Friday, April 26, 2013

Makcik =)

Assalamualaikum, jumpa lagi, tak expect untuk update secepat ini. Kali ni nak cerita tentang makcik cleaner kawasan hostel saya yang saya telah ter sembang dengannya hari ini. Asalnya nak sapu sampah, bila bukak pintu nak sapu ke luar, ade pulak makcik hehe. Mintak maap sebab sampah makcik ditambah oleh sampahku. Ended up kami sembang2, agak lama juga ngeh3.


Makcik dari Surabaya, anak dah tiga. Pernah berkahwin sekali tapi suami kaki pukul. Makcik mengandung 7 bulan pun dipukulnya. Isk. Dan tak beri nafkah zahir dan batin. Makcik nak tolong ayah makcik kat kedai runcit yang diusahakan pun dipukulnya makcik. Bukan dia beri nafkah pun. Ayoyo. Makcik mintak cerai suaminya takmau. Last2 ke mahkamah failkan fasakh.

Makcik kat Malaysia dah 12 tahun. Waaa time tu aku pun masih hingusan. Masih bertatih2 kenal erti kehidupan. Makcik kahwin kali kedua dengan pemuda dari Malaysia. Tapi sayang, suami yang ini kaki judi. Makcik gaji sebulan RM800. Kadang upah tolong kemas rumah principal dan gosok baju di situ setiap minggu, tambah dalam 200 lebih kurang. Anak dengan suami kedua ada sorang (lelaki), dengan yang pertama ada dua. Laki dan perempuan. Anak dengan yang suami kedua nih nakal juga, tapi pandai belajar, dapat no 1 kata makcik. Kuasa Allah, ayah berjudi, anak pandai.

Satu benda nak di highlightkan, makcik sangat tinggi dengan kesabaran. Awal2 dulu makcik ada marah juga sebab suaminya berjudi. Lama2 makcik pun lali. Solat memang sah2 tidak lah. Kalau makcik balik rumah dalam pukul 7pm, suaminya dah keluar untuk berjudi. Kadang makcik nak ke kerja balik dalam 6am lebih, suaminya masih belum pulang. Bukan sekali dua ditangkap polis, tapi cina yang jadi bos suaminya ikatjamin sokmo, so terlepas dari jaring besi. Makcik yang kadang masukkan sepuluh ringgit ke wallet suaminya, untuk minyak etc. Banyak kali kemalangan motor, tapi suami tak pernah serik. Makcik kata makcik doa je mampu sekarang. Nak lawan, itu suami makcik. Makcik sayang suaminya I guess, walaupun suaminya demikian rupa. 

Makcik dah umur 53 tahun sekarang, dalam tahun depan makcik dah bersara. Wuhu. Anak tiga, cucu pun tiga. Anak yang no 3 sebaya dengan cucu yang pertama hihi. Mak makcik hidup lagi, 67 tahun ada di Indo sana. Tapi sejak ayah makcik meninggal dua minggu lepas, maknya sering sakit2. Ayah makcik meninggal pun takde sakit. Cuma gurau2 yang dia nak balik dah. Sampai masa pergilah dia etc. Tengok2 memang betul pergi mengadap Allah. Makcik terkilan juga takdapat tengok muka arwah buat kali terakhir. Begitulah, ajal datang menjemput tanpa diduga.

Makcik banyak nasihatkan tentang sabar, jujur dan menjaga perkataan. Makcik kata, ni lah dik, sambil jarinya tunjuk ke mulut. Jaga katanya, apa2 jaga mulut. Memang sesuai dengan hadith yang kata dua anggota kita, manusia, yang perlu dipelihara agar selamat dunia akhirat, mulut dan kemaluan. Setiap jumaat makcik2 cleaner ni ada sesi tazkirah/ usrah kat usrah room kat hostel sini. Semua indon maybe. Hebat tarbiyyah makcik2 dapat.

Makcik ni selalu kadang aku nak ke kelas pukul 8 lebih, selalu nampak sapu2 kat bawah. Aku selalu dapat beri salam n senyum saja la taktahu nak sembang apa sebab nak ke kelas kan. Hari ni tak sangka dapat sembang begini, segala puji hanya bagi Allah. =)

Then aku ke centre uruskan hal2 perbankan (cewah), selisih dengan makcik2 cleaner lagi, sedang alter pokok2 kat azman hashim complex. Terdengar makcik sebut La Ila Ha Illallah. Then datang manager/supervisor plak kata : Ha, bagus berzikir tu, rasa sejuk dalam kepanasan ni. Aku sengih sorang2 hihi. MashaAllah. Patutlah mereka kata, makcik2 pun kadang pasang quran waktu berkebun sana sini. Aku segan sendiri.

Lesson extracted from this story :
  • Be true, any situation, any time, with anyone.
  •  Berkah/blessing is with those who stay truthful and honest.
  • Be careful on choosing your spouse/life partner. Kalau solat pun tak setel, camne nak bina generasi harapan Islam kan. 
  • Lelaki, please be gentle on women. Kami dicipta untuk dikasihi. Rujuk khutbah terakhir Nabi. 
  • Choose carefully who you are going to give your heart to. Hati yang sudah terberi, susah nak di retrieve kembali.
  • Jangan tido lepas subuh, rezeki lari. Rezeki ku hari ini adalah semua pelajaran ini. Alhamdulillah. =)

Kepada makcik, semoga Allah mengganjarkan Syurga buatmu atas kesabaran selama ini. Ameen Ya Robb. Moga panjang umur murah rezeki dalam ketaatan =) <3>



makcik kerja dengan company ini. :-)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...