Sunday, August 19, 2012

Nikah : Bila Sesuai?

Salam. Eid mubarak. :]
Musim walimah betul sekarang ye. Jemputan sana jemputan sini hihi. Mula-mula rasa tergugat jugak arr kan, kawan2 sekolah Taayah berduyun2 melangsungkan perkahwinan. Syok ala Thai la kome yer keh3.

Kali ni nak setori pasal nikah kahwin lah pulop kan. Sesuai lah dengan keadaan sekarang kan. Dalam banyak2 persoalan, ada satu yang ingin dibangkitkan, iaitu bilakah masa yang sesuai untuk menikah? Haa jawapannya of course ada banyak, up to oneself la kan. tapi in this post saya ingin melontarkan pendapat saya sendiri, bukan anda atau orang lain hehe. Tapi kita punya pendapat maybe ada sama beberapa percent, or maybe totally same, or totally different hehe.

Ramai yang nikah waktu belajar, jumpa di tempat belajar, cinta pandang pertama bla bla bla.. Ada yang jumpa lambat, kerja dulu, cari2 then baru jumpa. Macam2 cerita kita boleh dengar daripada macam2 orang.

Dua isu yang ingin dibangkitkan, keperluan dan kemampuan. Adakah perlu untuk menikah? Of course jawapannya perluuu. Nikah itu sunnah Nabi Muhammad Sal-lallahu ‘alaihi wasallam. Nikah itu menyempurnakan separuh agama kita. Tapi tu lah, ada yang rasa nikah tak perlu, atau sebetulnya BELUM PERLU, terutama bila ia berkaitan isu yang kedua yakni kemampuan. Kemampuan pulak ada dibahagi pada beberapa cabang, zahir dan batin. Mampu kah untuk menyara keluarga, ada bekalan wang ke, kemudahan2 awam lain macam kereta, rumah etc. Mampu kah hendak commit dengan tanggungjawab? Kadang2 kita rasa kita dah matang, tapi cuba tanya orang 2 yang rapat sekeliling kita, time management dah ok ke? Boleh kawal emosi dah ke.Dan pelbagai lagi.


Ada yang beri alasan masa dah tiba, takdapat kawal nafsu etc (selalu lelaki le macam nih) tapi bagi saya, inshaAllah sentiasa ada ikhtiar untuk kawal nafsu sampai tiba masanya. I'm sorry, saya bukan lelaki. Jadi akan ada yang kata saya tak tahu apa perasaannya. Memang saya taktahu, tapi saya jugak punya nafsu dan saya tengok ade je yang mampu kawal diri dan nafsu. Duduk lah dengan lingkungan mereka yang sentiasa sibukkan diri, jangan selalu duduk dengan orang2 yang dah nikah dan beranak-pinak. Memang kata mereka tak mempengaruhi kita, tapi sebenarnya ada pengaruhnya tanpa kita sedari. Yalah, sembang pasal hal2 keluarga, kawan tu menggalakkan pulak kita ni nikah. Pastu ada pulak calonnya. Kita ni teruja lebih sebab ada orang nak kat kita. Mengabaikan pendapat keluarga, dan kemampuan diri sendiri semestinya. Kita rasa kita dah perlu, tapi sebenarnya kita belum mampu. Yes, the time has not yet come.

Sesuai ke nikah waktu belajar? Erm, tidak bagi saya. Alasan saya, bimbang tak dapat balance belajar dan rumahtangga. Susah, ada subjek2 yang hendak diimbangkan dengan programs yang disertai, dianjurkan dan sebagainya. Memang ada pasangan2 yang nikah waktu belajar dan study meningkat, tapi tak kurang jugak yang study makin merudum mengakibatkan gejolak emosi dan rasa yang tak sudah. Bagi saya, nak kahwin waktu belajar takpa, asalkan study management memang tiptop, yakin bahawa kita boleh ambil risiko yang ada, menambah tanggungjawab sebagai suami/isteri kepada pasangan masing2, seterusnya bapa/ibu kepada anak2. Kahwin lah waktu belajar, tapi please, di semester Akhir. Bagi saya tu paling awal la. Sebab time tu tiada lagi yang hendak difikirkan untuk next semester, and at least kalau apa2 jadi, u already have a degree.

Nabi memang menggalakkan kita nikah awal, menutup pintu maksiat dan membuka pintu rezeki. Tapi kalau pernikahan itu adalah tanpa perancangan rapi tentang masa depan + melukakan hati orang2 yang menyayangi kita, itu tidak bagusss. Entah2 pernikahan yang sepatutnya membawa ke pintu syurga, boleh menjerumuskan kita ke pintu Neraka Ada degree, kerja, kereta, rumah memang not compulsory, tapi hidup dalam alam serba mencabar, sangat sukar tanpa kewangan yang mantap. At least if you already got a job, you can survive(with Allah wills).

Cabaran hdup berumahtangga bukan mudah. As my mom said, you are gambling your life for marriage. That’s why the choice of spouse must be made carefully. Takkan kita nak jadi yang macam berita, kahwin cerai kahwin cerai, kan? Bagi saya, saya hanya mahu mereka yang join usrah, walaupun hakikatnya saya sendiri sedang bertatih dan mujahadah dengan semua itu. Well, I guess I may excel (inshaAllah) if my husband bring me together kan kan hihi. It’s not I dislike all those programs, I just need someone to stand by my side and support me when I am in need. Sob3. I am not independent when dealing with new people. Dah cerita pasal diri sendiri plak dia. Well, itu lah satu-satunya ciri crucial and vital for my future spouse inshaAllah(seperti yang dijanjikan di satu post sblm2 ni). I am not perfect, so do not expect me to be that great. I hope my husband will complete me, inshaAllah. The time will come, if not in this world, inshaAllah the next world. Kadang2 kita yakin sangat jodoh kita di dunia, tapi hakikatnya? Allah saja yang tahu. Patience and Pray, itu saja senjata kita ye dak.

Kesimpulannya, waktu belajar bukan waktu yang sesuai untuk menikah, pada hemat saya. InshaAllah saya cuba untuk berbakti pada ummi abi sebelum menikah. Ada banyak perubahan drastic, yang tak pasti. Well, we never know our future right? What Allah has decided to us, that’s the best. Doa yang terbaik. For the meantime, prepare ourselves, try to be better from day to day, improve ourselves to be a good servant, , son/daughter granddaughter, friend, sohabat, student classmate, etc. There is always space to improve yourself. All the best!

'Eid mubarak from Yahya & Family
One missing bro is at Adelaide, SA hehe

1 comment:

maya dandelion said...

assalamu'alaikum :)
tiba-tiba terjumpa page ni, dan rasa excited sebab nama kita sama. nama saya sumaiya:) artikel yang menarik! :D

dulu pernah msuk CFS IIUM kos ICT jugak ,jun 2008.tapi sempat la duduk sana 3 minggu then pergi maktab. :)
memory kat sana walaupun sat ja,tapi xdpt dlupakan...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...