Thursday, February 14, 2013

My Day =)

What a very nice day alhamdulillah, walaupun hujan sikit-sikit. Tapi lama.

Hari ni best! Sebab berjaya derma darah setelah hampir setahun menyepikan diri daripada Pusat Darah Negara. Well, sampai bagi sms mintak aku menderma haha. Rindu I keww. Euww. Lepas derma, sempat jumpa Usman Suardi, kawan ICT dari Sabah yang lama tak jumpa dan sembang, lama jugak borak tengah jalan tu haha. Dia komiti Humanitarian Expo, programs under CENSERVE yang ada booth banyak2 kat centre tu ha. Sampai esok kot depa. Dia komiti central tak silap. Cerita pasal study, boleh pulak dia ambik Decision Science yang tak kena ambik by budak IT tuh. Aku ye lah ambik, sebab aku punya elective minor aku pilih subjek tu. Haha bagus betui budak nih.

Waktu nak derma, duk sebelah Kak Hana’, member since DQ, tapi akak nih Diploma so aku mcm adik2 je lah sebab dia MPP time aku kat Bumi Barakah itu. Tapi bila masuk UIA, kitorang tahfiz class sekali, banyak sem jugak arr, termasuk sem2 terakhir Tahfiz Class yang lalu. Ingat nak bergambar bersama buat kali terakhir (ni sem last beliau), tapi segan nak mintak akak nurse capture gambar hihi.

Kelas petang, 3.30PM, ada spotcheck IIUM Dresscode by Deputy Dean of Students Affair of KENMS. Mak ai, rupanya cikgu Financial Management aku dan DDSA ni orang yang sama..!!! Hahaha. DDSA kuliyyah2 ni asal macam best je ek? I mean their characteristics. Madam Murni ex DDSA KICT pun cam comel2 gitu. Dr. Aznan DDSA KICT sekarang pun, aku suka belajar dgn beliau, banyak extra knowledge yang takde dalam course outline hewhew. DDSA KENMS nih pun aku suka sebab dia sempoi walaupun strict.

Petang lepas Asar, tolong 'Atiyah pasal register online untuk subjek FM nih. Pastu aku dah pikir2 nak buat ape lah, malas betul nak jalan ke hostel. Suddenly ada sorang sister Indonesia ni approach, nak tanya venue, LR 3.5 kat AIKOL. Aku kata la biasanya kalau gitu venue nya kat level 3 (haha sukati aku je). Beliau nak belajar bahasa, amik French class under Fast Learning tu haa. Sempatla tanya akak ni Post Graduate students ke, amek ape, name ape, blah3. Beliau luahkan perasaan yang kecewa sebab lama sangkut kat CELPAD, menyesal tak ambik TOEFL dulu, kalau tak, mesti takde lama sangkut kat CELPAD. Huuu. Takde apa aku boleh kata melainkan bagi kata2 semangat skett, share sikit2 cerita aku dan kawan2 yang berkenaan (taksebut nama tau) and so on. Nama akak tu Rina hehe. Selamat berkenalan ye kak, semoga terus bersemangat =)

Nota derma darah hari ini :
-         -  Dah enam kali derma, semua 450 ml, hari ni je 350 ml, kuciwa sikit
-          - Lama gila hari ni nak tahan darah dari berhenti dengan kapas. Mungkin sebab aku asyik gelak2, dan banyak tanya dgn nurse. Macam ape faktor  urat senang nak jumpa waktu nak cocok jarum tu, blah3. Akak tu pun mcm malas nak jwb aku tanya haha. Kacau kerja dia jah.
-          - Berkenalan dgn kawan Acik Murni Nasyeed Club, Amal, ingatkan muda, sebab dia 2nd year, tengok2 sebaya haha. Beria akak bagai. Budak HS, Sociology. Kesian dia mengalami sedikit masalah ketika menderma, waktu aku balik dia masih di situ (sebab mmg aku sampai lagi awal dari dia).
-          - Nampak sorang sister kepeningan, sedap dia minum 100 Plus kekeke.
-          - Kali ni cuma ada dua nurse yang tolong2 bahagian derma nih, ramai lelaki. Abang2 hensem pun ada (wakaka). Yang muka beriman pun ada. Hewhew

Semalam sembang dgn rumet, katanya selalu lelaki yang berkopiah, ustaz semua jenis yang rotan isteri, panas baran etc. Tetiba aku pun baru terfikir, ada betulnya jugak walaupun brape percent je yang macam tu. Tapi tu lah, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Bakal-bakal suami sekalian, sila jangan garang-garang dengan isteri dan anak-anak ye. Boleh pupuk kesabaran dengan adik perempuan, kakak, dan ibu. Wanita dan perempuan ni hatinya lembut, dibiar terus akan hanyut, hendak dilentur bimbang akan terlebih lentur, jadi manja dan mengada-ngada. Kami hanya perlu bimbingan dan tunjuk ajar, kerana kalian lelaki adalah pelindung kami, inshaAllah. Nabi pun suruh laki2 mengasihi wanita tau. Dalam Khutbah Terakhir Rasululullah pun beliau ada sentuh tentang berbuat baik dengan wanita. “Yang paling baik antara kamu adalah yang paling baik pada keluarganya, dan Aku adalah yang paling baik kepada keluargaku.” (Maksud Hadith)

Tak suka orang marah-marah, sepertimana aku pun tengah belajar untuk sabar dan tak emo kalau ada benda yang tak mengikut apa yang aku mahu. Kalau aku dengar orang pitching tinggi sikit, akan auto jadi macam ‘Arghhh’. Bunyi motor besar pun aku takleh tahan, akan cover telinga dengan apa2. Bunyi yang sangat nyaring boleh sampai dalam hati aku, dan boleh jadi emo terus. Keh3.

Dah cerita pasal diri sendiri pulak. Sekian celoteh buat kali ini, orang sambut Valentine Day dgn ppl they love, for me, my Valentine is my life. In fact, asal-usul Valentine pun entah ape2, so xmau la guna nama tu huhu. I celebrate my day everyday, when I am able to help at least one person a day. Not really help, just like sembang2, chatime pon dah oke. Listening is another sort of therapy, ain’t it? Memang aku ni suka mendengar cerita orang kot, and be some sort of intermediator (konon) haha. I learned a lot from people, love to meet them, love my life the way it is. Thanks for those who was/were/is/are there in my life. Hidup di dunia hanya sekali, sekali pergi takkan kembali. Make use of your life. See you next time! 


Yang menderma pon ramai bero

Sedap kan habuan lepas derma darah; Satu biskut dah masuk perut =P

p.s : malam ni geng ICT nak bawak makan sempena besday aku katanya. Jangan la susah2 uolls nih :P Takpe, sem ni sem last korang kan. Sobs. Kbai.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...