Friday, March 16, 2012

Dengarilah Mereka

Salam. Ape kabar? Harap sihat2 noh. Sekarang musim yang tidak menentu, kadang hujan, kadang mentari terik memancarkan sinarnya. Ramai kenalan saya, anak sedaranya, orang rumahnya yang demam-demam, selesema, dan bermacam sakit luar lagi. Usah dibincang tentang sakit di dalam la ye. Haaa kali ni saya mau kongsi satu gambar. Mereka kata a picture speaks a thousand words. Tapi bagi seseorang yang menulis dengan tangan kanan seperti saya, golongan ini menggunakan otak sebelah kiri. Begitulah sebaliknya, orang kidal akan guna otak sebelah kanan. Jadi left-brain user like me lebih suka mengekspresikan sesuatu dengan perkataan. Use words to name, describe and define. More or less.



Ha ni emak saya. Tengok gaya beliau dalam gambar nih menimbulkan sejuta tanda tanya ye dak. Haha. Waktu ni saye tolong sebok je kat kelas darjah satu sekolah tempat beliau mengajar. Waktu ni 26 Jan 2012, beberapa bulan lalu, time saya tengah cuti sem. Ummi ajak mai sekolah, nyusun ape yang patut. Renovate sana sini, bagi nafas baru. Tahun ni ummi ajar darjah 1, sebelum2 ni darjah 6,5,3. Ummi cerita waktu meeting, Guru Besar tanya sapa yang mahu volunteer diri untuk ajar darjah satu. Ummi pun saja la rela hati. Ummi kata ummi nak belajar jadi sabar. Asik marah2 je sebelum ni kat budak2. Tapi aku rasa ummi takdela selalu sangat marah pun. Huhu

Dalam umur2 begini (20an), saya rasa sangat rindu untuk duduk rumah. Sejak join KBM dan sejak baca men from mars & women from venus, baru saya tahu, memang wanita diciptakan untuk lebih kepada berkata-kata dan lelaki diciptakan untuk lebih kepada mendengar. Bila balik rumah, saya selalu dengar cerita terutama dari ummi, tentang sekolah, kerja yang melambak2 (sekolah cluster la katakan), pressure di sini dan sana, meeting tak henti2 dan macam2 lagi. Baru saya tahu, jadi guru sekolah rendah pun tidak mudah. Dari sudut yang lain, sebenarnya saya nampak bahawa ibubapa kita (ibu terutamanya) sangat mahu kita mendengar apa cerita mereka. Memang ramai orang kata mak ni suka membebel, sikit2 ni, sikit2 itu. Ada saja yang hendak dikomennya. Itu tak kena ini tak kena.

Ummi tak macam tu pun hehehehe. Ummi suka bercerita jer. Nanti masuk macam2 cerita, termasuk cerita yang ummi tengok kat astro NGEO, DISC ke suma ada hihi. Saya pun belajar mendengar. Ibu-ibu berceloteh bukannya saja2, untuk kebaikan kita jugak. Kalau anaknya tak tutup aurat sempurna, takkanla ibu nak diam ye dak. Kalau muamalat tak jaga, takkanla ibu nak biarkan saja kan. Takda ibubapa yang nak tengok anak dia berbuat dosa.

Bagi pihak ayah, ayah yang selalu pendiam. Hanya mendengar, sekali-sekala bersuara. Ayah punya misteri yang tak terungkaikan. Sangat beruntung mereka yang rapat dengan ayah mereka. Selalu kalau kita dengar, ramai yang rapat dengan ibu berbanding ayah. Sedangkan ayah berpenat lelah mencari rezeki untuk anak dan isteri. Memang ibu yang mengandungkan, melahirkan kita. Tapi jasa ayah janganlah kita ketepikan. Sangat berbekas dalam hati, terutama bila dengar dan lihat di video tentang Ayah dalam program KBM. Aduuu ~

Perkara yang hendak ditekankan disini, dengarilah ibubapa anda. Sebagaimana kita yang punya kawan baik, selalu mahu mendengar dan didengari oleh kawan baik kita sendiri, begitulah juga ibubapa, ummi abi, mama papa, ayah ibu kita. Dengarilah cerita mereka, kerana ia akan jadi azimat untuk kita sepanjang hidup. Dengan mendengar juga kita telah berbakti. Sementara mereka masih ada, luangkanlah masa dengan mereka, dengarlah kisah2 mereka. Terimalah mereka seadanya, sebab seburuk mana pun mak ayah kita, dengan asbab merekalah kita ada di dunia ini. Pernah terdengar satu masa dulu, kasih sayang ibubapa adalah percikan dari kasih sayang Allah. Lafazkan kata sayang kita pada mereka sebelum terlambat.. Selamat berbakti pada mereka! :D

-lafaz yang tersimpan. Lagu yang takpernah gagal mengalirkan airmata bila mendengarkannya dan dihayati. Boleh hayati baitnya sambil merenung gambar ibubapa masing2 ^^

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...