Wednesday, December 25, 2013

Warming Up and Cooling Down


Assalamualaikum! Jumpa lagi yep. Alhamdulillah. Alkisahnya, Uda adik beradik nasyeed club saya ajak join fasi untuk satu program ni. Lama sungguh tak jadi fasi. Tapi kali ni program tentang solat. Lantas berangkat la kami bersama Najmi, Acik dan Diba. Sebenarnya dah plan modul macam2, in the end we were told that the program wanted to focus more on solat. So memang game duit syiling je sempat main. Anak emas, Big Boss, Moon Sun tu tak sempat sobsob. Dengan peserta yang dijangka hanya tiga puluh tapi rupanya jadi lapan puluh, dengan adik2 lelaki pulak yang mencecah enam puluh orang. Fuuh. Memang hingaq surau kata orang Kedah. Haha.

Ada benda yang perlu bantuan, kami bantu. Ada Kuliah maghrib, ustaz situ bagi. Malam lepas isyak yang start ice breaking semua. Memang habis lambat, sebab amali solat pun mula jam 11 pm. Itu pun rasa tak puas sebab hanya sempat suruh leader demo solat memasing. Sedih =(

Malam tu, adik2 Ya Allah, bising taktahu nak kata camna. Sampaikan Acik n Diba tak tido langsung. Memule saya cuba tidur, takdapat, then pasang instumental dari Solo Piano Diary, pun takdapat, last2 dengar Quran, lena sikit, itupun banyak kali jaga sebab adik2 lelaki berlari, baling apa barang pun tak diketahui, sembang jangan cakap lah, yang pasti memang macam pasar. Aduhaii, sekolah rendah sampai sekolah menengah pesertanya. Tapi tak silap abang2 yang banyak bising sebab jumpa member kan, bila lagi nak begini. Hehs. Dalam 330 am saya dikejutkan oleh Diba. Hihi. Memang suara rock habis sebab tak cukup tidur kan. Haha. Basuh2 muka bla3, qiamullail, solat subuh, kuliah subuh. Kuliah tu Maulana Mohd Ali b. Yusof yang sampaikan. Tentang solat juga, tapi seriously seronokkkkk.. MashaAllah taktau nak cakap camne. Cuba jugak untuk tahan mata dari pejam. Most of the time I was awake tapi ade jugak yang takdapat tangkap point2 yang disampaikan sebab lena beberapa saat. Hihi.

Haaa, aktiviti lepas kuliah ni yang paling besttttt, I loike sejuta lemon. Senaman!!! Uncle Nik Hazim tak silap nama cikgu ni. Stretching seperti seorang jurulatih. Because at last I knew he took Sains Sukan. No wonder la kan, and he teaches taekwondo at that residence. Tabik Spring tuan! Waktu memula beliau suruh buat stretching semua, I had that thought that this person must be an expert in his field. Memang kalau boleh nak sign la kan. Lepastu ucapan pengerusi surau, Prof. Dr. Hj. Jamaludin b. Mohamed, saying thanks to everyone and all. Then penyampaian sijil.

Sunday, December 22, 2013

Boys and Girls



"Now You know why Allah says don't do it. Coz it hurts.
There are consequences of this in the Akhirah but emotionally, people get scarred.
And we get really messed up."




"You have to unfriend all of those girls.
Yup, you do. You're listening? You have to unfriend them.
And don't call them back, and don't text them back.
And when they said : what happened, you don't like me anymore;
You don't even say : no no no no it's not, it's Islam.
NO, DON'T DO THAT.
Don't even talk back.
Just leave it.
Drop it.
End of Story."

"Only Allah knows your mistakes, I don't want to know, and you shouldn't tell people.
It's between you and Allah."

Me : If you listen to his words, you might know my feeling, and feel the same as me. The feeling that can't be described. I think the scar that I got has made who I am today, heartless and thoughtless Sumaiyah.  May Allah forgive us all. Ameen Ya Robb.

Saturday, December 21, 2013

Happiness, Fun and Pleasure by Nouman Ali Khan





You desire it so much and in no time it becomes worthless to you.
Allah Azzawajalla tells us that all the things that we want so badly, we'll start losing interest in them.
And the eternal punishment in Jahannamthats the one that you won't get used to.
The punishment of Jahannam is not something that anyone will get used to.
The desire of this world, and even the pain in this world, you can get used to.
But that desire, that pain (in Jahannam) you will not get used to.
And forgiveness from Allah, that is permanent.
And incredible contentment, you will be finally satisfied, you will not look for next thing ;
You will be at that contentment, you re gonna be at peace, in Jannah
You re not gonna be at peace here (dunya) where we'll be always looking for the next.
What is a worldly life, in amounts of nothing, but means by which people get deceived.
People think that they will find happiness but they don't.
May Allah Azzawajalla help us recognize what true happiness is, what it really means.
May He help us materialize the true happiness thru real faith in him and thru real expectation from Allah Azzawajall.

