Sunday, January 27, 2013

Sekitar Walimah Pertama

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh
Weee seronoknya hari ni (semalam sebenarnya)
Alhamdulillah, telah berlangsung walimatul urus abangku Muhammad Annas bersama pilihan hatinya, Nur Atiqah bt Azis. Orang Kluang, Johor nun ha hihi. Minggu lepas dah berlangsung nikah dan walimah di sana, minggu ini di tempat kami pulak. Hikhik best3.

Venue pilihan adalah di Kolam Renang MPKK, di mana MPKK stands for Majlis Perbandaran Kuala Kangsar ye adik2. Umi yang nak buat kat sana, and since our sweethome is sooo cumils that it could not be qualified as  to become the main venue, so kitorang semangat giler la nak buat kat sana.


Macam2 benda berlaku sebelum event, nak cerita satu2 memang sampai minggu depan tak habis. Haha over-exaggerate. Tapi memang, nak buat walimatul urus bukan satu benda nak mudah. Nak buat se simple habis pun, tetap akan ada yang complicated. Semua aspek kena check, memang kena ada check list. Kalau biasa join program, ade floor plan dan masterplan, ini dua memang wajib ada. Aku ada jugak cadangkan umi buat sebab umi tanya camna nak bagi kita tak terlepas pandang benda2 yang kita takut lupa kan. Tapi aku cadang aja, tak tolong buat pun, apa punya anak la -_-"

Kali ni slack sebab kami tak check surau dia. DJ bertugas kata memang ada surau atas tu tapi itu sebenarnya  bilik mesyuarat. Kalau kata nak buat surau, takde pun la telekung, arah kiblat, tabir pemisah lelaki perempuan sume tuh. Nak amik wudhuk pun di tandas aja. Takda signage untuk ke surau, memang kami terlupa bab ni, mohon maaf kepada tetamu2 yang membaca post ini (syok sendiri di situ hewhew)

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah, yang memudahkan urusan kami. Ramalan cuaca adalah mendung, but it turned out cloudy sikit di awal pagi, tapi panassss dari tengahari sampai ke petang. Kiranya tak hujan, seperti yang kami kehendaki. Makanan sedap, ramai orang puji, alhamdulillah. Makanan cukup, ditambah makanan tambahan macam aiskrim, cendol, laksa, kuihmuih dan sebagainya. Menu kami pun ada ulam ulaman beserta sambal belacan serta lauk standard orang kahwin yang lain. Tabik spring pada abi (my daddy) yang deal dengan orang katering. Heee :)

Decoration pun simple, hanya sewa pintu gerbang, hiasan tangga, karpet merah, dan hiasan dekat2 meja makan pengantin selain kipas untuk pengapit. Ada la dalam RM600 habis untuk tu aja. Hiasan bebunga kami almost hundred percent fresh and nature. Umi beli fresh flowers untuk hiasan di setiap meja makan tetamu, saudara mara dan of course meja pengantin ada gubahan bunga ros yang besaaarr hihi. Bunga yang pengantin pegang pun bunga hidup tau ngeh3. Ada belon2 gold and white, thanks pada Yang Timah dan suaminya Azizat handle bahagian itu. Huruf sekeping2 tulis Annas (love) Atiqah tu pun ummi yang buat, print, laminate dan gunting sendiri. Gantung je orang lain tolong buat. Sweet and simple je deco kami.


Start rebus telur pagi Jumaat, ingat nak buat Khamis tapi kawan2 sekolah umi kata awal sangat, baru terfikir memang awal pun, tak elok le telur tu kan. Kami memang bagi semuaaa orang telur, cuma kanak2 akan dapat side thing seperti coklat, ayah2 dapat ma'thurat, ibu dapat keychain bear dari Australia (sebab pengantin kami dua2 belajar sana hihi), bersama sebiji telur rebus. Nyam3. Pulun2 la mencuci telur sebelum direbus, thanks pada abang saya bakma dan adik bongsu saya abyan hensem yang bertungkus lumus, dibantu oleh makcik kadariah isteri pakcik khamis yang sanggup datang dari JB membantu kami. Bawak ole2 plak tuh. Allah3, Allah saja yang mampu balas budi kalian semua. Anak2 mereka yang tolong masukkan telur rebus dalam bekas goodies, yang tolong susun2 itu ini, dan sume2 lah. 

