Friday, May 11, 2012

#thisisbadbero

Moga ada pelangi di sebalik awan itu,
Moga ada sinar di balik suram itu,
InshaAllah. Ameen.


Hari yang sangat mencabarrr.. aku rasa buat pertama kali aku rasa kecewa yang amat dengan diri sendiri. Today is my Hafazan Final, if you can spot from my calendar in previous post. Aku ngulang, tapi mungkin tak cukup dan nervous. Titibe ustaz tanya banyak yang tasmi’ sem lepas. Memang nganga lah. Aku nampak ayat tu kat mana. Tapi aku takboleh nak sambung sebab nanti akan jadi seperti mereka ayat sendiri.

Malam tadi lepas kelas OS (ganti), aku dah rasa cam tension sikit. Aku pun bernyanyi dalam bilik syok sendiri. Kira memang agak lambat aku start ngaji. Waktu mengaji pulak ade sms pasal HCI lah ape lah.

[story cut]

Waktu mengulang lepas subuh plak, aku call ummi, cakap aku takut, nervous sume nak exam tahfiz. Ummi kata “takpe, ni exam dunia je”. Aku gelak2 je. Memang pun tapi boleh indicate sejauh mana usaha aku mengulang selama nih. Abi pulak kata “tenangkan hati, inshaAllah”. Huuuu aku nak citer ape2 pun kat family saja, kerana pada pendapat aku ; kawan2 aku adalah kawan kepada kawan yang lain. Lepas end call dgn ummi aku nangis, rasa rindu nak balik rumahh =(

Dah lah start ngulang lambat. Lepas tu, yang aku ulang pulak ustaz tak tanya.. kecewa amat lah aku. Aku tak boleh nak salahkan ustaz sebab memangla aku kena ingat apa yang dah ditasmi’ sem2 lepas (in fact, spatutnya ingat sejak DQ lagi). Jadi aku tak boleh nak salahkan ustaz. Daripada empat soalan, aku hanya dapat jawab satu, itupun gagap2. Final ni 40% kot. Satu soalan 10%. Lepas ustaz sadaqallahul’azim. Ustaz pun kata “Sumaiyah tak mengulang eh”. Aku speechless lah. Nak kata apa. Time tu air mata dah bergenang tapi takkan aku nak nangis depan ustaz. Then ustaz bagi evaluation form dari ccac, suruh isi.

Ustaz ada meeting jap, ustaz pun pegi dulu. Sisters2 lain ajak aku makan skali (ustaz blanje sarapan pagi) tapi aku refused. Aku sedih gile. Bila sume dah keluar, ape lagi berjejer2 le air mata. Kecewa kecewa kecewa. Rasa nak balik rumah. Kenapa lah adik aku tak hantar gambar2 family lagi, aku rasa nak tengok gambar2 tuh time ni. Lepas tu on the way sepanjang balik bilik, serasa kabur sepanjang perjalanan dek air mata. Terasa amat jauh dari centre nak ke mahallah. Cepatlah cepatlah. Aku nak sampai bilik menangis puas2. Dengan harapan kak Farah (rumet aku) takde kat bilik. Tibe2 sampai, dia ada. Ah pedulikan. Nangis le jugak, tapi tak puas sangat.

[story cut]

Waktu mula2 sampai bilik, aku rasa nak buang semua barang dalam bilik, serabut kepala. Kan best kalau bilik aku tinggal katil je time tuh. Rasa nak baling barang2, nak baling henpon, semua ada. Kecewa sangat dengan diri.

[story cut]

Sampai kak Farah kat compartment sebelah datang tanya, sumaiyah nape sumaiyah, sape buat sumaiyah camnie, citerla kat akak etc2.. tapi aku refused nak cerita. Kak Farah pun pegi sambung balek kerja dia buat report FYP.

[story cut]

Then pegi taska tuh, then selesai, aku rasa lega sikit. Cuma kitorang interview nih takda guideline lah. Madam suruh buat outline untuk interview, criteria2 yang di evaluate dsb. Takpelah, keja aku kena buat video, so kalau takda isi, ape benda aku nak letak dalam tuh kan. Pegi taska yang ni takperlu surat sebab yang jaga dia tu mak kepada kawan kitorang, Alhamdulillah. Time kitorang sampai pun dah ada group lain da sampai dulu hehe.

Lama lah jugak duk situ, dekat 2 jam. Main2 dengan budak2. Aku excited lebey sebab dah lama takde adik kecik, titibe jumpe segerombolan adik2 yang cute dan comel dan bersih semestinya. Sampai gaduh2 diorang nak gune application Hijaiya dalam smartphone tuh. Alhamdulillah sume berjalan lancar.