Friday, November 1, 2013

Kata-Kata Mutiara Imam Syafie Tentang Kehidupan

  1. Belajarlah ilmu fiqah sebelum kamu menjadi ketua kerana jika tidak kamu tiada kesempatan untuk mempelajarinya.
  2. Menuntut ilmu lebih baik daripada sembahyang sunat.
  3. Sesiapa benar dalam persaudaraan dengan sahabatnya, diterima alasan-alasan, ditutup kekurangan dan diampun kehinaannya.
  4. Sesiapa hendak kepada dunia maka hendaklah dia mencari ilmu dan siapa siapa berkehendak kepada Akhirat, juga hendaklah dia mencari ilmu.
  5. Seseorang tidak akan berjaya dalam menuntut ilmu melainkan dia menuntut semasa dalam kemiskinan.
  6. Sesiapa menuntut ilmu hendaklah dia mendalamaninya, tanpanya kehalusan ilmu akan hilang.
  7. Kemiskinan orang berilmu ialah kemiskinan ikhtilat, manakala kemiskinan orang jahil ialah kemiskinan kesusahan.
  8. Insan yang paling tinggi darjatnya ialah yang tidak melihat darjatnyadan insan yang paling mulia ialah insan yang tidak melihat kemuliaannya.
  9. Persahabatan dengan orang yang tidak takut kepada keaiban akan mendapat malu di hari Akhirat.
  10. Orang yang menjaga maruah sentiasa dalam perjuangan.
Sumaiyah : Kalau takdapat jadi semua, jadi satu pun takpe, kan? =) #mujahadahitupahit

Source : FB IKIM

Thursday, October 24, 2013

Oh My PRK

Salam. Hai semua!
Sekarang musim PilihanRayaKampus baq hang.
So macam biasa, macam2 kisah baru akan didengari. Entah sahih entah benar, hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Ada Pro-Mahasiswa, ada Pro-Aspirasi, ada Bebas. Eheheh. Relevankah Pro bagai semua di zaman mayapada ini? Ahaks.

Sebenarnya saya tak berapa gemar isu melabel orang dengan nama2 ini. Hmm. Betul, kita ada cara kita dalam menyampaikan risalah. Tapi takperlu sampai kata orang ni cara dia salah. Kalau yang memang bertentangan dengan syariat tu, memang patutlah kita tolak. Tapi kalau dia bawak benda yang baik, kita pun kenal dia takpernah ada nama buruk, selalu join program yang menambahkan iman, I dont think that we can say he/she is from that group. Even when it is true.

Well, saya ada tanya sorang ni dia bertanding atas tiket apa. Pro M ke Pro A ke Bebas. Katanya dia ingat benda2 camtu dah takde kat UIA. Dia bukan Pro mana2 so dia bebas kot katanya. Katanya lagi kawan2 yang suruh dia bertanding. Hmm. Bila sembang dengan orang lain, orang kedua ini berkata orang pertama itu mungkin menipu. Ahaaa. Who knows? Allah knows.

Tipu ke tak, itu dia dan Allah yang tahu. Kita tak boleh nak kata oo dia confirm Pro A, kita takkan undi dia. Of course kita nak group kita menang. Tapi pernah tak kita terfikir, mungkin fikrah dia juga fikrah benar dan baik, cuma kita yang belum lorongkan dia ke jalan yang benar? Entahkan orang yang menggalakkan dia bertanding itu, melorongkan dia dengan ayat2 manis, bertopengkan Islam dan perkara yang baik2. Dia pun 'ha'ah la betul jugak.' lalu bersetuju untuk bertanding. Apa yang dia sangkakan benar dan baik, rupanya ada perkara lain di sebaliknya.


Perkara paling saya benci dalam PRK adalah fitnah berleluasa. Tapi kalau calon tu sendiri yang menipu dengan saya, memang saya taktahu, tapi Allah tahu. Nak berkempen bolehkempenlah dengan benar, takperlu cari aib lawanstand for your own self. Ni bukan untuk calon saja, ni untuk kipas susah mati dan penyokong calon termasuk cybertroopers dan keyboard warriors jugak. Biasa calon ni biasa2 je, penyokong yang lebih2. Susah kalau fanatik dengan satu2 entiti ni. Sebab ia akan membutakan kita dari memandang indah akan perkara yang berlawanan dengan entiti itu. Be wasotiyyah. Be just.

