Tuesday, May 8, 2012

DQ VS IIUM = Life

Sana sini mengatakan kelebihan mereka yang hafaz Al-Quran. Terasa kerdil. Program persijilan yang hanya setahun setengah, untuk menghabiskan 30 juzuk kelihatan seperti amat mustahil.


Alhamdulillah, aku antara yang berjaya menghabiskan muqarrar/silibus yang ditetapkan. Sem satu perlu habis 10 juzuk, semester dua perlu habiskan another 12 juzuk (hingga juzuk22) dan semester tiga another 8 juzuk. Rata-rata budak sijil perlu tasmi’ dua maqra sehari (maqra ditentukan oleh bintang dalam rasm Uthmani, 2 maqra biasanya bersamaan 5 mukasurat). Satu juzuk ada 8 maqra, so Isnin sampai Khamis suppose dah habis 1 juzuk, Jumaat untuk I’adah (Mengulang). Aku yang malas ini, ustazah bagi 4 muka sehari tasmi’. So dalam seminggu biasanya dah habis satu juzuk. Tapi, takda hari untuk mengulang dengan ustazah. Sabtu Ahad, kalau aku tak melagho sana-sini, ada lah I’adah sikit2. Kalau takda program, aku gatal kaki ke pekan Kuala Kubu Bharu, kadang2 sampai ke Tanjung Malim nu haa dan kadang2 sampai Rawang. Tapi jarang2 laa. Aku pun dah lupa ke mana baaanyak masa aku dihabiskan di DQ dulu. Rasa malas sangat, rasa tak mampu untuk dapat even empat muka surat tu, dalam masa sehari. Biasanya aku hafal 3 muka di bilik, esoknya tasmi’ then lagi 1 muka cari dalam kelas.

Alhamdulillah, Allah bagi kelebihan pada aku untuk cepat dapat apa yang aku baca. Kadang2 setengah jam dah boleh dapat satu muka, dengan konsentrasi sepenuhnya. Selalu terganggu dengan handphone, makanan dan sebagainya. Di sebalik kelebihan, kekurangannya adalah aku selalu perasan cepat ingat. Malas mengulang dah. Lepas tasmi’, lantak hang laa. Ditambah dengan examnya yang tanya awal2 bintang + awal surah + awal juzuk saja. Aih, naik lemak la mike sumai.

Masjid jadi tempat paling best untuk mengaji, tambah2 bahagian bahagian belakang kanan, yang mengadap tasik. Penat mengaji, bersandar di dinding, dapat rasa angin dari tasik membelai pipi dan diri. Tengok orang2 mengaji, kita rasa cemburu. Aku pun nak mengaji jugak. Pulun2 cari modal (modal=yang hendak ditasmi’). Sering bertemankan kak Ijat yang kini sudah berkahwin dengan banin batch aku sendiri hikhik. What a sweet memories. Tasik dan Masjid DQ yang menyimpan sejumlah kenangan akan selalu dirindu.

Kembali ke situasi di UIA, bila mengaji boleh pula aku dapat 1 maqra sehari (Alhamdulillah). Tulah, sebenarnya, BOLEH! Dulu-dulu di DQ sengaja cari pelbagai alasan. Memang ada kelas Tajwid, English semua. Tapi macamlaaa dua kelas tu ada effect sangat pada ngaji kamu ye sumai. Sengaja cari pelbagai cara nak elak mengaji, dah tahu diri tu cepat dapat. Cemburu pada classmates dan kawan2 yang selalu susah dapat, mereka banyak kali mengulang = melekat dalam kepala. Nak bagi ingat, kena ulang more than 20 kali, then esok ulang benda yang sama. Dan lagi dan lagi..

Mengingati itu satu hal, menghayati satu hal, dan mengamalkan satu perkara lagi yang lain. Bukan senang ye kawan2. Menghayati.. Memang aku amik Arab Tinggi waktu SPM, tapi tengok laa ape grednya huhu. Tak mahir menghayati, pasti perlukan tafsir untuk ingat makna2 perkataan. Teringat dalam kelas dulu selalu sangat tidur waktu Ustazah Rotipah mengajar, padahal duk depan sekali. Tengok2 anak beliau junior aku kat KICT ni haa. Rindu saat2 sekolah. Sekarang dalam kelas aku selalu coba untuk tidak mengantuk, dengar sebijik2 apa cikgu/pensyarah sebut. Walaupun kadang2 memang dah dengar, then bila tengok buku balik, tiba2 terbayang perkara2 lain yang tak patut, macam lepas ni nak buat apa, orang2 yang tak perlu diingat, peristiwa yang tak perlu diingat, dan lain2. Ingat nak kaitkan dengan apa cikgu sebut, penyudahnya duk mengelamun tak sudah ye. Kadang2 orang sebelah menyebelah yang jadi punca tak khusyuk (suke bebeno nak tunjuk orang lain ye). Kita ni pun suka layan, jadi laa another conversation beside the lecturer’s huhuhu.

