Saturday, January 5, 2013

Antara Dua

Aish mane ke mood nak belajar tak datang2 nih, harap jangan lari dari rumah ye mood. Kekeke.Malam tadi berpeluang curi dengar tazkirah di masjid, speakernya siapa dan tajuk apa pun aku tak pasti, sebab aku sampai tu dah nak habis dah. Tapi soalan yang ditanya sangat menarik perhatian.

Ada orang tanya apa hukumnya muzik dalam Islam, ada kata haram ada kata halal. Jawapan speaker : muzik boleh sahaja untuk didengar. Tapi cuba kita fikir, kita nak ke kita mati dalam keadaan sedang mendengar muzik? Sebab nanti manusia akan dibangkitkan menemui Tuhannya dalam keadaan bagaimana dia mati. Kalau meninggal dalam keadaan sujud, bangkit menemui Allah dalam keadaan bersujud. Kalau dengar muzik? Erkkk

Tambah beliau lagi, hati kita ni tak boleh diisi dengan dua benda yang besar. Kalau kita dah conquer hati kita dengan muzik, Quran akan susah nak masuk. Kalau Quran dah melumuri hati sepenuhnya, sudah tentu muzik takda can. Sesuatu yang benar, dan masuk dek akal.

Sama jugak dengan cinta (aish isu ni lagi haha). Kalau hati dah penuh dengan cinta Allah dan Rasul, cinta manusia akan susah nak menghampiri, tapi Syaitan takkan pernah penat membisikkan kata dusta ye dak. Sebab tu hati kena jaga sokmo. Kalau hati dah penuh dengan cinta dunia, memang tamatlah cinta kamu ke Akhirat ye dak. Tapi kalau kita cinta Akhirat, inshaAllah dunia yang akan mengejar.

Sekian tazkirah pendek hari ini. Hari yang cerah dan menggembirakan, sebab hujan malam tadi dah membawa sendu hatiku pergi wakakak. There is no benefit of regretting what that has happened kan kan. Be real. Semoga Allah kuatkan kita semua selalu. Kadang azam semua dah ada, tapi bisikan Syaitan dan nafsu selalu menewaskan iman di hati yang memang setipis bawang ni haa. Same2lah kita tolong-menolong ye, inshaAllah. Wassalam.

“Rahmati daku dan permintaanku, untuk bertemu di dalam restu.” =)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...