Selamat berkempen dan mengundi semua, UIA inshaAllah 30 October ini. Cast your vote! InshaAllah =) Wallahua'lam.

p/s : Tadi setel interview with AIMS for internship. Midterm jumaat ni, FYP berderet meeting dengan SV and examiners. May Allah ease. Aameen. Pray for me ^_^

Thursday, September 19, 2013

Menjadi Sihat

Assalamualaikum and good day!
Kesihatan, kehidupan, tanpa kesihatan hidup tak bermakna.
Ingat lima sebelum datang lima, antaranya ingatlah masa sihat sebelum masa sakit. Disuruh ingat bukan sebab apa, kan kalau sihat kita boleh buat macam2 aktiviti, bergerak ke sana sini, tanpa ada sebarang kekangan fizikal dan mental. Kalau sakit? Sikit2 tu mungkin masih boleh berjalan2 tapi tak berapa jauh, tapi kalau sakit yang teruk, boleh jadi terlantar di atas katil. Kan dah susah nak buat aktiviti harian. Ye dak

Jadi kali ni kita nak cakap tentang kesihatan. Ramai yang mahu sihat tapi tak ramai yang nak hidup secara sihat. Makan secara sihat, tidur secara sihat, minum secara sihat, bersenam cara sihat (pun adaa?)

Mari sini tuan puan saya nak share apa2 ilmu yang setakat ni saya tahu :

Untuk makan secara sihat, ikutla piramid makanan :

Piramid Makanan. Sumber : Google

Friday, August 30, 2013

Brief Update

Assalamualaikum, hai! =D
Lama betul tak menulis. Ikutkan sebenarnya dah lebih tiga bulan heheh. Apa boleh buat, cerita sentiasa banyak tapi masa selalu takda, perasan sibuk je. Apa khabar semua? Harap semuanya sihat wal afiat di bawah lembayung rahmat Ilahi.

Pertamanya mari sama2 mendoakan untuk saudara seagama kita, Muslim seluruh dunia yang ditindas dan dizalimi. Palestin, Syria, Rohingya, Libya dan terkini, Mesir. Soo many to watch and to read through the internet. Taktahu bilakah semua ini akan berakhir, mungkin bila hari kebangkitan tiba. I don't know too.

Untitled

I've said enough,
because the more I said,
the more pain I will have.

Therefore,
the best way is to stay away from you,
because to have you around,
is way too painful.

I am sorry,
Fi amanillah.

"There are so many things to chase for,
and I have nothing but myself and Allah.
Hasbiyallah."



Tuesday, June 25, 2013

Status Cinta Islami

Sebenarnya saya sudah lelah menulis isu ini. Tapi kali ini bukan saya yang menulis tapi dari seorang teman seperjuangan di bumi al-Furqan dahulu. Selamat membaca =)

--

Bismillahirrahmaniirahim.. 

Terpanggil untuk berkongsi sedikit coretan apabila terbaca banyak status2 islami, ulasan tentang cinta antara lelaki dan wanita..

Untuk sahabat2 yang dicintai fillah.. 
Sungguh..cinta itu sangat halus.. tetapi penuh makna.. terkadang, syaitan yang akan mengisi makna cinta pabila telah salah langkahan kita.. pabila telah sampai waktu dan masanya pula, cinta boleh bertukar menjadi derita.. bisa juga pengakhirannya bahagia.. bahagia yang bagaimana? Ah.. mungkin hanya orang yang merasainya selayaknya berbicara..

Sahabat2 yang dicintai Allah.. 
zaman remaja, zaman muda.. zaman ramai org teruji dengan cinta.. ada yang cintanya pada ilmu.. ada yang cintanya pada Allah dan rasul , dakwah, tarbiyah, jihad fisabilillah.. ada yang cintanya pada kluarga dan kawan2.. ada yg cintanya pada suami atau isteri yang tiada tandingan ..ada juga cintanya pada manusia yang belum lagi menjadi suami atau isterinya.. 

Pelbagai bentuk cinta..ya..banyak lagi yang tidak tersenarai..