Petangnya jam 240PM rushing ke ICT, usher2 orang sikit2 (BUKAN USHA ok). Ada KICT Launching (sempena guna bangunan baru and 10th years anniversary). Then tengok Ummul Qura perform, group feveret aku kat UIA. Makan2 sikit, tak sempat makan ape dari pagi selain sebijik kapsul berwarna ungu. Hoho. Alhamdulillah slamat ke bilik. Malam ni sepatutnya ada HCI discussion tapi aku nak buat PMIT. Aku takda sorang tak effect pun.

Berbalik pada kisah hafazan. Hari ni aku rasa sangat kecewa. Dengan semua. Aku rasa sebab subjek2 sume nih aku jadi takdapat tumpu pada mengulang. Dan aku rasa sebab final yang teruk tadi menyebabkan effect pada subjek2 nih.

Aku sampai sms ustaz mintak fail kan aku. Sebab aku tasmik je banyak (takbanyak mane pun actually) tapi tak mengulang. Ustaz pun reply “all the best final exam, jangan lupa mengulang quran dan c u next sem”. Hehe. Takpelah, fail kan ana pun takpe, redha..

Rasa sangat putus asa untuk mengulang sebab final tadi. Seriously. Kenapalah Allah pilih aku untuk galas tanggungjawab ini. Aku tak mampuu.. Tapi time aku mengadu pada soulmate aku, aku teringat yang Allah takkan membebani seseorang melebihi kemampuannya, jadi Allah takkan letak aku di tempat ini kalau aku tahu aku takboleh hadapinya. (tapi serious… aku sedih dan lemah)

Waktu aku mengadu jugak tuh, rupa-rupanya apa yang aku resahkan dan sedihkan, jawapan tu semua dalam apa yang aku hafal, tasmi’ dan ngulang selama ini,

dan aku jugak yang tulis kat post sebelum ni, hidup kat dunia ni memang untuk bersusah payah, kerana Allah menjanjikan kerehatan di negeri yang Abadi. Itu sahaja motivasi aku. Aku cuma mohon ditabahkan hati dan dipanjangkan umur dalam ketaatan. Aku rasa hari ni memang betul2 aku menangis, sampai rasa sesak nafas, sakit dada, kurang oksigen.

Aku tak boleh nak cerita semua pada kawan, sebab kawan yang aku cerita adalah kawan kepada groupmates2 aku yang lain + aku memang letih nak cerita. Seolah2 aku sengaja menjadikan diri aku sedih kembali. Nak complain pada yang berkenaan pun aku dah penat nak cakap. Tengoklah dah habis projek semua kalau aku ingat, aku cakap. Macamlah aku sorang je yang banyak kerja kan, semua nak letak salah kat depa. Semua orang ada kerja masing2. Aku nampak salah orang banyak betul, aku pun same. Yang aku sangat sedih, yang aku mintak tolong sikit pun diorang tak buat. Aku pun ada kerja banyak yang diorang tolong buatkan. Terima kasih.

Sekian post hari ini.

Aku pernah baca di mane entah, kalau kawan kita sanggup cerita tak bagus tentang kawan yang lain pada kita, means dia jugak boleh bukak cerita tak bagus tentang kita pada orang lain. Kalau kau boleh cerita bad things pasal X kat aku, kau jugak boleh cerita bad things pasal aku kat orang lain. Ibarat bile Su citer tak best pasal Mai kat Sumi, Su pon boleh cite tak best pasal Sumi kat orang lain (or kat Mai sendiri). Selamat faham hihi.

Semoga Allah terus luruskan jalan kita. Ameen. Terus KUAT !!

p.s: aku ada tulis cerita lagi panjang, 3 page microsoft word with Calibri size 11 with 1.15 spacing. Tapi kisah dipotong sebab kalau boleh aku pun taknak ingat benda2 macam tu.

p.s1 : Seronok ke KICT Launching, banyak nampak cikgu2 yang aku rindu. Moga Allah memberkati mereka semua, Ameen :)

1 comment:

Muhammad Hafiz NC said...

Tabahkan hati Sumaiyah.

Setiap orang ada masa kesilapan masing-masing. Saya pun pernah menghadapi situasi yang lebih kurang sama. Tapi jauh lebih teruk.

Banyakkan berzikir kepada Allah supaya hati tenang.

All the best.
Barakallahufik...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...