Monday, January 30, 2012

Zuhairah :)

Sempena post tentang kawan sebelum nih, ini ada seorang kawan yang saya kenal di DQ. Sedang menuntut di USIM dalam bidang perubatan. Meskipun saya muda setahun daripada beliau, beliau kelihatan amat comel momel, sampai kami panggil beliau Pooh :D

Mengetuai kelas Raudhatul Huffaz di DQ dulu, beliau sangat tegas dan ceria dan sporting dan menggembirakan. haha. Susah nak tengok beliau marah. Beliau selalu tasmi' saya before saya tasmi' kat ustazah. Yalah, masyi woo, cair amat kalau tebuk. Selalu join pertandingan hafazan dan selalu jadi wakil Selangor ke peringkat Kebangsaan. Juga bekas pelajar SMKAKL.

Barakallahulakuma buat Zue dan pasangannya yang sudah kelupaan namanya. Beza 3 tahun umur depa. Gambar bawah ni adalah bertarikh 24 Disember, agak freshh dari folder. Nampak sama cantik sama padan. Semoga bahtera yang dibina dapat dilayar hingga ke Alam Abadi :)





Gambar atas ni pulak adelah bookmark yang zue bagi sempena hari lahir gua (gua plak dah) beberapa tahun yang lepas. Pejam celik je kan. Dah 4 tahun. Semoga ukhuwwah yang kita bina kekal hingga ke Syurga. Sayang kamu Zuhairah :D <3 [harap hang bace tau hihi]

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...