Ana pasti semua yakin.. gabungan keseluruhan cinta2 tadi adalah yang terbaik dgn meletakkan Allah dan Rasul sebagai kecintaan teragung kita. Kecintaan yang membuahkan amal zahir dan batin.. kecintaan yang bakal membawa kita kepada syurga idaman.. kecuali... yang terakhir sekali, iaitu cinta pada seseorang yang belum halal cinta, kasih dan rindu kita buatnya..

Belum halal yg bagaimana? 
Ya.. pabila belum sampai masanya segala yang kita lakukan untuknya membuahkan pahala..
bahkan menambah dosa..

Sahabatku.. apabila datang orang lelaki yang soleh meminangmu.. dan tiada alasan untuk kamu menolaknya, terimalah dia setelah istikharah memohon petunjuk Allah ..juga perbincangan yang sihat dengan keluarga..

Lelaki yang baik.. pabila dia jatuh hati pada seseorang, dia akan berfikir masa depannya dengan wanita tersebut.. adakah dia bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami? Adakah wanita tersebut bersedia untuk menjadi isteri dan ibu yang bertanggungjawab? Adakah mereka bersedia menghadapi kemungkinan2 selepas menempuh alam perkahwinan?

Jika jawabnya tidak.. maka Allahlah tempat mengadu agar dihilangkan segala perasaan yang tak sepatutnya itu.. agar tdak terlanjur menyatakan rasa cintanya.. juga tidak mengganggu jiwa dan perasaan wanita tersebut..

Jika jawapannya ya..lelaki yang serious dan ikhlas ingin menjdikan wanita ini isterinya.. akan berusaha untuk taqdim wanita tersebut. Jika wanita setelah istikharah, berbincang atau bertaaruf, menerima.. lelaki ini akan berusaha berjumpa dgn keluarga.. menyatakan hajatnya untuk menikahi wanita tersebut.. Jika keluarga setuju.. bila tarikhnya ? Perbincangan terkemudian akan menyusul..

Dan jika mereka faham dan benar2 ingin menjaga wanita tersebut.. mereka akan berusaha menjaga batas pergaulan sebelum nikah.. walau hanya berhubung mlalui penulisan.. tiada kata2 cinta manis yang menggugat jiwa melebur hati menjadi anganan hingga tidur dan terbawa ke esok hari.. atau kata2 ala islami yang membuatkan hati kita gembira dan tersenyum malah bertambah cinta padanya kerana merasakan .. "oh.. dialah lelaki yang bakal menjadi imamku." Tidak pula berjaya membuatkn kita hilang kelalaian atau semakin kuat hubungan dengan Tuhan..

Sahabatku.. yakinlah.. jika lelaki soleh datang meminta mu dan kamu menerima melalui istikharah, walau tidak diiringi cinta.. dan jika kamu juga berusaha untuk tidak menzahirkan cinta dalam perhubungn kamu, dan kamu tidak putus mmohon agar Allah memilihkan yang terbaik untuk mu.. dan jawapannya masih "dia".. Walau hingga hari pernikahan rasa cinta yang diangan2kan, masih belum menyentuh hati dan perasaan.. yakinlah.. yakinlah sahabatku.. sebaik sahaja lafaz sakinah yang singkat dan kamu sah bergelar isterinya.. larilah syaitan yang pernah usaha menghasut mewujudkan segala perbuatan yang Allah murka..dan suatu rasa cinta tabi'e akan menguasai jiwa.. Cinta yang disertai mawaddah wa rahmah yang datang sebagai anugerah dari Allah..
Apatah lagi jika kita sebagai wanita sedar walau apapun, cinta seorg wanita pada lelaki hanya selayaknya pada seorang suami.. pasti kita rasa ta'jub dengan rasa cinta yang datang tiba2 bahkan dirasakan seperti sudah lama..

Mungkin ini hadiah dari yang Maha Esa buat mereka yang selama ini berusaha untuk menjaga syariatnya..

Usahalah shabat.. usahalah agar menahan diri dari menzahirkan cinta pada yang bukan empunya.. insyaAllah kau kan mencapai suatu bahagia pabila tiba masanya..

Doa2 dan doa pada Allah yang Maha membolak balikkan hati agar dipegang erat hati ini pada cintaNya ..agar diikat kuat jiwa ini agar tidak terjatuh pada kemaksiatan yang dimurkaiNya.. agar dikembalikn taufiq hidayah pada diri ini untuk punya kekuatan berubah..demiNya.. Juga moga Allah ampunkan dosa2 kita yang telah melakukan sesuatu yang tidak diredhaiNya..

Allahummaghfir lanaa wahdinaa ila siraathokal mustaqiim.

