ini) ke kawasan, memeriahkan ceramah di Putrajaya, menyedarkan dengan poster dan post di Facebook, ini sahaja yang saya mampu lakukan. Ye, I am not much help pun. Sekadar membantu apa yang termampu.

Yang saya tahu, mengundi adalah tanggungjawab kita pada agama, pada negara, pada diri sendiri. Jangan hanya tahu mengata sana sini, tapi nanti tidak juga mengundi. Ambil tahu apa dia dakwat kekal, proses yang akan dilakukan, dan lain2. Saya mengharapkan dan berdoa agar proses pilihanraya kali ini berjalan dengan telus, adil dan saksama. Tolonglah amalkan integrity dalam kerja masing2. Allah kan tahu. Allah kan nampak. Apa lagi yang kita takutkan selain Allah, kan?

Untuk kesekian kalinya, saya pasti kita semua rakyat Malaysia mengharapkan masa depan yang lebih baik untuk negara kita yang tercinta ini. Bukannya tak boleh, BOLEH. Tinggal kita yang menentukan, tentunya segalanya hanya akan berlaku dengan izin Allah. Kawal hati dan nafsu, jauhkan perkara yang boleh menjadi asbab akan kekalahan Islam di Malaysia. Tegakkan Islam dalam dirimu, nescaya akan tertegak Islam di sekelilingmu. Wishing for a better Malaysia. We can if We Want. Jumpa lagi, wassalam.

Putrajaya 26/4/2013 #IniKalilah

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...