Sunday, January 29, 2012

Sayangnya Baginda pada Kita

TAZKIRAH SYURA 2012 (tiru intro head kami hoho)

Salam all. Saya telah diberi amanah untuk memberi tazkirah minggu ini. Orang kata, tak kenal maka ta’aruf ngeh3 XD
|| Siti Sumaiyah bt Yahya, 2nd year, ICT, Nasyeed Club ||
Salam ukhuwwah :D

Sempena bulan kelahiran Rasulullah SAW, mari sama-sama kita renung kembali, apakah sebenarnya sumbangan kita pada agama ini. Oops, tu macam besar sangat lah plak huhu. Okay, apa yang sudah kita sumbangkan pada diri kita? Adakah meningkat iman dari hari ke hari? Ada atau tidak usaha kita ke arah itu? Kalau renung lagi mendalam, mana pula sunnah Nabi yang kita amalkan? Ada atau tidak? Sedikit atau banyak?

Tahukah kita, masuk tandas dengan kaki kiri dan membaca itu doa itu sunnah?
Tahukah kita, Nabi kita gemar makan labu?
Tahukah kita, Nabi sentiasa bertutur dengan perkataan yang baik?

Ada banyak sebenarnya sunnah yang kita taktahu tapi ia amalan Nabi, mahupun amalan2 yang kita lakukan tapi kita tak tahu pun ianya sunnah. Jika kita lakukan apa2 dengan niat untuk mengikuti Nabi, kan da dapat pahala XD

Coretan Allah dalam al-Quran, surah Ali Imran ayat 31 berbunyi : “Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Jom usha video ni jap ;)



Cuba kita bayangkan Rasulullah yang sentiasa ingat pada kita, cinta pada kita meskipun tak pernah bertemu dengan kita. Apakah ada kekasih dalam dunia ini yang mampu berbuat demikian? Mencintai walaupun belum pernah bertentang mata?

Kalau takdapat buat semua, jangan tinggal semua.
Semua orang ada peluang untuk sentiasa memperbaiki diri.
Tinggal kita saja yang mahu atau tidak mahu.
Bak kata Madonna dalam lagunya Frozen :
“You hold the key.”

Allahumma solli ‘ala Muhammad. Wa ‘ala aali Muhammad.
Wallahua’lam. :]

*seperti yang ditulis sempena giliran tazkirah di FB IIUM Cultural Group.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...