Ameen..

P.s: Asif atas salah silap atau keterlanjuran kata2 :( moga Allah pegang erat hati ini agar sentiasa terbimbing ke arah jalan yang diredhai..

--

Alhamdulillah, tahniah kepada yang baru selesai membaca. Penulis asal artikel ini adalah Nur Jannah Roslan, sudah berkahwin dan dikurniakan cahayamata pertama kembar yang comel :) Rasa terpana dengan artikel ini. Mungkin sebab umur kami yang hampir sebaya, dan tentunya kerna ia datang ketulusan jiwa penulisnya. May Allah bless you dear friend. =) Wallahua'lam.



Wednesday, May 29, 2013

Dulu




Tuhan
Dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku di lorong gelita
Luka hati yang berdarah kini jadi kian parah

Semalam sudah sampai ke penghujungnya
Kisah seribu duka kuharap sudah berlalu
Tak ingin lagi kuulangi kembali
Gerak dosa yang menghiris hati.

(Mengemis kasih, The Zikr)

Saturday, May 11, 2013

Nasyid dan Cinta

Assalamualaikum, bertemu lagi di alam maya.
Entah siapa la agaknya yang baca blog ni lagi ye. Bak kata kawan saya, blog is just too mainstream. Hehe. Anyway that is ones opinion. Tak kisahlah.

Kali ni nak cerita tentang cinta dan nasyid. Hoo. Sape member rapat akan tahu saya memang sinonim dengan nasyid. Entah taktahu kenapa, mungkin minat dengan muzik itu sendiri. Alang2 kita ambillah muzik yang baik kan. Baik di sini tak semestinya nasyid kompang kongga sahaja. Apa sahaja yang mempunyai mesej yang baik dan bisa diterima oleh telinga, i.e. tidak bingit dan terlalu rock, inshaAllah boleh aja. Islam mengajar untuk bersederhana, jangan terlalu rigid, tak dengar langsung, atau terlalu obses, ape pun tak boleh, nak muzik dia saja. =)

Zaman saya sekolah menengah dulu, kumpulan InTeam, UNIC, mendahului carta2 teratas kerana lagu mereka yang banyak berunsur cinta. Fuh masa tu kan fitrah membuak-buak la. Perasan lagu ni macam kita lah pelakonnya. Nyanyi2 sekali, feeling lebih. Hihi. Berangan entah kemana. Hanyut di bawa arus angan yang tak berkesudahan.


Saturday, April 27, 2013

PRU 13 dan Malaysia


Assalamualaikum, bertemu lagi alhamdulillah.

Kali ni kita nak cerita tentang PRU 13! Yeah. PilihanRaya Umum Malaysia yang ke 13, akan berlangsung pada 5 Mei ini inshaAllah, 7 hari lagi! Penamaan calon telah berlangsung pada 20 April, sabtu yang lalu. Dengan banyak muka-muka baru baik daripada pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang. Ada yang tidak saya jangka akan bertanding pun adaaa, macam Dato Saifuddin Abdullah Timbalan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di parlimen Temerloh serta Ulama Muda Umno, Ust. Fathul Bari di DUN Sanglang, kedua-duanya mewakili Barisan Nasional. Penglibatan bekas pensyarah UIA, Dr Aziz Bari di Parlimen Sabak Bernam juga menarik perhatian. Kerusi yang sentiasa menjadi sebutan, tentunya P125 Putrajaya yang akan ditandingi oleh Dato Husam Musa dan Dato Tengku Adnan a.k.a. KuNan.

Friday, April 26, 2013

Makcik =)

Assalamualaikum, jumpa lagi, tak expect untuk update secepat ini. Kali ni nak cerita tentang makcik cleaner kawasan hostel saya yang saya telah ter sembang dengannya hari ini. Asalnya nak sapu sampah, bila bukak pintu nak sapu ke luar, ade pulak makcik hehe. Mintak maap sebab sampah makcik ditambah oleh sampahku. Ended up kami sembang2, agak lama juga ngeh3.

Wednesday, April 24, 2013

Vroooom #2


Get ready, there is a new driver in town!

Alhamdulillah passed my JPJ Test today. Fuh. After a looong time. Walaupun dengan umur macam ni, ramai kata aik baru nak blaja kereta ke blah blah.. Do I care? Kekeke. It’s not aku sengaja lambat2 ambik tau. Hmm maybe takde rezeki lagi. Well ini pun L dah renew dua kali maybe? Hmm. Semalam (selasa) baru terkial-kial nak habiskan lagi 3 jam belajar. Alhamdulillah dapat cikgu yang baik, aku dapat catch up elok dengan izin Allah, apa yang cikgu ajar. Memang aku sah sah tak pro and expert macam anda sekalian, apa yang penting memang aku nak pass aje.

