Tuesday, June 5, 2012

Dalam


Jangan sekadar solat, tetapi solatlah di awal waktu. Jangan sekadar solat di awal waktu, tetapi solatlah di awal waktu secara berjemaah.

Pen, pensil, pemadam, serta papan kekunci yang kita pegang, semuanya berasal dari ciptaan Allah, yang sentiasa bertasbih memujiNya.

Luangkan siap2 masa pinjamanNya untuk segera memujiNya, memohon ampunanNya, dan keluar tenang sebagai hamba. Janganlah kita tangguhkan solat ketika musim peperiksaan atas sebab untuk memahami ilmu milikNya.

Berleka-leka di dapur, ayam pun hangus.
Berleka-leka di dunia, kelak manusia hangus.

Na'udzubillahi min zalik.


Allah yang Maha Adil mengurniakan manusia berbeza2 kebolehannya. Ada yang cepat belajar tetapi sedikit malas. Ada yang lambat faham tetapi Allah kurniakan kesungguhan dan kerajinan berusaha.

Allah yang Maha Pengasih menghadiahkan manusia dengan pelbagai nikmat dan keistimewaan. Ada yang lunak suaranya. Ada yang indah paras rupanya. Ada juga yang menawan kata-katanya.

Anugerah Allah itu bukan saja sebagai nikmat, tetapi juga ujian buat kita. Untuk menguji yang mana lebih baik amalannya. Sejauh mana kita manfaatkan dan hargai mengikut cara yang Dia suka.

Seperti daun2 yang gugur, kering, kekuningan, lalu hancur. Begitu juga hayat kita.Yang sakit itu akan hilang. Yang seronok itu juga akan pergi. Tapi pertemuan dengan yang Abadi itu pasti. Maka berjalanlah di atas muka bumi ini dengan rendah hati dan responlah terhadap nikmatNya sebagai tanda syukur pada Si Pemberi.

Dan apabila pen telah diangkat, dan dakwat telah kering..

Segala penyesalan sudah tiada erti.

Sumber : Mobile Uploads, Asmak Latib's Facebook Account. (Senior saya di Taayah dan abang di Adelaide)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...