Wednesday, June 6, 2012

Homie !!

Alhamdulillah tiba di Royal Town of Perak Isnin tambah tolak sepuluh malam :) Lepas exam HCI petang tu yang aku bajet cam boleh jawab, keluar laa awal setengah jam then pulangkan switch router group member ke Mdm Media. Jenuh juga contact2 huhu. Walaupun dapat jumpa Abang Halmi kat G.O, orang Lenggong yang ingat nama aku haha (excited lebey). Alhamdulillah sume setell.


Pagi Isnin tuh aku pulun2 angkat barang2 ke bilik baru, alhamdulillah kebetulan bakal bilik aku tu member duduk, so takpayah guna store room, penat nak angkat naik ke tingkat empat. Dua kotak terakhir (buku2) memang berbasah lenjun ler ngangkatnye kome. Siap duduk2 senyum2 kat orang naik turun tangga sebab depa pun pelik tengok aku, taktahu aku tengah nak gain energy nak angkat kotak ke tingkat atas. Hihi Ape2pun aku bangga sebab aku tak perlu mintak tolong orang lain (well, aku kan takramai kawan, sob3). Alhamdulillah diberi tenaga oleh Allah. Walaupun sampai sekarang nak kumur2 pun rasa sakit tangan.

Sempat jemput ummi dan Abrar jenguk2 library UIA @ Darul Hikmah. Aku nak pulangkan buku2 HCI yang aku pinjam. Best betul buku2 tu huhu. Rugi sapa tak pinjam. Nak masuk library tapi ummi takut kena tahan le pulak. Pastu pegi washroom kat tangga yang aku ngan Hafizah slalu lepak sambil makan kentang goreng few years ago, bila habis kelas MGT. Tengah depan2 cermin tu, Ummi tanye la,

"Akak balik rumah ni plan nak buat apa"

"Nak tolong ummi ler, ape2 yang patut.."

"Seronoknya ummi dengar.." :)

Memang plan aku nak duduk rumah kemas2 bilik + rumah dan apa yang patut. Cuti aku tak lama. Ni pun kira rezeki dapat balik sebab paper aku habis seminggu awal daripada orang lain. Ahad ni 10 Jun InshaAllah mai UIA balik, ade 2D Animation workshop pula. Dijangka akan berlangsung selama 21 hari, bak kata kak Nora staff di EDC (Entrepreneurship Development Club). Tak kedengaran apa2 lagi pasal kitorang kena duduk mana. Yang kak Nora beritahu aku hari tu, kelas nih 8am-5pm setiap hari kecuali Ahad. Hooo.. Apelah yang aku belajar agaknya. Harap2 tak membosankan. So benda ni akan berlangsung sampai short semester bermula. Memang aku tak balik sampai laa nak dekat raya (inshaAllah kalau aku panjang umur).

Tak sempat pun aku nak update blog, ingatkan lepas sampai rumah kelmarin sempat. Rehat2. Pagi selasa tolong ummi di dapur pule. Oh, Maksu dan keluarga mahu ziarah. Excited lebey sebab maksu baaaru je melahirkan anak yang baru! Baby! Nur Fadwa Fasehah. Baru jee sebulan umur adik comel ni hihi. Was born on 25th April. Aku ingatkan takda rezeki nak jumpa anak maksu. Alhamdulillah, diberi kesempatan. Baby, takde sape yang tak suka kan? Huhu. Tak tolong ummi masak pun, tak reti kan. Nanti benda yang sedap terus jadi tak sedap sebab air tangan aku hahaha. Ummi buat nasi ayam. Aku tolong setel benda2 kat sink dan lantai, di samping mewangikan rumahku yang satu ini dengan Ajax Fabulasoo.. Hahaha. Benda2 camni aku suka. Bersih dan Indah. Huwaahhh (muka kagum)

Pagi ni pulak aktiviti ke rumah arwah Opah. Cuci kolah! Yeah main air lagi. Supposed cuci2 dengan MakChah n anaknya Syu’ib tapi mereka kelewatan, kitorang pun cuci le dulu. Aku dgn Abrar cuci berdua, ummi sapu2 kat luar, mane2 yang bersemut2 dan berdebu2 itu. Makchah pun sampai, bawak lepat pisang le pulak keh3. Aku makan separuh dan ummi habiskan selebihnya ngeh3. Makchah kait limau bali belakang rumah, tapi takda rezeki, ia belum masak lagi. So takdapet le nak memakannyer.

Agenda diteruskan ke Ipoh, nak ke Station 18. Ala, JJ baru tuu. Bile sampai, woaahh besar betul, dah macam MidValley pulak. Ingat nak ke Wendy’s, punyelah mengidam sekali tengok2 tak bukak lagi (Coming soon katenye). Pusing2 dalam tu, Lunch@ Papa John’s pastu cam biasa BR (dapat diskaun because Wednesday is a Pink Day! –yang pink hanyalah perfume aku hahaha). Ngendeng depa makan sizzling mee at food avenue. Pastu aiyayaya, muntat bero. Dengan kurang minum air masaknya, aduh rasa macam nak sakit pun ada.