Friday, April 19, 2013

Nasyeed Gala


Kali ketiga (atau keempat?) join program tahunan NC ini.
Komen? banyak dah komen.
Perasaan? Sedih sebab tahun depan dah takde hehe.
Terima kasih semua komiti dan mohon maaf atas semuanya.
Ada rezeki kita jumpa lagi inshaAllah =)

Friday, April 12, 2013

Peace =)

"When you have nothing left but God, then for the first time you become aware that God is enough"

I have gone through some things lately.
I treasured them.
I enjoyed them.
I made mistakes. (again)
I made the saameee mistakes (again.)

But I know,
Allah is always there for me.
Looking at me.
Taking care of me.

I have a lot of things to tell ya,
But the moment I told all them to Allah,
I feel relieved.
A relief you won't get anywhere,
in the surface of the planet.

It is true, sujood is a love story that  no one would understand,
but those who pray.

I know,
Allah is enough for me.
Always =)

Sunday, March 24, 2013

Dosa Yang Merosak Pernikahan


"DOSA YG MEROSAK PERNIKAHAN" :

a. Suami :
1. Suami tdk berfungsi menjadi pemimpin dgn baik akibatnya saling melukai.
2. Suami gagal menjadikan Istri nomer satu dlm hidupnya.
3. Suami membandingkan Istri dgn wanita lain.
4. Suami kurang disiplin mengontrol emosi dan kebiasaan buruk.
5. Suami gagal memuji hal-hal kecil dari Istri.
6. Suami menolak pendapat Istri.
7. Suami tdk pernah minta maaf.

b. Istri :
1. Istri tdk menghargai Suami sbgai otoritas.
2. Istri gagal menundukan diri kpd Suami.
3. Istri gagal menampilkan kecakapan manusia batiniah.
4. Istri gagal menunjukan rasa syukur kpd Suami.


Thursday, March 21, 2013

Proposal from a Woman


Is it embarrassing for a woman to propose to a man?

Hmm. What a very hard question to answer. I once asked this question to myself, and I managed to ask my friend too hihi. Well, he answered, why not, if he’s a good man. If good men are not grabbed, then what will be left for you are the bad men. His answer made sense. He added that Khadijah was the one who proposed to Rasulullah, of course using the middle man. Thank you friend for the answer =)

There is a saying in Malay, “Bagai perigi mencari timba.” Means the situation where the girl seeks for a man to get married with. In our culture, it is totally shameful. And I am talking about no ordinary shame. It is like as if you can cover your face with something so people cannot see you or your family. Sometimes, the family that is lebih sudu dari kuah. Well, Islam accepts this kind of situation ; perigi cari timba. If not, how could Khadijah proposed right? Something's wrong in the society. Our Malay society.

As for men, if you are being proposed, or if a woman confesses to you, do not think that you are sooo great that girls are chasing for you. Should you know a marriage is to complete the Deen, and please do not let the woman down. If you do not like her, you say it, tell her properly. Just because the woman is not your type, maybe she is not that pretty, not that slim, or not that the whatever-characteristics you want, does not mean she should be treated in a bad way. You should know that it is not easy for women to confess to your face.

As for woman, to use a middle man is the best way. If your proposal is accepted, elhamdulillah. If not, just keep calm and live your life. I guess it is not easy when you know the person you like is fond of other woman, sometimes even your own friend. But you know what, life goes on. There are still lots of nice and soleh men out there. If he is meant for you, he will come for you. For the meantime, prepare yourself, be patient and put your trust in Allah. InshaAllah InshaAllah. After all, this worldly life is all lies. What we need is a spouse that can lead us with our children and others to achieve mardhatillah, and together we enter the Jannah inshaAllah. Smile =)

Friday, March 1, 2013

Vroom Vroom

Second driving class of my life. Pergi dengan Shikin. Thanks soo much friend. Boleh plak belajar dua orang serentak ye hihi. Cikgu kata memang ikut laws tak boleh tapi xpelah kan sbb kami nak balik cepat. Shikin mula2 bawak, aku paksa dia jugak sbb aku seriously tak ingat ape2. Makaseh temen kerna memahami. Blajaq balik la camna nak tukar gear, teknik bila nak berhenti, masuk simpang bla bla.. Sangat seronok. Lepas dua round pusing kat jalan tuh (SKEM), turn aku plak. Ok la (kata cikgu) walaupun kadang2 kereta nak terbabas sbb banyak berangan wakaka. Second round aku tu, amik anak cikgu, Syakir kat masjid zakaria batu lapan, sekolah agama kat situ. MashaAllah hensem giler anak dia haha. Mata besar kulit cerah tapi tak putih la. Bulu mata melentik. Hihi. Rasanya besar nanti he must be a good looking man hihi.

