Monday, May 21, 2012

Sekuel Setori

1st Driving Lesson


Kepada sesiapa yang belum blajar kereta, one fact I tell you, cikgu garang is very undeniable. Aku yang sensitip nih, kena tinggi suara aja dengan cikgu. Kalau aku bersuara, aku takut suara aku lebih tinggi dari cikgu atau aku terus menangis. So aku diam sepanjang dimarahi. Sakit hati yang amat terluah dari perbuatan : aku hampir2 langgar divider. Tangan keras pegang stereng, takdapat bajet banyak mana nak pusing, banyak mana nak ‘balas’ balik (aku pun xpaham apesal cikgu guna perkataan balas). Bile nak lepas clutch bile dah tekan minyak bla3. Kesimpulan, aku memang bodoh bab bawak kereta.

Kais Pagi Makan Pagi

Tak pernah rasanya sepanjang tiga tahun duduk UIA, aku bongkar buku2 kot ada terselit duit singgit dua kat dalam tuh. Padah berbelanja tak ingat dunia haha. The fact that ppl born on February are extravagant is true, in my situation. Hahaha. Memang bersyiling-syiling aja la duit aku skarang. Nasib baik ada supplement yang memang mengurangkan lapar, takdala aku rasa cam cacing kepanasan, takbleh duduk diam. Bukak laci food storage (bukan cold storage) pun tinggal ape aja. Horlicks 3 in 1, roti bekalan sampai jumaat, tu aje. Hohoo. Alhamdulillah, syukur apa adanya. Aku cuba untuk tidak pinjam duit sebab ummi tak galakkan pinjam meminjam nih, tinggi risikonyer huhu.

Pulun Yob Pulun!

Ada tiga subjects untuk dipulun. PMIT ada lagi 4 chapters (by the time I write this post, not publish it). OS ade lagi 5 chapters. Ecommerce ade lagi LAPAN chapters hahaha. EC aku tak mula lagi. EC? EV? Earned Value? Hihihi. Abis puseng kpale gue. Puseng jangan tak puseng. Saye putar Halimmm!! Hahaha. Thanks UIA sebab awalkan revision period, aku rasa cam bernapas sikit. Kalau tidak, memang nak blajar pun tak semangat huhu.

Badan yang sihat (inshaAllah)

Alhamdulillah dapat jog untuk weekend yang baru lepas nih. Pagi sabtu memang semangat. Pagi ahad semangat dah turun sikit, tapi kugagahkan jua kaki ini melangkah. Hasilnya, peluh mencurah2 ke ladang gandum, lalu jadilah Coco Crunch! Terserempak dengan sisters brothers yang ada misi yang sama. Yaa kau potong aku, aku potong kau balek. Hahaha

Ramadhan Volunteer Program

Merelakan diri untuk jadi RELA. Hihi. Boring2 short sem nanti, why don’t I do something that benefit others kan. Thanks to kak Hafizah senior SERATA yang forwardkan message itu. Semalam second meeting, first meeting aku tak mai sebab ado di KICT, Jumaat lepas. Ada international juga dalam program nih. Idea diorang banyak tapi yang takbest adalah depa tak bagi orang habis cakap dulu. Agenda pun tak habis lagi bang ooii. It is clear that some of them did not understand our culture.

Aku teringat sembang2 dengan k.Honey waktu beliau tompang bilik aku minggu lepas. Kita as Malaysian should greet the internationals first, because they are like our guests. Sebab aku katala, aku segan nak mula dulu. Sebab situasi beliau di Syria dulu, orang2 sana sambut tetamu dengan sangat hebat. Makan roti free yang panas dari ladang setiap hari, nak blajar Quran dengan syeikh pun free setiap hari di masjid. Walaupun dari segi infrastruktur mereka mungkin mundur, tapi dari segi adab, ethics, mereka sangat bagus. Yang naik kenderaan akan utamakan pejalan kaki. Lampu isyarat takda guna pun di sana. Hebat sekali disiplin yang telah diterapkan. Tabik spring dari saya.

Malaysia? Selalu guna ‘the power of hands’ haha bak kata Hafizah yang tengok Harith Iskandar di SuperSpontan (ye ke eh? Lupe dah). Lampu isyarat kat Malaysia nih banyak rosak je bero. Pengguna jalanraya buat jalan macam ancestors dia yang punya (harap tak jadi pada aku nanti, ameen). Sampah di mana-mana, ada orang tuh buang sampah keluar dari tingkap kereta selambe je wei, angin aku menengoknye. Rasa nak tampo2 kan aje. Ada tandas awam pun entah camne la kebersihannye. (ye, mari cuci tandas masing dengan ZIP perisa Lemonade). Aku harap bilik kat mahalah yang aku akan dapat nanti nih bersih dan tidak ada sebarang kesumbatan (tauhu sumbat? Makan je tahu), inshaAllah. Sem depan UIA nak kuatkuasakan polisi orang kena duk luar tu ha. Jadi marilah aktifkan diri masing2 agar mendapat tempat di dalam Mahalah. Jadi committee Ta’ruf Week bulan smbilan ni Jom! Borang bulih amik kat SPICE office (Promote le pulak).

Sekian cerita2 pendek saya. Yang last jadi terpanjang sikit, sebab entah le. Kalau dah banyak cakap tu, banyak cakap juge lah yer. Jumpe lagi di masa akan datang!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...