Sunday, July 29, 2012

Bersih 0.01

''Kadang-kadang dia tidak pandai meminta kepada Tuhannya, tetapi Allah beri kepadanya kerana hatinya bersih. Perumpamaannya, seorang ibu tidak akan memberikan lauk kepada anaknya yang menangis-nangis meminta makanan sekiranya ibu tersebut mendapati ada najis ataupun tahi cicak di dalam pinggan anak tersebut, kerana ibu itu tidak mahu anaknya makan lauk yang bercampur dengan najis. Tetapi, jika anak tersebut tidak menangis dan hanya membawa pinggan kosong yang bersih, dan anak ini sangat lurus, sangat mustaqim dan bersih hatinya, maka jika anak itu tidak meminta pun ibu tersebut akan memanggilnya dan memberi lauk ke dalam pinggan anak tersebut. Demikanlah Allah, Allah tidak akan memberi sesuatu walaupun kita meminta, jika hati kita tidak bersih. Oleh itu, bersihkan hatimu daripada sifat-sifat mazmumah kerana sifat-sifat ini adalah umpama makanan bagi anjing berupa iblis, syaitan, jin.''

Ust. Muhadir, 11/5/2011, malam Rabu, di AX 101, CFS,PJ

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...