Monday, May 7, 2012

Cintaa

Di dalam mencari cinta yang sejati
Banyaknya ranjau kan ditempuhi
Di dalam mendapat cinta yang hakiki
Banyaknya onak yang diredahi
Namun janjiNya kepada hambaNya
Tidak pernah dimungkiri
Dan tidak pernah melupakanmu :)

(Carilah Cinta, Raihan)

Telah lama cinta terbiar
Dari cinta yang suci
Telah lama cinta tersasar
Dari cinta hakiki
Kerna sekian lamanya
Manusia dibuai cinta nafsu
Kita sering menyangka
Cinta manusia itu yang sejati..


Namun lupakah kita | Cinta nafsu selalu mengecewakan | Sering berubah tidak menentu| Seperti pantai dipukul ombak. | Cintakan Allah cinta sebenarnya | Itulah cinta yang sejati | Kasihlah sesama manusia | Kerna cinta yang hakiki | Hanya untuk Tuhan Yang Esa. |Cintakan Allah tiada kecewa | Engkaukan tenang di waktu susah | Kembalilah kepada Tuhan | Dia kan tetap menanti .. =)

Kehadiran hambaNya yang sebenar pasrah | Cinta kasih sayangNya tidak bertepi.. [Cinta Hakiki, Raihan]

Waktu ke Konsert Anugerah NC hampir sebulan lepas, Pian (presiden kitorang) lapa giler, seharian tak makan katanya. Aku memang dah bawak bekal siap2, roti blueberry keh3. Tibe2 sampai kat Dewan Muktamar dalam 7 lebih, takde kedai oh! Ingatkan kot ada la stall cam kat uia kan hihi. Tangkap gambar sikit2, pi solat Maghrib then kitorang cari tempat nak makan. Since kedai2 makan lain sume jauh, ya laa kan ke Pusat Islam tu kat tengah2 bandar. At last kitorang jumpa Koperasi Pusat Islam. Nak kata warung, tak jugak. Cam sedih je tempat dia. Nak kata convenient cam Pizza Hut or KFC takdelah (in terms of cleanliness). Tapi ade meja sebijik dua cam kat warung2 biasa. Oh rupa2nya memang boleh order air. Tapi makanan takde la (kot). Time kitorang sampai ada satu group baru nak membelahkan diri mereka. So kitorang pun replace. Kesian presiden kitorang makan meggi je huhu. Pastu baik hati bayarkan buah betik dan jambu aku plak hehe. Semoga Allah murahkan rezeki encik yer =] yang hendak dihighlight di sini adelah.. Jeng jeng jengggg !!


Jumpe banyak artis kot kat situ. Haha. Aku excited lebey. Ade one of Far East member, yang suara sedap tu, pakai baju merah ala2 cheongsam. Rupe2nye time konsert, beliau ada dalam group baru As-Salam yang nyanyi lagu Tamil. Pergh. Then yang paling hendah dihighlight di sini adelah aku jumpa.. Farihin Abdul Fattah!! komposer lagu Carilah Cinta kat atas nih. Aku taktahu at the first place, tapi sebab aku slalu dengar lagu ni time bosan2, baru den tahu lagu ni antara ciptaan beliau =) memang banyak lagu touchy2 Raihan, adalah sentuhan beliau. Huuu.. Aku kenal muke je sebelum ni, taktaula plak ada rezeki jumpa real hikhik. Bile tanye kat Pian, hang kenal tak sape tu? Dia tak kenal. Ade ke patut -_-‘’ Tapi takpe, yang penting aku excited! Then ada jugak munsyeed2 lain yang datang, aku dah lupa. Nampak sangat diorang lapar + perlu alas perut sebelum perform. Hooo. Hipotesis buatan somai. Haha.

Kepada sesiapa yang belum pernah dengar dua lagu dia atas ni, silakann mendengar.. Aku dah lama tak dengar lagu selain nasyeed, sebab dalam windows media player nih memang dah save playlist yang banyak nasyeed. Ape bole buat kan kekeke. Syahdu betul dengar lagu Raihan lama2, Demi Masa, Senyum, Syukur, Puji-pujian etc2. Raihan memang nasyeed legend sampai sekarang. Teringat jugak waktu pegi Road Show Anugerah NC ni kat Wangsa Walk awal bulan lepas (jzkk to Hafizah, K.Faizah, Hans dan k.Saidah), Raihan punya suara same jeee dalam studio dan live, walaupun tanpa Nazrey Johani =)

Sekian post kali nih. Lagu2 di atas memang berkaitan cinta, sebab sekarang tengah mode pujuk2 hati yang cemburu tengok sepupu dan kenalan yang baru/akan melangkah ke alam pernikahan. Harhar. Kipidap Sumaiyah!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...