Tuesday, February 26, 2013

Alahai Pakcik

Pagi ni habis Test One subjek Marketing Principle, jalan laju2 ke bustop Econs, nak naik bus ke KICT. Konon la. Macam nak balik bilik pun ye hihi. Sampai bustop, erk ramainya brothers. Bus CFS warna hijau sampai, sume naik. Oing3, aku sorang je sister. Takpelah Allah kan ada. Bus meluncur sampai KICT, ingat nak turun, dah sampai kerusi depan sekali, aku duk balek, balik mahalah je lah. Takde sisters lagi. Takpelah. Bila dah nak sampai dekat2 mahalah aku, ada sorang international sister naik. Ok ada geng. Dah sampai depan mahalah aku, aku berdiri la, an indication that I want to disembark here. Pakcik boleh plak kata : “Duduk kejap eh.” Aku macam tak faham, apesal aku kena duduk? Aku nak turun so buat apa duduk? Then bus tu tak berhenti, dia gerak slow2, sambil tu pakcik tanya :

Sebelum ni duk matrik eh?”.

Saya matric kat PJ pakcik.” (jawab sambil berdiri, bus masih taknak berhenti)

(bus masih jalan, at last I said) “Pakcik, saya nak turun kat Aminah ni!” (bus pun berhenti)

Ye, nada aku tinggi jugak lah, walaupun tak bunyik marah sangat. Dah turun tu, aku dengar pakcik macam mengomel2. Pakcik seemed like wanted to make a conversation. Taktahulah kalau muka aku ni macam muka bekas kekasih dia ke. Perasan jugak, ini pakcik yang sama yang start conversation sem lepas waktu aku naik bus sama. Aku layan je lah masa tu, sebab aku memang sembang dengan sapa2 yang ajak sembang. Terutama dengan pakcik Amran yang sgt baik hati, yang ajar lawak gagap waktu hantar kami ke Konvensyen Pemimpin Pelajar IPT kat UTM JB 2 tahun lepas. Tapi tak sangka pakcik CFS ni lain macam ghupenye. Memang tobat aku tak naik dah bus dengan dia. Hari tu yang sembang banyak, dia kata muka aku familiar (ayat standard orang yang aku jumpa haha). Aku kata aku mmg selalu naik bas. Entahlah, aku seram plak kali ni. Hairan apa yang pakcik nampak kat saya. Hairan jugak kenapa yang minat kat aku semua orang dah dewasa. Hahaha. Perasan. Macam lah ramai yang minat kat kamu sumai wakaka. Tapi memang, yang sebaya susah nak jumpa. Mungkin pemikiran aku yang dewasa kot, dengan muka yang perasan dewasa jugak lulz. Sekian cerita pagi ini. Seram. Semoga Allah lindungi aku dan wanita muslimah sekaliannya. Ameen. Jumpa lagi!

Thursday, February 14, 2013

My Day =)

What a very nice day alhamdulillah, walaupun hujan sikit-sikit. Tapi lama.

Hari ni best! Sebab berjaya derma darah setelah hampir setahun menyepikan diri daripada Pusat Darah Negara. Well, sampai bagi sms mintak aku menderma haha. Rindu I keww. Euww. Lepas derma, sempat jumpa Usman Suardi, kawan ICT dari Sabah yang lama tak jumpa dan sembang, lama jugak borak tengah jalan tu haha. Dia komiti Humanitarian Expo, programs under CENSERVE yang ada booth banyak2 kat centre tu ha. Sampai esok kot depa. Dia komiti central tak silap. Cerita pasal study, boleh pulak dia ambik Decision Science yang tak kena ambik by budak IT tuh. Aku ye lah ambik, sebab aku punya elective minor aku pilih subjek tu. Haha bagus betui budak nih.

