Monday, February 6, 2012

Semester 5!

Salam all! Cuti yang sekejap (15/1-6/2 = +- 21hari), melonjakkan perasaan untuk kembali belajar dalam Semester Lima. Huuhu. Dah 4 semester berlalu rupanya. Banyak yang dipelajari, namun entah berapa yang diingati. Takda rewind subjek sem lepas macam sebelum2 nih, penyakit M datang. Semester akan datang ni pun taktahu nak cakap apa. Nampaknya akan sibuk dengan aktiviti Kelab Nasyeed. Cewah bajet sungguh. Almanac pun tak tengok lagi. Tapi.. Bunyinya memang akan sibuk. Hanya lima subjek yang akan dipelajari sem ini, tidak termasuk subjek kokurikulum. Sem lepas dan sebelumnya enam kot.


Ulasan result, tak okay sangat. Memang time final hari tu ada subjek yang entah ape2 dijawabnya. Memang goreng sampai hangus lah kan. Tapi tu benda dah lepas, jadi gak usah dikenang2 lagi. Yang akan datang ini, buatlah yang terbaik. Well-spirited, as usual :P

Cuti yang seronok sebab sudah sekian lama orang rumah ini tidak gather bersama-sama. Yang jauh pun pulang, walaupun sebentar semoga membuahkan natijah yang baik inshaAllah. Sayangi keluarga, di situlah bahagia, ngehngeh.

Beberapa langkah juga telah diambil untuk memelihara hati sempena cuti ini. I.e. block orang di Facebook. Nak approve ramai orang rasa rimas. Bukan nak kata ramai nak add ok. Tapi memang rasa rimas, banyak nak baca, susah nak beza maklumat dan emosi. Hahah (termasuk aku).

Meneruskan hidup tanpa kenangan lalu. Sedang mengetest, adakah kenangan lalu itu benar boleh dilupakan? (Kalau dah nama 'kenang'an, sah2 la xbleh lupa ye dop? huhu). Sedang melatih diri juga hati. Berpuasa tanpa laptop selama tambah tolak empat belas hari. Semoga beroleh pengakhiran yang baik inshaAllah, Ameen.

Akan jadi budak econs lepas nih inshaAllah, gegege
Semoga terus thabat menuntut ilmu! :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...