Tuesday, January 31, 2012

Kerinduan Rasulullah pada KITA

Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar. Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.

Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai. Wajahnya yang tenang berubah warna. "Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.

"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.

"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula. Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum. Kemudian baginda bersuara, "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasul Allah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."

Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan ‘ikhwan’ baginda: "Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah. "Malaikat," jawab sahabat.

"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah.

Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, " Para nabi."

"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."

"Mungkin kami," celah seorang sahabat.

"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.

"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.

"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.

"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu. Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.

Begitulah nilaian Tuhan. Bukan jarak dan masa yang menjadi ukuran. Bukan bertemu wajah itu syarat untuk membuahkan cinta yang suci. Pengorbanan dan kesungguhan untuk mendambakan diri menjadi kekasih kepada kekasih-Nya itu, diukur pada hati dan buktikan dengan kesungguhan beramal dengan Sunnahnya.

Pada kita yang bersungguh-sungguh mahu menjadi kekasih kepada kekasih Allah itu, wajarlah bagi kita untuk mengikis cinta-cinta yang lain. Cinta yang dapat merenggangkan hubungan hati kita dengan baginda Rasulullah.

Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah s.a.w.

Sumber

Monday, January 30, 2012

Zuhairah :)

Sempena post tentang kawan sebelum nih, ini ada seorang kawan yang saya kenal di DQ. Sedang menuntut di USIM dalam bidang perubatan. Meskipun saya muda setahun daripada beliau, beliau kelihatan amat comel momel, sampai kami panggil beliau Pooh :D

Mengetuai kelas Raudhatul Huffaz di DQ dulu, beliau sangat tegas dan ceria dan sporting dan menggembirakan. haha. Susah nak tengok beliau marah. Beliau selalu tasmi' saya before saya tasmi' kat ustazah. Yalah, masyi woo, cair amat kalau tebuk. Selalu join pertandingan hafazan dan selalu jadi wakil Selangor ke peringkat Kebangsaan. Juga bekas pelajar SMKAKL.

Barakallahulakuma buat Zue dan pasangannya yang sudah kelupaan namanya. Beza 3 tahun umur depa. Gambar bawah ni adalah bertarikh 24 Disember, agak freshh dari folder. Nampak sama cantik sama padan. Semoga bahtera yang dibina dapat dilayar hingga ke Alam Abadi :)

Sunday, January 29, 2012

Kawan Baik : Perlukah?

Salam. Baru-baru ini yang dah tak berapa baru, saya telah menjalankan survey kepada sesetengah orang yang sempat mengenai Kawan Baik. [ Adakah kawan baik itu perlu? ] Tak dapat ramai sangat responden, sebab memang tak plan nak amik ramai2 pun. Masing2 ada pendapat sendiri. Jom usha apa kata mereka :

Pendapat 1 :
very important, especially for several ppl. ppl who need to share their stories with. cari bestfriend yang boleh melonjakkan kita ke arah yang lebih baik. Then tempat kita boleh luahkan perasaan. Its not burden tapi sharing masing2 akan strengthen friendship dan trust. Rasulullah itu harisun 'alaikum bilmukminin. Sangat concern pada orang lain. Bagilah apa yang termampu. Jangan memudaratkan diri juga.

Opinion 2 :
In my opinion, its not 'compulsory'. If we said its compulsory then it probably sound like a must, as if it is wrong if we dont have one. but as 'aidh al-qarni said, we need friend(s) in our life. So maybe sometimes some people have some close friends but he/she does not think them as their best friend. Or some ppl just have many close for them there aren't any bestfriend. All are equal. So to conclude we should have friends, to share, to mingle, but as time goes those friends would become best friend.

Sayangnya Baginda pada Kita

TAZKIRAH SYURA 2012 (tiru intro head kami hoho)

Salam all. Saya telah diberi amanah untuk memberi tazkirah minggu ini. Orang kata, tak kenal maka ta’aruf ngeh3 XD
|| Siti Sumaiyah bt Yahya, 2nd year, ICT, Nasyeed Club ||
Salam ukhuwwah :D

Sempena bulan kelahiran Rasulullah SAW, mari sama-sama kita renung kembali, apakah sebenarnya sumbangan kita pada agama ini. Oops, tu macam besar sangat lah plak huhu. Okay, apa yang sudah kita sumbangkan pada diri kita? Adakah meningkat iman dari hari ke hari? Ada atau tidak usaha kita ke arah itu? Kalau renung lagi mendalam, mana pula sunnah Nabi yang kita amalkan? Ada atau tidak? Sedikit atau banyak?

Tahukah kita, masuk tandas dengan kaki kiri dan membaca itu doa itu sunnah?
Tahukah kita, Nabi kita gemar makan labu?
Tahukah kita, Nabi sentiasa bertutur dengan perkataan yang baik?

Ada banyak sebenarnya sunnah yang kita taktahu tapi ia amalan Nabi, mahupun amalan2 yang kita lakukan tapi kita tak tahu pun ianya sunnah. Jika kita lakukan apa2 dengan niat untuk mengikuti Nabi, kan da dapat pahala XD

Coretan Allah dalam al-Quran, surah Ali Imran ayat 31 berbunyi : “Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Jom usha video ni jap ;)



Cuba kita bayangkan Rasulullah yang sentiasa ingat pada kita, cinta pada kita meskipun tak pernah bertemu dengan kita. Apakah ada kekasih dalam dunia ini yang mampu berbuat demikian? Mencintai walaupun belum pernah bertentang mata?