Juga untuk kawan2 sekolah umi yang datang lepas solat Jumaat (pagi kan sekolah). Dahlah time mereka datang, umi dengan makchah pergi kolam renang finalize floor plan, Sarah pulak kat UIA, tak sampai rumah lagi. Jadinya aku sorang je gegurl yang ada kat rumah. Ya Allah, aku taktau nak cakap camne kalau takde mak sedara dan jiran2 yang datang, tak cukup tangan weh! Nak layan sembang memang tak sempat lah, duk basuh pinggan apa suma. Lepas tu mereka datang semuaaa bawak buah tangan. Kuih muih, home-made pizza, ya ampun, terima kasih pada makcik jah, makcik pah jiran sebelah, yang tolong potong kuih semua tu, letak dalam piring dan hidang. Makcik Jah datang rumah aku 3 kali kot hari tu. Pagi, lepas jumaat and malam. Hanya untuk tanya if ada apa2 yang perlu dibantu. Sangat terharu..

Lepas tu time cikgu2 kawan umi datang, mereka tolong2, datang pulak keluarga mertua abang aku dari Johor baru sampai. Kekekeke.. Ini memang hancus la kawan2. Dengan tanpa sayap kiri kanan yakni umi dan Sarah, aku dah mati kutu. Nasib baik abi ada sekali sembang2, abyan dan bakma tolong angkat piring2 kuih, aku plak setelkan air teh, nasi etc, alhamdulillah, semuanya oke la jugak, takde la haru biru sangat huahua. Walaupun rasa nak nangeh pikir kena handle sendiri, segan, taktau nak cakap apa dengan mereka2 yang saaaangat banyak membantu :'(

Malam tu shikin pulak sampai dari Kedah. Hehe. Thanks friend for coming. Bukan mcm kawan2 lain tu yang diajak tapi takmau mai =P hihi takpelah masing3 punya tanggungjawab untuk agama bangsa dan negara. Kimi adik junior ICT yang balik kampung area sini sempat menjenguk dan menjamu selera. Thanks Arimi =) Ade jugak la orang yang aku ajak yang datang huahua.. Anati kawan Sarah pun datang tolong baaanyak sangat. TQ adik comels! =)

Aku, ummi, abi, Sarah jadi penyambut tetamu. Abrar handle orang kompang, bakma jadi runner, memang complete sume ada tugas, benda lain yang tak sempat nak tengok kami mohon bantuan saudara mara sebelah Perak hehehe. Jzkk kepada semua, tak dapat mention nama sorang2. Family makchah, maksu, paktam, paktih (ini kena di highlight sebab ada touchy reunion tau, aku pun nak nangis tengok). Opah Joyah (adik arwah atuk), PahCik, ramai giler mau sebut dong.. Kawan2 sekolah abi dan umi kat SK Talang, SK Cheh, SKSI II, orang surau, ustaz2 yang bagi pengajian, dan raaamai sangat. Sempat jumpa pakcik Ansari ayah Adibah, kawan di Taayah, juga PakSu KemRebung, kem yg banyak menyedarkan aku tentang hakikat kasih sayang dalam keluarga. Kenal2 dengan kawan2 baknas (the groom) yang selama ni nampak kat FB je, kali ni jumpa face2face hihi. Usha jugak mana single lagi hahaha mereng. Waaaahhh, seronoknya jumpa ramai oranggg.. taktahu nak kata camna, tak dapat nak digambarkan dengan kata2. Syukur alhamdulillah untuk nikmat kasih sayang yang Allah beri antara kita semua.

Alkisahnya, memang tak sempat tuan rumah yakni kami nak bergambar dengan pengantin. Dah hujung2 baru sempat. Itupun guna kamera official photographer lah. So yang dalam kamera keluarga/personal takda gambar sangat. Rasa sangat seronokkk dalam keletihan. Kesian kat umi la, yang sampai takboleh tidur malam tadi akibat keterujaan untuk handle walimah pertama keluarga kami. Well, next walimah kami plan nak combine dua orang, maybe abang sulung alias bakma dan aku! Haha. Jadi kena cari calon cepat lah ye sumaiyah. Maybe 2014 atau 2015 inshaAllah. Kita merancang, dan Allah jua sebaik-baik perancang. Terima kasih kepada yang membantu secara langsung dan tidak langsung. Semoga Allah membalas dengan sebaik2 ganjaran untuk kalian di dunia dan di Akhirat, ameen. Terima kasih Allah untuk semua nikmat ini. =)

Selamat enjoy gambar yang somel2 ini yer kekeke. Grabbed from my instagram account. No time to edit2 dah ngeh3. 


Santek kan venue ini hihi

Bila hantu bunga jumpa fresh flowers, camni lah jadinya

Tuan rumah. Pengantin takde sbb tengah bersiap =P

Nikah dan Walimah di Johor =)

Kami :~)

p/s : Next post might be about the incoming semester and  a post to whom it may concern. Krik3. InshaAllah.

2 comments:

mannasy said...

time kasih karena menolong melancarkan majlis!
igt daku dalam doamu :p

SuMaiYaH said...

same2 bero!
selalu ingat :P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...