Saturday, June 2, 2012

Reach For The Stars!

Bila kamu buat minor, kamu dah tak sama macam kawan2 yang tak buat minor. Workloads kamu bertambah, credit hour bertambah, belajar benda baru, dan macam2 lagi. Kamu tak boleh compare diri kamu dengan mereka yang tak buat minor.

Satu perkara yang saya terkejut bila sampai UIA adalah kurang Islamic Values di kalangan pelajar sendiri.

Waktu exam meniru.. tak jujur dengan diri sendiri.

Kelas kadang2 datang setengah jam lewat, terutama kelas yang 830am. Kalau university lain kelas mula jam 8 tau. Lepas lambat tu, masuk kelas tak beri salam pulak, walaupun ada lecturer sedang mengajar di depan. Sedangkan masuk rumah yang kosong kita beri salam, inikan pula kelas yang ramai orang di dalamnya. Kadang2 masuk lif pun buat selamba je walaupun waktu kita masuk tu ada ramai orang kat dalam. Apalah salahnya beri salam pada orang dalam lif. Salam tu pun satu doa. Dulu saya di Madinah, jumpa siapa2 je beri salam, tanya khabar. Tak kisahlah kita kenal ke tidak, lelaki atau perempuan, kita semua one big family.

Jangan jadi prejudis. Tak boleh berfikiran begitu. Jangan kata “In case”. Kalau tak faham tanya lecturer, baca buku sebelum masuk kelas, get involved with any activities in the class. Ini selalu saya jumpa students jumpa lecturers bile? Waktu seminggu sebelum final exam. Tak betul tu. Saya dulu belajar kalau ada sela masa saya tak balik bilik. Kalau balik memang sah2 baring2, tidur. Duduk library, belajar buat nota dsb. Kita pun ada provide ruang untuk belajar (Undergraduate Work Area).

[Prof. Abu Osman Mat Tap, Head of Department Information Systems, KICT, IIUM]

Nasihat aku kepada aku sendiri : Yakin dengan kemampuan yang ada. Allah takkan letakkan aku di sini kalau tahu aku tak mampu untuk galas tanggungjawab ini. Kuatkan semangat! Reach for the stars!!

2 comments:

mannasy said...

Yes! Go for it sis!

SuMaiYaH said...

thank you bro! miss u T_T
cepat laa balek mesia huhuhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...