Friday, November 30, 2012

Rindu

Menelusuri post lama dalam blog, menggamit kenangan pada arwah teman yang sangat sebentar perkenalan namun berbekas di hati.

Wan Sara Ariana bt Ahmad

lebih mesra dikenali dengan panggilan serra. Lahir 31 Disember 1990. Start kenal tahun 2010. Lupa bulan berapa. Kenal di laman chat Grapesnasyid. Namun awal 2011 dapat berita menghidap kanser darah peringkat akhir. Sebak. Terkesima. Sedih amat. Semua ada. Dia terutama. Aku hanya mampu memberi semangat dari jauh.Selalu telefon walaupun aku kerap sibuk. Telah banyak cubaan untuk berziarah namun belum diberi rezeki oleh Allah.

Lalu di satu hari pertengahan Ogos 2011, satu offline message mengatakan beliau sudah kembali menemui kekasihnya. Tak silap dari abangnya. Terpempan. Tak percaya. Terus hubungi nombor beliau di Indonesia, tinggal di sana setelah menikah dengan lelaki yang kukenali sedikit2 di laman chat. Benar. Allah. Kematian itu pasti. Terkejut lagi. Bertanya dimanakah pengebumian dilakukan.

CIRACAS, JAKARTA TIMUR JAM 4PM SEMLM. 14:43 20 Ogos 2011.

Kenangan datang bertimpa-timpa. Menyesal amat sebab tak bersungguh untuk bertemu. Beliau pernah dekat, pernah di Kuantan dan aku di Gombak. Argh. Terngiang-ngiang lagu kesukaannya, Muhasabah Cinta by Edcoustic. Lebih satu post di blog ini tentang dia. Memang kalau dengar lagu tu auto teringat dia. Dia selalu percaya aku. Beri semangat, terutama bab jodoh. Rezeki beliau untuk merasa nikmat pernikahan, alhamdulillah.

Aku hanya punya satu impian, untuk bertemu dia kembali di Sana. Allah, pertemukan kami kembali di Syurga. Aku rindu. Teramat rindu. Pada dia.. Tempatkan dia dalam kalangan mereka yang engkau rahmati dan kasihi.. Ameen Ya Robb.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...