Kalau takdapat buat semua, jangan tinggal semua.
Semua orang ada peluang untuk sentiasa memperbaiki diri.
Tinggal kita saja yang mahu atau tidak mahu.
Bak kata Madonna dalam lagunya Frozen :
“You hold the key.”

Allahumma solli ‘ala Muhammad. Wa ‘ala aali Muhammad.
Wallahua’lam. :]

*seperti yang ditulis sempena giliran tazkirah di FB IIUM Cultural Group.

Friday, January 13, 2012

Final Destination


Lately, suka bebeno post gambo yew.
Ape boleh buat,
a picture speaks a thousand words hihi :P
Cam biasa, conteng2 saye.
Best jugak main2 kaler LUNA nih ~

Thursday, January 12, 2012

CAM


Apa itu CAM? Sejenis makanan?
Owh, CAM to Course Assessment Marks.
Macam markah terkumpul gitew.
Setiap subjek ade CAM masing2.
Kiranya quiz, assignments, project suma kumpui kat CAM.
Ini CAM saye untuk semester ini.
Tak banyak pon macam orang lain.
Ada yang sudah diusahakan, namun sobsob..
Ada yang memang tak usaha sangat pun, jadi padan muka lah.
Semua orang boleh berjaya.
Kuncinya di tangan andaaa..

Jom study. Hihik :P

p.s : Nampaknye kambiuter riba saya sudah menemui ajalnya, the screen goes blank. Memang agak bole dijangka sebab the system dah warning about the damage or hard disk, suruh backup data and so on. Alhamdulillah cuma tinggal satu subjek lagi by that time. Sekarang roomate saye yang baeek hati meminjamkan kambiuternya kepada saya. Terima kasih roomate, may Allah bless u! :D

Air Terjun Sungai Pisang !!

Salam. Bunyi tajuk pun macam excited kan. Dengan izin Allah, berjaya jejakkan kaki ke sini. 7Januari 2012 bersamaan hari Sabtu. Sebenarnya nak pegi sejak 1Januari lagi. Yelah 3 paper berderet, feel like kena lepas pada something. Tu la sebab 1 Jan pegi MidVal. Thanks pada kak Fai dan Hans yang teman time tu walaupun baru Qiam kat masjid wilayah hehe :)

Jom tengok gambar Air terjun! Weehuuu ~

Sampai dalam 10 a.m

Tuesday, January 10, 2012

Kenapa ??

Salam.
Ketika menulis post ini, saya baru saja menerima berita sedih daripada kenalan yang mana kakaknya baru putus tunang. Sedangkan majlis pernikahan akan diadakan tak sampai 2 minggu lagi. Ulangan, TAK SAMPAI 2 MINGGU LAGI.

Lelaki itu mulanya baik, semuanya baik. Mungkin kerana ada sikap kakaknya yang tak disenangi, langkah itu diambil. Masalahnya, lelaki tu dah pun kahwin hampir 6 bulan, dengan seorang perempuan di tempat lelaki tu bekerja. Dan time depa nikah tu, was right time after dia engaged dengan akak kenalan saya nih.

Kad dah diagihkan, rumah dah direnovate, semua sanak-saudara mara dah tahu, sampai hati lelaki tu buat macam ni? Kenapa? Kenapa? Kalau kau dah taknak, kau cakaplah taknak. Takperlu nak setuju nak tunang ke ape. Ape kau ingat perempuan ni barang dagangan kau, kuda tunggangan kau, suka hati buat macam ni?

Ingatkan kau budak baik, nampak baru kenal memang innocent. Keluarga dia nak terima kau, walaupun kau datang dari keluarga yang boleh kata agak porak-peranda. Aku tak faham kenapa kau sanggup buat macam ni. Allah Allah.

Aku tumpang sedih bagi pihak empunya badan. Semoga ukhti itu tabah menghadapi dugaan ini, juga semoga kesabaran memayungi ibubapa dan seluruh keluarga mereka hendaknya. Aku jadi semakin tidak percaya dengan lelaki. Di manakah mereka yang berlemah lembut dengan wanita? Khutbah Nabi yang terakhir ada sebut tentang melayan wanita dengan baik.

Dan aku nampak jugak, orang yang tidak memegang Islam dalam dirinya, takkan tertegak Islam di sekelilingnya. Usah mimpilah nak dapat bahagia dalam rumahtangga kalau macam ni kau hancurkan hati orang lain. Semoga Allah ampuni dosa kita semua. Sori emo. Wassalam.

Monday, January 9, 2012

Sunday, January 8, 2012

Harga Sekuntum Cinta

cam biasa, time exam2 nih pon boleh post entry.. ngeh3



Pada redup renungan berkaca
Terkolam riak sesal dan kecewa
Dialah yang semalam ditewas dunia
Tergetis keasyikan dosa

Perjalanan hidup terpaksa disukai
Biarpun penuh onak yang melukai

Dalam remang senja kau mencari
Seorang kekasih menghilang diri
Dialah yang semalam menabur janji
Dibuai kesamaran mimpi

Lupakanlah dia pendusta yang setia
Kembalilah pada hidup lebih bermakna

Mudahnya kau bayar harga sekuntum cinta
Mekar merona tubir sukma
Walau dengan hanya tercium harumannya

Leraikan gelora lepas di laut rasa
Nyala asmara telah sirna
masih ada sinar suluh hidup bahagia
Rayulah cinta-NYA.. :)

p.s : Lagu yang syiok! Esok peksa!! wakaka

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...