Monday, March 12, 2012

Kecil VS Besar

Salam. Hujung minggu berakhir sekelip mata huhu. Cepatnya masa berlalu. Semua orang ada 24 jam yang sama, tapi ada orang dapat buat macam2 dengan 24jam mereka. Ada pulak yang hampir separuh daripada sehari itu dihabiskan ke tahi mata. Ha itu kita boleh elak. Jauhkan diri dengan katil masing2 antara caranya hihi. Saya pernah baca artikel tidur yang sihat di iluvislam satu masa dulu, tapi bila search dah takdak. Baru ingat nak share di blog sob3. Dalam tu dia kata jam 12tengahmalam hingga 1 pagi adalah masa tidur yang paling baik, kerana satu minit waktu itu bersamaan baaaanyak (dahlupa) minit di hari siang. Hah. Sapa yang rasa susah tidur di malam hari boleh coba untuk tidak tidur di siang hari, reservekan waktu yang ada untuk malamnya. Sekali tidur, biar penat betul kan. Qailulah (tidur tengahari) tu takpelah, sunnah kan. Try la saranan saya ni ye ^^

Kali ni bukan nak cerita itu. Ada satu ilmu yang saya mahu kongsi dengan pembaca sekalian. Mungkin ada yang pernah dengar, atau ada yang didengarkan kembali (sebenarnya diingatkan), atau first timer. Saya pun diingatkan kembali waktu Mukhayyam Remaja Manjung beberapa bulan lepas. Diingatkan juga kembali sat2 ni, bila belek2 buku nota lama waktu kat PJ dulu. Jom kita tengok dua frasa di bawah ini :


Saya makan
Saya Makan

Apa beza kedua-dua frasa di atas? Jelas sekali tentu perkataan makan ada yang bermula huruf kecil dan sebaliknya. Apa benda pula perbezaan dua2 itu? Haaa

makan yang pertama adalah sejenis kata kerja. Saya makan
Makan yang kedua adalah kata nama. Saya Makan

Makan yang pertama menunjukkan kita sedang melakukan perbuatan berkenaan. Sedang makan. Menyuapkan nasi ke dalam mulut. Makan sup menggunakan sudu. Nyam3. Dan perbuatan lain yang menunjukkan kita sedang makan. Awas, jangan makan sambil berlari atau berjalan kerana ia tidak elok untuk pencernaan (baca di mana juga sudah kelupaan)

Makan yang kedua (huruf besar) menunjukkan sasaorang yang bernama Makan. Kita taktahu sapa yang beri dia nama itu. Tapi nama dia Makan. Tidak diceritakan di dalam frasa berkenaan apakah yang sedang Makan lakukan. Boleh jadi Makan sedang makan. Atau sedang berbasikal sekeliling UIA. Atau sedang berlari-lari anak ke kuliyyah baru di atas bukit huhu.

Harap penjelasan di atas memadai yer :] Kita lihat pula frasa seterusnya :

Saya islam
Saya Islam

Apa beza dua frasa di atas? Berdasarkan contoh sebelumnya, harap anda2 dapat jawab dah yer.
Saya islam yang pertama menunjukkan islam itu pada perbuatannya. Meletakkan Islam dalam kehidupan. Redha dengan Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Nabi Muhammad sebagai nabi dan rasul. Berusaha hidup berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah. Merujuk ulama dan ustaz dalam apa2 kecelaruan fikiran. Meneruskan dakwah di muka bumi. Join tarbiyyah. Usaha untuk islah (perbaiki) diri dan manusia sekeliling. Macam KBM punye moto : Ke arah remaja soleh wa musleh 

Saya Islam yakni frasa kedua menunjukkan Islam itu hanya pada kad pengenalan, hanya sekadar nama. Tidak diamalkan (implement) dalam kehidupan. Hidup tidak dianggap sebagai ibadah. Hanya bangun pagi, kemudian tidur kembali, bangun pagi, tidur kembali, dengan rutin yang sama. Berhibur sekali sekala, kemudian kembali pada rutin biasa. Tiada nikmat, tawar.

Saya bertanya lagi, kita di mana? Adakah di Frasa Satu atau Frasa Dua? Adakah kita hanya islam sekadar nama, atau kita islam yang cuba melaksanakan suruhan-Nya dan menghindari larangan-Nya? Adakah kita bawa Islam dalam diri kita? Dalam perbuatan kita? Dalam pemakaian kita? Dalam tuturkata kita? Lebih menakutkan bila kita rasa kita baik, sedangkan itu suma hanya sifat ujub dalam diri. Sama2 hisab diri. Wallahua'lam.
Kukutip bintang, untuk kau simpan ~

1 comment:

naek perahu said...

"Jika sesiapa bertanya kepada mu samada kamu cinta kepada Allah, hendaklah kamu diam kerana jika kamu kata: "Saya tidak cinta kepadaNya", maka kamu kafir dan jika kamu berkata, "Saya cinta", maka perbuatan kamu berlawanan dengan katamu."

http://www.angelfire.com/journal/suluk/ *Ada ungkapan yg mnyentuh hal sama sptmn posting... cuma ianya cara penyampaian dr org2 yg trdahulu.*

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...