Sunday, January 29, 2012

Kawan Baik : Perlukah?

Salam. Baru-baru ini yang dah tak berapa baru, saya telah menjalankan survey kepada sesetengah orang yang sempat mengenai Kawan Baik. [ Adakah kawan baik itu perlu? ] Tak dapat ramai sangat responden, sebab memang tak plan nak amik ramai2 pun. Masing2 ada pendapat sendiri. Jom usha apa kata mereka :

Pendapat 1 :
very important, especially for several ppl. ppl who need to share their stories with. cari bestfriend yang boleh melonjakkan kita ke arah yang lebih baik. Then tempat kita boleh luahkan perasaan. Its not burden tapi sharing masing2 akan strengthen friendship dan trust. Rasulullah itu harisun 'alaikum bilmukminin. Sangat concern pada orang lain. Bagilah apa yang termampu. Jangan memudaratkan diri juga.

Opinion 2 :
In my opinion, its not 'compulsory'. If we said its compulsory then it probably sound like a must, as if it is wrong if we dont have one. but as 'aidh al-qarni said, we need friend(s) in our life. So maybe sometimes some people have some close friends but he/she does not think them as their best friend. Or some ppl just have many close for them there aren't any bestfriend. All are equal. So to conclude we should have friends, to share, to mingle, but as time goes those friends would become best friend.


Pendapat 3 :
Kadang2 rasa macam perlu, kadang2 tak.
Rasa perlu sebab nak ade someone yang kalau ade pape je, kita cerita/mengadu kat dia, dia la yang sudi dengar, bagi nasihat, pandangan, jaga rahsia, tolong selesaikan masalah bla3, boleh teman pergi jalan2, boleh bimbing ke jalan yg betul bla3.

Rasa tak perlu sebab ade sesetengah orang tu, dia suka cerita/mengadu masalah dia kat sape2 je tak kisah la orang tu rapat ke tak dengan dia, dia boleh selesaikan masalah sendiri dengan cara dia sendiri, dia malas nak rasa ade komitmen/attachment (mcm kawin plak) ngan kawan dia sebab kadang2 attachment tu menyusahkan, die tak rasa macam perlu seseorang untuk dia buat keputusan/tindakan, kadang2 bila ade kawan rapat ni, kena jaga hati kawan tu bla3, die malas nak terlalu bergantung kat orang ke bla3.

Pendapat 4 :
perlu.. sbb.. Rasulullah pun ada sahabat baik..saidina Abu Bakar...fitrah insan..perlukan seseorang untuk meluahkan rasa..tidak dinafikan Allah tempat mengadu..tapi sahabat baik adalah teman yang memberikan nasihat, supp0rt kpd kite.

Pendapat 5 :
lps pkir2 balik, rsnya mmg perlu ada besfren. lg rmi lg bagus, tp susah jgk kalo kte ni jnis brkwn dgn smua org. rsa sgt suka & brsyukur dgn khadiran smua kwn2,,sbb bila ada mslah,, bole share2,,bole mntk pndapat. ada yg supportive, ada yg suka menasihati,, dua2 pun bagus. lg byk ragam, lg sronok. itu bg saya :)
*dan besfren x smestinya kwn2 kan,, fmily pun bole ;)

Pendapat saya : Tambah tolak dengan Pendapat 3. Saya cerita je pada sape2. Mungkin tu sebab dulu2 selalu ada cinta monyet dgn some ppl. Selalu benda2 ni jadi bila ada luahan masalah. Jadi makin rapat bla3. Alhamdulillah zaman yang semakin jauh ditinggalkan :) Saya pernah ada kawan baik. Tapi sekarang dah tak tahu nak cakap apa bila jumpa. Mungkin sebab time tu terlalu kecik (Darjah 1). Sekarang pun saya tiada kawan baik yang spesifik. Tapi saya ada kawan rapat :) Tak ramai. Malah ikutkan, kawan saya mmg sikit. Roomate saya yang dah duduk 2 semester dengan saya pun kata saja jenis sorang-sorang. Tak dinafikan, saya memang begitu. Dan saya gembira begitu.[Fikir 2kali, betul ke gembira? huhu]

Kadangkala rasa sunyi, tapi saya ada cara sendiri untuk gembirakan hati. Yang pasti, saya bukan jenis yang melekat dengan seseorang untuk jangka masa lama. Saya tak nafikan hidup berkumpulan dan berjemaah amat penting, terutama bagi mereka yang menjalankan kerja dakwah. Namun inilah saya. Saya sayang semua yang pernah saya kenal, pernah rapat dengan saya, pernah melalui saat2 suka dan duka bersama saya. Antara kekurangan saya itulah : Sukar mengekalkan persahabatan. Harap sangat untuk tegur bila nampak saya salah di mana-mana. Harap ketuk saya juga bila saya takdapat terima teguran itu. Wallahua'lam. :)


*jzkk pada semua responden. Nak respon dalam comment pun boleh :D

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...