Wednesday, December 26, 2012

Suka Duka

Suka dan duka, 
Tangis dan tawa,
Tergores bagai lukisan.

(Opick, Rapuh)

Alhamdulillah study week sudah bermula. Selepas berjimba bukan main sabtu dan ahad lepas, selamat study untuk semua kawan2 dan saya sendiri tentunya. InshaAllah. Well, sabtu lepas ke UIA Kuantan, ada walimah kawan kepada kawan. Berlima menaiki myvi hihi. Yang walimah ni budak medic bero, dah nikah September lepas. Anak dean fakulti yang sama. Haha. Terbaik. Balik tu ingat nak ke pantai tapi jauh le pulak. Jadi ke kami ke Bukit Tinggi, Pahang saja. Ingat nak enjoy lampu-lampuan, ouch hujan pulak. Sempat pulak buat epic drama, lari2 dengan Hafizah bawah hujan berpegangan tangan haha. Semua org tepi kedai pandang2, dahlah pakai tudung besar hahaha. Ada aku kisah? LOL. Tapi serious best. Ketawa macam nak gila, sakit pinggang semua ada. Seronok sangat, kawan2 yang ceria. Dalam kereta pun boleh buat kuiz arab. Haha..

Ahad malam pulak ke Konsert Demi Palestin di Pusat Islam. Last minute plan, petangnya teman kawan2 ke Big Bad Wolf. Last day mah. Mula2 masuk, aiyaya banyaknya buku tapi takde yang taste aku. Aku dahlah memang slow motion sket baca buku2 English ni. Ingat nak jugak cari buku goosebumps tapi jalan2 tak jumpa pun. Pastu. Cing! Jumpa buku pasal horrible science. With illustrations. Waaa this is me. At last dari taknak beli, habis dekat RM50 jugak lah. Maaf kepada sponsor saya jika membaca cerita ini sobs. Ada buku tentang pokok2 di seluruh dunia. Teruja aku tengok pemandangan yang sangat cantik, Subhanallah. Rasa macam nak masuk dalam buku tu hohoo. Jalan2 lagi, ouch ada buku tentang travel. Waaaa ada Tokyo, New York, best weh kalau we are about to travel there. Tapi belek2 ajelah buku2 tu, bajet lari kalau ambik.

Ke bahagian sports, tak jumpa pulak squash punya buku. Setailo jugak kan kalo ade buku how to play squash, walaupun aku dah nak habis dah kat uia nih hehee. Lambat lagi lah. Setahun lebih juga. Rasa macam dah tua sgt plak time tu. Nampaknya aku akan menjadi semakin muda sebab berkawan dengan adik2 nanti huhu. Ape boleh buat, kawan2 masa tu semua dah praktikal dan meneruskan hidup masing2 (ayat sadis)

This semester’s review.. This is a semester that full of tears of course, my third year and second semester of studying in IIUM. Sebab utama tentu sekali sebab program Islamic Performance Night 2012 yang mana amanah sebagai pengurus program diletak atas bahu aku. Ade je lelaki tapi derang macam yakin aku boleh, aku pun yakin sikit mula2, tapi bila dah mengharunginya, Allah saja yang tahu betapa berselirat liku yang perlu ditempuh uhuks. Macam2 masalah, suka dan duka, yang mana kalau ingat balik sendirian, boleh menangis juga.

Memang salah aku takpandai manage masa, tapi indirectly, IPN ni jugak menjadikan aku drop subjek Final Year Project I aku, meninggalkan seorang teman yang sangat dedikasi. Aku takdapat beri komitmen jadi daripada menzalimi orang lain untuk another one semester n half (sem depan sambung FYP II plak), baik aku drop. Lebih baik aku bayar RM300 daripada membiarkan orang makan hati berulam jantung. Now I can see that I am a lone ranger all the time hehe. Taktahulah, is it really me that really busy or am it naturally clumsy and lousy, aku sendiri confused (muhasabah perlu di situ). Kepada teman saya itu, maafkan aku..

Secara tak langsung jugak, my performance in studies decreases. Belum half of semester, dah pandai takmai kelas ye. Aip bad girl. I enjoyed the lesson, but back at hostel, I did not make notes, no revision, keluar bilik pagi balik malam. Lepak banyak kat surau or lab or kafe saja. Bawak botol air 2liter tu kehulu kehilir lah, sebab dah tahu memang akan pulang lewat ke bilik yang tingkat empat itu. Sakit kaki jugak mula2 hari tu. Hoho. Kalau dah tak duduk bilik, memang iye lah malas nak revise. Ustaz Muhammad pulak pergi haji, lagilah malas mahu mengulang Quran. Ai ape nak jadilah kamu ni sumai. Presentations untuk sem ni pun semua aku tak puas hati.

