Friday, February 8, 2013

Tahun Empat


Alhamdulillah, new semester has come. And in progress =)

Dah masuk empat tahun duduk kat main campus yer, macam2 suka duka lara berlaku, ada yang dah dilupakan, ada yang berbekas sisanya, ada yang sampai skarang tak boleh lupa. Apepun, life goes on. There is no use of regretting the past. Apa yang sudah berlaku sudah pun berlaku, semoga Allah mengampuni dosa kita yang lalu dan menuntun kita sentiasa di jalanNya, ameen.

Sem ni ambil lima subjek, termasuk FYP. Yang belum jumpa2 lagi madam nya. Macam nak tukar topic tapi aku macam blur apa aku nak buat. Ape aku ni sebenarnya? Macam tak betui pun ada. Isk sobsobsob. Takpelah, mari kita bercerita tentang subjek semester ini. Pernah ada post tentang subjek di akhir semester, kali ni kita tukar angin pulak, kita setori di awal semester pulak. Chronologically : 


Financial Management I. Sir Asrul Dahari. Berpengalaman more than 30 years in the industry. Rasanya sector swasta. High expectation to his students. Fav radio : Business FM 89.9fm. Recommend kat kami untuk baca paper business dlm NST, dan banyak lagi.

Me : Subjek yang sangat menakutkan. Banyak dlm kelas aku nganga dan sengih bila sir suruh jawab soalan di papan putih. Perlu ulangkaji balik subjek Accounting yang aku dah ambil tahun 2010 yang cuma dapat C+ itu. Well, takde apa nak dimalukan. That grade cannot be changed pun kan. Cumanya Sir kata we must be good in accounting to take this subject. Aku dah terkesima. Dengan C+, mampu ke aku nak pergi jauh? Perlu sentiasa positifkan diri, ikut saranan cikgu dan doa pada Allah. Dengan usaha, inshaAllah boleh!

Quality Management. Famous dgn nama QM. Pasal cikgu. Namanya Dr Noor Hazilah. Best! Contoh yang diberi berkait dengan benda seharian. InshaAllah boleh score macam aku skor OB sem lepas. Hehe.

Me : Oh, ini department required subject. So raaamai kawan2 ICT aku dalam nih. Excited nyee jumpa merekaa. Satu cuti lama, dua sebab aku mmg jumpa budak econs je banyak sem ni, kan mostly subjek minor. Huwaaa. Im not sad to have new friend, I know I can do more than that. Yeah, Sumaiyah boleh! Hiihhihi ober eksaited. Zzzzz.

Marketing Principle. Obviously tentang pemasaran. Yang ajar namanya Sister Sazlina. Aku masuk kelas lambat semalam, jadi tertinggal waktu beliau perkenalkan diri. Tapi she seems okay. I like, santai juga hehehe.

Me : group project dengan atiyah, Alhamdulillah, with other econs students. Tengok matrik no, ouch mereka adik2. Sila sedo diri awok tu dah tahun empat ye sumaiyah haha. Kena kaji pasal company, their marketing strategy etc. Sounds interesting.

Strategic Management. Dr Izhairi. Female lecturer okay. Aku seronok masuk kelas beliau. Suka walaupun beliau tegas. Siap bagi satu muka full of reminder, antaranya kalau main hp dalam kelas, beliau akan ambik hp kita dan akan jadi hakmilik dia. Punctuality is a must. Dan kata2 dalam reminder tu aku sangat suka. It motivate and challenge me in the same time. Tapi rasanya macam kena drop subjek ni. Karena aku takut dgn coursework subjek2 lain yang ada, aku tak dapat catch up. Takutttt. Seriously. Madam kata untuk ambik subjek ni, kena complete kan Marketing principle, FM, sume yang ada aku tulis atas nih. Nak kata benda2 tu sume akan digunakan dlm subjek nih. Aigoo, di persimpangan. Moga Allah mudahkan.

International Business. Assoc Prof Dr Azura bt Omar. Kunci pintu kelas lepas beliau masuk. Mulakan kelas dgn cara yang unik. Letak slide yang consist of soalan2, antaranya apa nama subjek ni, apa course code, sapa nama lecturer, apa subjek pre-requisite untuk subjek ni etc. Nasib baik nama aku tak kena panggil kekeke. Madam sangat sempoi. She admits that she is an attention seeker. Pls don’t be rude by sembang2 in the class or play ur smart phone while she is giving lecture. She is strict but funny.

Me : Seperti suka dgn subjek ini. Ye lah, bajet international gittew haha. Aku kan sokmo suka org international. Tapi sayang, sume dah berpunya haha. Eeei apa ni lari topic.

Buat akhirnya, aku dapat rasakan this semester will be a bit tough for me. No more leisure time other than my squash, jog and maybe sometime JJ and WW hehe. Duit nak guna banyak. Untuk printing purpose satu. Untuk menabung pun ye. Abg aku kata sila start menabung kalau nak kahwin. Hihi. Soo many lessons apart from his marriage that I can learn. Di samping menabung, boleh kuruskan badan (xde kaitan). Berat suda naik, aku pon hairon mengapa aku senang sangat naik beratnye. Ade bende lain ke dalam badan aku ni aku pon wonder. Sem ni jugak, nak sambung belajar kereta. Harap takdapat dah cikgu garang2. Tolong jangan tengking saya, I cannot stand :’(

Baru 2-3 hari, aku dah boleh menangis sebab rasa takut dgn semester ini. Semoga Allah kuatkan aku dan kawan2. Agar kuat untuk mengharungi pelajaran yang ada, agar kuat untuk lawan hawa nafsu, agar kuat untuk mujahadah, agar kuat untuk tepis perasaan yang tak sepatutnya ada sebelum tiba masanya, agar kuat untuk ingat Allah selalu, agar kuat untuk jadi Muslim Mukmin yang sebenar.

Baru lah namanya pelajar Tahun Empat, biar ada kualiti yang sepatutnya ada pada pelajar yang dedikasi dan rajin dan hormat guru dan enjoy what you learn. Ringankan mulut untuk senyum dan beri salam untuk orang lain, jangan abaikan Quran yang dah ngulang untuk Tahfiz Class, set jadual untuk benda2 yang perlu (sebenarnya semua kena buh jadual kalau tak ke laut la kamu sumai). Semoga Allah kuatkan kita. Mohon doanya. Terima kasih teman. Jumpa lagi inshaAllah! =)

Dengan AlFateh, Madam Rahaidah & Fatahiyah di USIM Ahad lepas. Sambut besday di sini ye. Hihi. Thanks AlFateh for the besday song! =D

2 comments:

En said...

ini under nasyeed club ke sumaiyah? madam rahaidah yang ajar DS ke tu?

SuMaiYaH said...

En, tak, ni competition peringkat ASEAN, madam as advisor of cultural clubs datang turun padang hehe :)

Errr, madam tak jadi lecturer, fully officer kat STADD. Tu madam lain kot.. hihi =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...