Tuesday, January 10, 2012

Kenapa ??

Salam.
Ketika menulis post ini, saya baru saja menerima berita sedih daripada kenalan yang mana kakaknya baru putus tunang. Sedangkan majlis pernikahan akan diadakan tak sampai 2 minggu lagi. Ulangan, TAK SAMPAI 2 MINGGU LAGI.

Lelaki itu mulanya baik, semuanya baik. Mungkin kerana ada sikap kakaknya yang tak disenangi, langkah itu diambil. Masalahnya, lelaki tu dah pun kahwin hampir 6 bulan, dengan seorang perempuan di tempat lelaki tu bekerja. Dan time depa nikah tu, was right time after dia engaged dengan akak kenalan saya nih.

Kad dah diagihkan, rumah dah direnovate, semua sanak-saudara mara dah tahu, sampai hati lelaki tu buat macam ni? Kenapa? Kenapa? Kalau kau dah taknak, kau cakaplah taknak. Takperlu nak setuju nak tunang ke ape. Ape kau ingat perempuan ni barang dagangan kau, kuda tunggangan kau, suka hati buat macam ni?

Ingatkan kau budak baik, nampak baru kenal memang innocent. Keluarga dia nak terima kau, walaupun kau datang dari keluarga yang boleh kata agak porak-peranda. Aku tak faham kenapa kau sanggup buat macam ni. Allah Allah.

Aku tumpang sedih bagi pihak empunya badan. Semoga ukhti itu tabah menghadapi dugaan ini, juga semoga kesabaran memayungi ibubapa dan seluruh keluarga mereka hendaknya. Aku jadi semakin tidak percaya dengan lelaki. Di manakah mereka yang berlemah lembut dengan wanita? Khutbah Nabi yang terakhir ada sebut tentang melayan wanita dengan baik.

Dan aku nampak jugak, orang yang tidak memegang Islam dalam dirinya, takkan tertegak Islam di sekelilingnya. Usah mimpilah nak dapat bahagia dalam rumahtangga kalau macam ni kau hancurkan hati orang lain. Semoga Allah ampuni dosa kita semua. Sori emo. Wassalam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...