Usrah? Jangan katalah, kalau ada grade, memang aku kena repeat. Totally failed. Baru ingat dan berazam nak semangat datang usrah sem ni tapi usrah first dah spoil, dengan IPN lagi (again IPN jadi mangsa haha). Memang aku sokmo hilang. Jangan tanya berapa kali aku datang, ish. Rasa macam not belong to this community pun ada. Entah. Apa yang aku cari sebenarnya? Apa yang aku cari dalam usrah? Ye, satu pengisian rohani tapi aku pun takde usaha untuk ke sana. Mungkin sudah comfortable dengan kawan2 NC, rasa mereka lebih memahami, lebih rapat dengan mereka tika itu. So mereka lebih diutamakan. Dan kami ada persamaan, sama program, minat etc. Dengan orang usrah? Erm, seriously aku rasa inferior. Memanglah aku pakai tudung labuh tapi aku tak suka bila orang expect benda hebat2. Ape ingat orang pakai tudung labuh tahu semua? Pastu sikit2 nak tanya aku. Rimas. Mungkin aku tak pandai berkongsi. Aku takde ape untuk dikongsi pun. Aku bukan budak baik. Aku lebih suka mendengar dari bercakap, bila ada dalam usrah. Tapi kalau dalam discussion dengan budak2 NC, aku banyak cakap jugak. Tidaklah kufahami situasi ini =(

Tapi masih, aku mahu menyumbang untuk agama ini. Sebab tu aku nak cari lelaki yang konsisten so dia boleh bawak aku sama2 nanti. Tapi orang yang aku kenal2 sekarang tak join usrah pun ada. Ye, semua orang sibuk, tapi yang join usrah tu pun ada engineer, doctor, lecturer etc. Tapi masing2 cuba allocate masa untuk jumpa sekejap untuk sharing dan refreshing. Oh, aku ni impian setinggi gunung tapi aku pun tak macam tu. Memang mimpila nak dapat kan. Hantuk kepala ke dinding.

Sebelum2 ni aku selalu kata tentang taknak kahwin waktu belajar, Wow, seriously aku memang sedang diuji dengan apa yang aku tulis. Aku…memang tak mampu. Apatah lagi kalau tahun depan. 2014 I can consider inshaAllah. Would you wait for me? =)

Still, kadang2 kita rasa kita suka seseorang tapi eh, betul ke aku nak dia jadi suami aku? Can I really accept him the way he is? How to know whether he is the one? Bagi aku istikharah tu aku buat bila masanya dah betul tiba, orangnya dah betul ada dan serius. Camne nak tahu bila masanya dah tiba? Haha. Konpius di situ. Kalau buat masa ni, aku tak istikharah lagi, sebab aku rasa aku sedang bermain-main. Being husband and wife is not easy man. Yes it has  a lot of advantages, but it comes with a lot of responsibilities too, which aku rasa aku takmampu lagi. Hehe. Takpelah, pandai2 lah aku hidup melawan bisikan2 yang ada ye. Doakan aku yep.

Terbaca satu status di FB : Cinta yang benar adalah cinta yang mendekatkan engkau dengan Allah, cinta yang menjauhkan itu adalah cinta yang tidak benar. Tambah tolak ayatnya.

Makan dalam. Muhasabah balik. Insaf sekejap. Buat balik. Pagi kuingat, petang kualpa. Begitulah silih berganti. Rindu. Menangis. Kenapa mesti begini? Aku bukan takpernah kena macam ni. Tapi kenapa tak boleh jadi kuat?

Ya Allah, kuatkan aku selalu. Bantu aku penuhkan hati ini dengan cinta pada-Mu.

Anyhow, terima kasih pada mereka yang hadir dalam hidup aku. Too many to mention. Yang beri hadiah, senyuman, lirikan mata, hahaha.  Aku sayang semua orang. Tak kisah lelaki perempuan. It’s good to be with people who can accept you for who you are. Tell your mistakes to your face, not others’. You know you are not alone. That’s a very good feeling. Alhamdulillah, terima kasih atas semua kasih sayang dan cinta, semoga Allah membalas dengan sebaik2 ganjaran. Ameen Ya Robb. Mohon maaf untuk semuanya. Saya maafkan aja semua orang, hidup terlalu singkat untuk membenci. Jumpa lagi yep inshaAllah =)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...