Monday, May 28, 2012

Aluu ?


"...Wanita solehah itu tidak suka mengenali dan dikenali, tidak suka memandang dan dipandang. Di bibirnya tidak meniti nama-nama lelaki, dan di bibir-bibir lelaki tidak meniti namanya..."

"Ketahuilah: Di depan mu, mereka (lelaki) ibarat sahabat, tetapi tentu engkau gerun dengan percakapan mereka di belakang. "

"Bermula dengan ruang chatting di internet, bertukar-tukar mesej prihatin dan nasihat, berpindah kepada ungkapan sayang dan perhatian, naik taraf kepada lonjakan keinginan untuk bertemu, dimulakan dengan makan minum mengambil angin, diuji dengan sentuhan tangan dan berakhir dengan ZINA."

"Keliru melihat muamalat sebahagian golongan yang membawa nama agama.
Kepada ustaz, ingatlah wanita itu fitnah paling besar buat kita.
Kepada ustazah, ingatlah syaitan itu amat bijak memainkan hati manusia.
Apatah lagi dirimu yang kata Rasulullah SAW serapuh kaca ~
Mereka yang bekerja untuk Islam, moga tidak terpedaya dengan indah tipu daya dunia.. "

"Wahai anak, kamu mungkin lebih bijak ibubapa kamu, tapi kamu tidak mungkin dapat mengatasi kasih seorang ibu dan bapa. Kamu hanya mampu mengasihi kami selepas kamu bijak, tetapi kami mengasihi kamu sebelum kamu lahir!"

[Himpunan kata-kata]
Woot Woot

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...