28 : 77
Dan carilah (pahala) negeri Akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bahagianmu di dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu…

Macam2 anugerah Allah bagi. Ada antara kita dikurniakan muka yang cantik, orang suka memandang, boleh jadi modal menyampaikan perkara baik. Ada yang dikurniakan lidah yang fasih, lantang berdebat menegakkan keadilan. Ada yang mahir programming, boleh develop macam2 benda baru untuk umat. Ada yang dikurniakan dengan senyum yang manis, boleh mulakan perkenalan dengan mudah. Ada yang ketawa semangat, menceriakan orang2 sekeliling. Ada yang boleh bersuara kuat, mudah sampaikan maklumat/ucapan/pengumuman dengan jelas. Ada yang tegas, boleh jadi leader. Takda siapa2 yang boleh buat semua benda. Kerana berbezanya kita, kita melengkapi. Ini yang saya faham daripada ayat atas : menggunakan kelebihan yang Allah beri pada kita untuk Akhirat yang pasti, dan dunia yang kita sedang huni. Sebab tu apa2 peluang yang datang, jangan persiakan. Problems create opportunities, and opportunities lead to improvements. Explore yourself!

Menjadi Hafiz/Hafizah tidak datang sendirian, ia datang dengan tanggungjawab. Quran akan jadi samada rahmat atau laknat. I’adah wajib, ingat tak ingat Allah yang bagi. Bagi teman2 yang tak bergelar Hafiz/Hafizah, usah bersedih. Anda ada banyak kelebihan lain yang kadangkala anda belum explore lagi. Ulangan : Problems create opportunities, and opportunities lead to improvements. Haaa.. Jangan ingat jadi hafizah ni mudah. Orang kata, bukan senang nak senang. Kalau tak dapat hafaz satu quran, boleh hafaz surah2 lazim. Biasakan baca surah2 sedemikian. Sebab begitulah aku bermula satu ketika dulu. Selalu baca surah2 lazim, jadi hafaz, join pertandingan kecil-kecilan peringkat sekolah. Dan kini di sinilah aku berada. Segala puji hanya bagi Allah. Beruntunglah mereka yang dapat menghafaz satu al-Quran, menghayati maknanya dan mengamalknnya. Kalau tak dapat semua, jangan tinggal semua. Masing2 kita punya cabaran tersendiri. Huffaz dengan mujahadah Quran, guru2 dengan keletah anak murid, pakcik jaga dengan telatah budak2 UIA yang macam2 ragam, ibu bapa dengan fi’il anak2, dan kita sendiri dengan courseworks + subjek2 yang kita belajar seharian, kadang2 bukan mudah nak difahamkan, kan? Tu baru dari satu sudut pandangan. Tak tengok dari angle lain lagi, sudut cakah, 180 degree, 90 darjah dan sebagainya.

Lesson learnt? Life is not easy. Bak kata blog kak kila la kan hihi. Semua mehnah dan tribulasi hanya akan senyap bila kamu dah masuk dalam tanah ye sumai dan kawan-kawan. Hidup ini memang diciptakan untuk bersusah-payah, sebab Allah menjanjikan kerehatan di negeri Abadi. InshaAllah. Bersusah-susah dulu, senang kemudian. Semoga Allah bantu aku dan sahabat sahabiah mujahadah dalam mengulang Quran + menghayati ilmu2 dunia dan Akhirat yang kami belajar seharian. Ameen. Sifarkan alasan, mantapkan Hafazan! Fighting! =]

p.s : Lately selalu rasa happy... Alhamdulillah, thanks to everyone =]

1 comment:

SuMaiYaH said...

Amaran keras daripada tuan punya blog : Dilarang SPAM di blog saya. Dilarang iklan barang2 dan sebagainya. Ini ruangan komen, bukan ruangan iklan. Sekian terima kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...