Saturday, October 20, 2012

PRK oh PRK

Alhamdulillah. Pilihanraya kampus (PRK UIAM) sudah berlalu dengan jayanya, dengan Pro-M menang majoriti kerusi dari yang dipertandingkan (Gombak tak silap aku 11/14 Pro-M menang, kalau salah sila betuikan). Tahniah dan takziah kepada mereka yang mendapat tempat di hati kami semua hihi. Of course kawan aku yakni Hafizah yang dipromosikan di dua post lepas menang majoriti.. Alhamdulillah. Segala puji hanya bagi Allah.

Result for  KICT Constituency
Empunya badan kekeke

Walaupun PRK UIAM kali nih agak chaos sebab kena re-election, kita terima saja dengan hati yang redho ye dak. Aku malas nak fikir benda2 gitu ada udang di sebalik batu, ada dalang, ada tangan ghaib dan sebagainya. Kalau benar ada, biar itu urusan mereka dengan Allah. Tipulah kalau aku taknak tahu, tapi bagi aku benda2 ni semua berkaitan integriti, honesty, yang mana Islam dah gariskan sejak kita kecik2 lagi. Aku bukannya sempurna untuk sebut semua ini, sebab sifat ehsan pun aku tak ada 100% lagi. Slowly we try to implement, ok? Regarding Pro-Aspirasi dan Pro-Mahasiswa (ada kata Pro-Anwar and Pro-Mahathir wkwkwk), it's not a big issue. Cumanya bila dilabelkan, orang nampak kita di belah mana. For me, kalau kau Pro-A yang akan tegakkan Islam, inshaAllah I will vote for u. Kalau kau Pro-M yang akan jatuhkan Islam, aku kirim salam aja la kot hehehe. Tapi dua2 ni memang agak mustahil la kan, ye dak ye dak.

Di kesempatan yang ada, daku ingin mengucapkan terima kasih, jazakumullah khayr kepada semua yang menyokong kami. Tanpa anda siapalah kami. Tanpa Allah siapalah kita. Jika kita tak mampu untuk lead, to support is more than enough, kan? Banyak suka duka PRK kali nih, aku tak expect myself pun untuk turun berkempen semua nih, tapi bila dah buat, rasa seronok pulak. Yelah, sumaiyah, ape yang tak seronoknye kan wakaka. Jumpa2 orang, sembang2, tapi hanya untuk yang memang pernah kenal lah. Yang baru kenal macam kekok sikit (banyak sebenarnya).

Semoga amalan yang sekelumit cuma ini dipandang Allah. Walau kita berbeza jemaah, sesungguhnya matlamat kita tetap satu, untuk meletakkan Islam di tempat yang tertinggi. Masing2 ada cara sendiri. Yang penting, nilai kemanusiaan sentiasa diutamakan. Walaupun berbeza ideologi, kita tetap bersaudara. Ada hak yang perlu ditunaikan. Bertimbangrasa, senyum selalu, tolong menolong, jaga kebersihan dan macam2 lagi.

Semoga semuanya gembira dan ceria selalu. Sebagai penutup, terimalah video promo kami untuk calon kami (no more calon hihi) beberapa minggu lalu. Abaikan muka aku dalam nih. wakaka. Adios ~

 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...