Saturday, December 8, 2012

Kepada yang suka akan

Assalamualaikum semua =)
Hai, lama tak tanya khabar hihi. Lalu hilang di angin lalu.
Meskipun tajuk seperti tak habis ayat, post ini memang bermaksud.

Kepada mereka yang suka akan saya,
(Fuh, sape lah tu kan hahaha)

Kalau kita dah kenal,
Kita kawan aja dulu ye sekarang
Jangan beritahu awak suka saya
dan jangan buat tingkahlaku2 yang menunjukkan awak suka kat saya.
Saya tak suka tahu kawan2 lelaki suka saya, buat masa ni, sebab tak sedia.
Betul, masalah hati mengganggu persahabatan. Tak suka.

Kalau kita belum kenal,
Jom berkenalan =)
Serius nih, sedang memperbanyakkan rakan2 lelaki hahaha.
Tak bermakna saya mengemis lelaki di jalanan. Kalau ada rezeki dan jodoh, kita akan berkenalan di program, society dsb walaupun saya dah bersara skarang hikhik.

Saya memang tak plan nikah waktu belajar. Please, itu memang bukan saya. Sekarang hidup pun entah ape2. Paling awal inshaAllah final semester a.k.a industrial attachment alias praktikal yang mana lagi setahun lagi haha. Mohon beri masa untuk saya sedia, kenal2 awak dan diri awak yang empat (harta, keturunan, rupa, agama). Kepada yang saya ter berterus terang padanya, minta maaf jugak. Tu namenye terhegeh2 hahaha.

Meow3
Bila fikir2, memang saya takde perasaan kat sapa2. Bila seorang lelaki dan wanita berduaan, yang ketiga adalah Syaitan. Anggap saja perilaku saya itu hasutan syaitan. Sebab tu xmau dekat2 dengan lelaki, bahaya ooooh. Saya kawan dengan semua orang yang sudi. Kalau tak sudi, saya bisa aja undur diri. Sebarang hadiah atau pemberian, saya anggap ia daripada sahabat kepada sahabat. Kalau ada jodoh, tak kemana, inshaAllah. Yakin itu saja. Hati saya tiada pada siapa2 sekarang, hanya pada Allah. Ye, mencoba dan terus mencoba.

Kemudian Rasul, dan ummi abi bakma baknas sarah dan abrar, disusuli teman2 sejak dulu dan kini. Serius, saya sayang semua orang. Lupa apa yang orang dah buat pada saya, dan semestinya lupa apa saya buat kat orang (maaf kalau saya ulang2 buat kesalahan sama). Sanguine people live in the present, they don't dwell in the past. My past is my history and lesson inshaAllah.

Fokus sekarang : Study, AlQuran, Keluarga.

Ini memang post berani mati.
Saya taknampak sebab mengapa perlu suka saya, sebab saya takde ape2 + banyak kelemahan lain yang akan tahu bila dah kenal. Tapi saya juga faham perasaan itu Allah yang beri. Ia fitrah. Saya faham.

Jangan marah, sumaiyah memang straightforward, jumpa lagi! ^_^

p.s : dengar NasyidFM, ust Kazim cerita pasal keperluan cari pasangan yang soleh/ah, kat masjid kat kuale ni pun ada banner ceramah ustaz sama bertajuk Aku Terima Nikahnya. Kahwin di mana2! Hihi. InshaAllah, saya akan terus kuat =)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...