Sunday, March 4, 2012

Kursus, Laksa dan ....

Hari sabtu yang telah berlalu dengan amat gembira, InshaAllah. Sekian lama tidak mencoret. Sekali coret biarlah perkara yang menggembirakan, ye dak. Eh sebenarnya ada jah yang menyedihkan. Tapi Itu akan diceritakan di akhir kisah yer hehe.

Alhamdulillah hari ini saya telah menghadiri kursus memandu buat pertama kali, dengar ceramah yang 5 jam tuu huhu. Sebenarnya ingatkan nak start ambil lesen final year nanti, tapi nampaknya risau nanti harga makin melambung ditambah dengan kos hidup yang semakin meningkat. Kasihan sama ummi dan abi saya sobsob. Blajar kereta saja sebab ummi takbagi ambik motor. Cikgu ambik kat bus stop depan mahallah dekat2 jam sembilanpagi. Berkenalan dengan member yang sama dalam kereta, adik baru masuk MSU amik medic, tengah tunggu result SPM. Juga Hanim budak Aerospace yang juga komiti mass gathering Ma’ruf Club yang akan datang nih.


Ceramah nya agak best sebab penceramah adalah insan yang gemar mengajak pendengar berfikir. Mengajak untuk menjadi pemandu berhemah dan bertimbang rasa di jalanraya. Didedahkan juga dengan segala macam perkara tentang jalanraya dan isu berkaitan yang aku takpernah tahu pun sebelum nih. Sempat juga kenal 4 orang sisters yang amek Kaunseling, juga adik Fahmi dan Iqbal yang amek engine dan benl. Kenal gitu2 jer lah. Paling tak lupa pada kak Ramlah yang sangat baik hati belanja aku karipap untuk lunch, memandangkan kantin yang penuh amat, hampir 100 peserta yang dengar ceramah hari ni yer.

Kembali ke IIUM, terus usha Halal Fair, last day la katakan. Terselisih di hadapan Darul Kutub dengan seseorang yang baru je terdetik di minda beberapa saat sebelumnya. Orang kata jodoh, biar masa menentukan :] Sempat sambung baca buku di Bookerz sambil makan kentang. Rupa2nya buku kat Bookerz tuh memang untuk dibaca dan dijual. Boleh la angkat mana2 buku Riduan Mohd Nor yang disukai heheh.

Then sambung masuk CAC Main Hall. Sempat berhibur bersama Kumpulan Doa dan Saujana, together with kak Faizah dan Diba yang menceriakan hari hohoo. Habis semua, pekena laksa yang suam kuahnya, bila ditanya mengapa kuah tak panas, kata abang tu gas limited. Derang kena masak apa suma kat bawah. Aku pun tak faham. Tapi bila aku complain pasal mihun kak faizah yang keras (takhabis celur) nampaknya depa sangat tak puas hati dengan aku. Sebagai pelanggan, bukankah aku berhak untuk berkata demikian? Aku kata, abang nak berniaga janganlah buat macam ni. At last dia fed up dengan aku, dia kata takpayah kira. So Laksa aku dan diba, each RM4. Tapi bila mau bayar, adik dia (kot) kata RM10. Mihun sup kak Faizah still dikira RM2 sebab daging bla3. Aku cakap jugak kat akak tu, akak tak boleh berniaga macam nih. Patutnya mihun ni takpayah kena pun sebab mihun dia keras. Kesian kak Faizah, dahlah tak boleh makan laksa, mihunnya pula jadi macam tuh.

Pastu kitorang blah pegi Uncle Bob, selang satu khemah dengan kedai laksa tu. Sedang order2 tu, dengar la abang tu mengomel, “Dalam banyak2 pelanggan, yang ni je yang complain.” Sambil angkat mangkuk2 kitorang. Adik perempuan dia plak usha2 aku. Aish, aku la. Nak cari pasal ke abang ni. Aku cakap macam tu sebab aku pelanggan. Kata orang Islam, nak meniaga, niaga la elok2. Sedara seIslam kot. Kalau takboleh terima complaint pelanggan jangan meniaga la. Nak emo2 plak. Cam pompuan. Haha.

Bila aku tanye kak Faizah n Diba balek, adakah cara aku cakap tu teruk sangat, diorang cakap ok je. Aku pun sedih. Adakah teruk sangat nada aku. Sedih juga dengan reaksi mereka. Takboleh ke cakap elok2, mintak maaf, kami ganti dengan yang lain. Takpun, cakap je takpayah bayar. Kepuashatian pelanggan lebih penting daripada RM2 yang tak seberapa sangat tuh bang. Kalau tengok orang Cina berniaga, depa mana kisah sangat sekupang dua, halalkan saja. Sebab pelanggan yang sama itu akan datang lagi.

Sekian, habis kisah laksa. Malam pulak teman kak Faizah dengar talk pasal mistik, saka santau oleh ustaz Sharhan. Anjuran BEDSA dan MRC Bilal bin Rabah. Hooo. Aku mati2 la tak kenal ustaz nih. Tapi bile tengok kebolehan beliau, MaashaAllah! Dah ada dalam cerita Misteri Nusantara dan jugak Expose Mistik, dan sekarang ada di Khurafat TV9 hari Selasa Malam Rabu. Banyak benda baru yang aku tahu, dan ada dua naskhah buku beliau yang aku beli. Ada takut jugak sikit2, bila tahu jin suka duduk kat mana, apa tanda2 ada jin dalam badan. Seram juga den dibueknyo. Apa2 pun, aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam. Ustaz Sharhan bukan ajar benda suka2. Beliau berguru untuk dapatkan ilmu2 itu. Sama saja macam kita Talaqi dengan Ust Muhadir dan Habib Ali.

Ahad pula dijangka seminar yang lebih mendedahkan alam mistik khususnya histeria, juga oleh Ustaz Sharhan. Semoga hujung minggu ini membawa seribu ilmu dan keberkatan buat kita semua. Sekian, jaga diri hiasi peribadi :]

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...