Balik rumah, sampai dalam Magrib. Oh, ada ceramah ustaz Kazim kat Arena Square pulak. Mula2 aku hesitate nak pergi, bajet penat, macamlaa aku yang bawak kereta. At last aku ummi abi pergi. Sampai2 je tengok tajuk dia : Perkahwinan dalam Konteks Moden. Aiks? Ape kena mengena dengan aku nih huhu. Masuk2 dalam tu, ada kedai2 baju tudung le pulak. Usha2 jubah dengan ummi, compare2 harga haha. At last tak beli pun hihi. Dengar2 ceramah, walaupun banyak cerita tentang pantang larang suami isteri jer huhuhu.

Balik cuti ni, antara benda yang menggembirakan aku adalah sebab ramai yang jumpa kata aku dah kurus sikit. Woot woot. Memang aku ada makan benda nak bagi turun lah. TAPI BUKAN HERBALIFE. Cukup2lah mereka ambik duit aku selama ini. Alhamdulillah BMI 26 dah jadi 23 dalam masa dua bulan. Maybe nak target 21 atau 20. Biasalah, manusia mana pernah cukup dengan apa yang ada. Hu~

Dan benda yang nak di highlight kali ni adalah adik aku Siti Sarah! Yang telah melayakkan diri masuk UIA (walaupun dia mati2 taknak UIA, kan da dapat kui3). So kelmarin lepas hantar Sarah di PJ maka aku dijemput pula di Gombak. At last akan jumpa jugak dia kat Gombak sebab dia amik ECONS. Semoga adikku seorang ini dapat mengutip segala mutiara ilmu dan pengetahuan di bumi Gombak. Semoga tepat (di pandangan Allah) dalam memilih kawan. Semoga jadi anak solehah, belajar rajin2. Banggakan ummi dan abi bukan sekadar dengan ‘Empat Baring’ tapi juga dengan akhlak dan pemakaian yang menyejukkan mata :] Akak boleh nak bagitau kamu camne nak pegi Midval, Lowyat, Times Square ape semua, tapi jangan asik berjoli sakan pulak ye! Nasib baik masuk Gombak, ape2 akak boleh report kat ummi abi keh3 :P

Baki cuti aku yang tinggal tiga hari lagi semoga dapat dimanfaatkan sebaiknya untuk keluarga terchentaa. Alang2 jadi penuntut, tuntutlah ilmu tak kisah walaupun orang tengah cuti sem pun ye dak. Aku kadang memang lagi suka duk UIA sebab bila duk sana aku lebih produktif dan energetic. Ngeh3. Tahniah, Mabrouk kepada mereka2 yang akan dan sudah mendirikan baitulmuslim. Seronok aku dengar, walaupun aku tahu turn aku laaambat lagi. Tadi dalam kereta ummi sembang2 juga pasal benda nih. Katanya maybe dalam 60% orang yang kahwin ni, depa berkenalan di tempat belajar. Dah suruh aku cari le pulak (sebelum2 ni memang da suruh start cari pun). Tambah ummi,

“Sape2 je pun takpe kak..”

“Takkan nak amik yang selekeh2 tu kot ummi.”

(Gelak besar) “Alaa akak usha2 le, ngorat2 sikit.” (Sori, ummi memang sporting huhu)

Dalam hati aku, memang bole saje aku nak ngorat, usha2. Tapi tu macam bukan aku je. Dan paling penting, ade ke yang nak kat aku? Hahaha. Satu persoalan yang tak terjawabkan. Dan aku sendiri ada KPI (xbleh blah) untuk calon suami aku. Tak banyak, satu je yang wajib. Nak tahu ape? Jeng3. Bile2 la aku stori. Segan le pulak (Sumaiyah segan? Pelik, kata seorang teman). Yang pasti aku memang tak tengok rupa. In fact, yang orang tak suka biasanya yang aku suka. Hahaha. Kpop comel? Euwww (takda kaitan)

Suda laaa.. berenti2. Terima kasih baca sampai habis. Doakan aku, doakan semuaa umat Islam kat atas muka bumi ni yer. Kebejatan masalah sosial yang mencengkam. Aku pun takut nak melangkah ke tahun2 seterusnya, walaupun sepatutnya kena sedar yang setiap saat umur makin bertambah (dan makin dekat dengan MATI). Moga Allah bantu kita luruskan hati, terus kuat mengharungi dunia yang penuh ilusi. Jumpa lagi! =]

Sebelah kiri adalah Siti Sarah. Kanan? Entah ~

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...