Thursday, May 17, 2012

GumbigumbiGumbira

Saya sangat gembira! Sebab saya dah siap semua kerja! Alhamdulillah =]


Report Techno – DONE (10th May)
Term Paper OS – DONE (14th May)
Report HCI – DONE (15th May)
Report PMIT – DONE (16th May)
Report E-Commerce – DONE (17th May)

Boleh lompat2! Yeahh!! Hati saya sangat gembira untuk mula study for final exam!
Terima kasih pada semua group mates (macam lah korang bace yek hihi)

Seronok3 sebab sem nih dapat kelas dengan geng2 yang lepas ni dah susah nak kelas sama. Akan merindui mereka sobsobsob.. Banyak jugak chapters yang masuk final. Mula jumaat depan sampai ahad memang boleh botak kepale gue disebabkan paper yang berderet2 huhu. Macam2 pengalaman dapat sem nih, some true colors were shown, including me kot kikikiki :p

Walaupun dah beberapa hari tidur 1pagi, 3 pagi, dan pernah sekali empat pagi.. Alhamdulillah malam nih dah boleh lelapkan mata dengan aman inshaAllah. Esok boleh setelkan the so-called housechores yang setiap hari melambai2 minta diselesaikan. Banyak kali sudah tidak menjoggingkan diri kerana tak cukup tidur = organ badan tak cukup rehat = dangerous kalau kita paksa dia bekerja untuk lari2. Badan jugak sakit2 sebab tido sekejap sangat. Aduh. Dapat la jugak hint pengalaman yang akan dihadapi bile dah third year ye sumaiyah..

Hari ni marks the last date I sit for any class. Saje usha2 budak PMIT section dua present tadi. Tengok kawan2 sendiri present jugak kan. Di samping tengok muka sir ARAD yang sangat letih kelihatannya. Taktahulah kenapa, tapi sem ni aku rasa sayang sangat kat semua cikgu yang ajar aku. Selalu rindu nak masuk kelas tengok muka cikgu (orang mai kelas blajo, dia niat lain pulak huhu).

Dr Zulkefli yang ajar Operating System, selalu terhibur dengan keletah beliau yang kelakar amat. Walaupun ramai kata beliau strict, aku tahu semua itu untuk kebaikan anak2 muridnya.

Bersama Dr Husnayati yang amat seperti ibu. Tahu serba sedikit tentang dunia electronic commerce dalam kelas beliau.

Sir ARAD yang perfectionist, orang industry yang berpengalaman jadi project manager untuk some IT projects. Pergh. I admire him a lot.

Madam Sofianiza yang lecture tanpa perlu sebarang mic, bersama examples yang superb. Serta jokes yang menggelikan hati hihi.

Akhir sekali sir Jamal usahawan berjaya, sudah bertolak ke Holand nampaknya, ade seminar usahawan kata sir ARAD. Menghimpunkan the best entrepreneur’s brain.

Kegembiraan yang tidak tergambarkan oleh kata2. Akan senantiasa merindui cikgu2 ku semua. Semoga ada berkat dalam semua yang kita pelajari semester ini. Ameen Ya Robb. Jumpa lagi! :D

Hepi cam depa nih hihihi

2 comments:

shikin said...

Assalamu'alaikum Sumaiyah yg dirindui..hehe

Alhamdulillah, sronok kelas dgn hg :D syukran ambik berat sama gue..^^

ada janji nk blanja makan belum ditunaikan. bila2 claim la ye gune token yang ada :D:D:D

SuMaiYaH said...

waalaikumussalam shikin yang baek hati :">

seronok juga kelas dengan hang, jazaakillah khayr untuk semua jasa baikmu menompangkan gue ke kelas, keluar, dan ke semua2 tempat yang aku pun tak ingat hihihi..

bese le amik berat sesama kawan, takkan musuh pulak yang nak ambik berat kan kekeke :p

semoga ukhuwah berkekalan walaupun lepasni kelas kita dah tak sama :]

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...