Friday, February 8, 2013

Tahun Empat


Alhamdulillah, new semester has come. And in progress =)

Dah masuk empat tahun duduk kat main campus yer, macam2 suka duka lara berlaku, ada yang dah dilupakan, ada yang berbekas sisanya, ada yang sampai skarang tak boleh lupa. Apepun, life goes on. There is no use of regretting the past. Apa yang sudah berlaku sudah pun berlaku, semoga Allah mengampuni dosa kita yang lalu dan menuntun kita sentiasa di jalanNya, ameen.

Sem ni ambil lima subjek, termasuk FYP. Yang belum jumpa2 lagi madam nya. Macam nak tukar topic tapi aku macam blur apa aku nak buat. Ape aku ni sebenarnya? Macam tak betui pun ada. Isk sobsobsob. Takpelah, mari kita bercerita tentang subjek semester ini. Pernah ada post tentang subjek di akhir semester, kali ni kita tukar angin pulak, kita setori di awal semester pulak. Chronologically : 

Sunday, January 27, 2013

Sekitar Walimah Pertama

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh
Weee seronoknya hari ni (semalam sebenarnya)
Alhamdulillah, telah berlangsung walimatul urus abangku Muhammad Annas bersama pilihan hatinya, Nur Atiqah bt Azis. Orang Kluang, Johor nun ha hihi. Minggu lepas dah berlangsung nikah dan walimah di sana, minggu ini di tempat kami pulak. Hikhik best3.

Venue pilihan adalah di Kolam Renang MPKK, di mana MPKK stands for Majlis Perbandaran Kuala Kangsar ye adik2. Umi yang nak buat kat sana, and since our sweethome is sooo cumils that it could not be qualified as  to become the main venue, so kitorang semangat giler la nak buat kat sana.

Friday, January 25, 2013

Tarik Tali

Lumrah manusia,  imanuhu yanzid wa yanqus
Imannya meningkat dan menurun, macam graf
Sekejap rasa melonjak nak beramal
Sekejap rasa terperosok jauh dalam lembah dosa

Sekejap rasa terlalu rindu
Sekejap rasa teramat benci
Sekejap rasa terlalu perlu
Sekejap pula pentingkan diri.

Mana puncanya?
Mana solusinya?

Cari yang selalu menambah, jangan cari yang boleh mengurang.
Imanmu itu mutiara. Bukan boleh kau dapat di pantai Cahaya Bulan
maupun pasar malam.
Takkan dapat dibeli dengan uang, bukan dengan emas permata,
jauh sekali diwarisi dari baba dan mama yang bertaqwa.

Diri engkau yang memulakan semua
Diri engkau yang menentukan segala
Tempatmu di Syurga atau Neraka,
Sendiri mau ingat laaa --

Kuala Kangsar, 0209

Syahdu, dan mendamaikan :

 
 Antara yang menambah, inshaAllah  =)

Wednesday, January 23, 2013

Kembalilah =)


Dia hampir kehilangan hati, Ketika segumpal darah itu dibiarkan dijamah tangan yang baginya begitu ramah.
Dia hampir kehilangan hari saat waktunya senantiasa diiringi sapaan salam penuh alunan kerinduan.
Dia hampir kehilangan diri saat menyambut sosok yang baginya terpuji datang mengisi.
Dia hampir kehilangan semua, karena memang belum masanya untuk memelihara bunga di jiwanya…

Saat tiada tempat tuk merapat.
Ketika merasa tiada yang kan menerima. Tak perlu pelihara pilu.
Ada satu yang selalu membuka pintu, selama engkau mau, selama nafas masih melaju di paru…
“Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu dan berserah dirilah kepada-Nya…” (QS.Az-Zumar:54)

Kenapa harus mengikat diri pada hal yang belum pasti.
Kenapa menghambakan diri pada sosok yang belum tentu memberikan kemanfaatan.
Hanya dengan sedikit rayuan dan kata-kata indah penuh kepalsuan, rela membutakan mata hati dan tak peduli pada hukum syar’i yang telah diketahui.
Wahai diri, betapa rugi.. betapa rugi mengenyahkan ketaatan dan beralih dalam kubang kenistaan.

Saatnya akan tiba, suatu saat akan sempurna.
Sesuai dengan yang diharapkan dan yang dicitakan, Insya Allah…
Kalaupun tidak, pasti akan digantikan dengan yang lebih baik dari yang didambakan.
Keikhlasan itu diuji, yakini.. yakini.. segala yang di sisi-Nya lebih abadi.

-Jangan Biarkan Jiwa Terpuruk karena Sesuatu yang tak Seharusnya-

Taken From Edcoustic's Facebook Status (13/1/13 18:14)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...