Sunday, September 25, 2011

Stanza Cinta ♥

Amni Sorfina memerlukan seorang lelaki yang mampu membimbingnya, bukan lelaki yang perlu dia bimbing. Dalam masa yang sama, dia berasa bertanggungjawab membimbing Irfan ke jalan yang lurus. Perlukah dia mengorbankan cintanya yang terlalu mendalam buat Taufiq, demi menunaikan sekeping janji dan amanah?

Berhadapan dengan saat paling sukar dalam hidupnya, Amni harus belajar tersenyum dalam derita dan bersangka baik dengan segala takdir Allah buatnya. Apakah ini bermakna dia harus melepaskan pergi sesuatu yang paling diinginkan, yang sejak sekian lama baru ditemui?

Saturday, September 24, 2011

★★★

taknak balik uia
taknak balik uia
taknak balik uia

sobs

bestnya duduk rumah. ade ummi. ade abi. ade makanan :p
teruk betui le kamu ni. duduk bersenang lenang. padahai dunia tu memang diciptakan untuk bersusah-susah. Kat Akhirat baru berehat oi..

Quote ustaz 'buznama' dengar kat ikim tadi, katanya : mereka yang fikir tentang Akhirat akan sentiasa sibuk di dunia.

Aku? Mungkin ketidakbijakan dalam pembahagian masa menyebabkan aku perasan tension. hahah. Takde ape lah. InshaAllah akan cuba positive dari detik ke detik, saat ke saat. InshaAllah. Anyone can force me to go to the river, but only I MYSELF can drink the water. Thanks for all the support back there (eeuw perasann). Haha. Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi, menggapai redha Ilahi. All the best untuk semuaaa..!! Wassalam :)

teman ummi dan anakmuridnya main sahibba peringkat negeri :)

Friday, September 16, 2011

='(

taken from ummi's blog. Luv u miss u. :'(

amik kau sebijik

Ibn Abbas (ra) said:
“When you feel the need to mention your companion’s faults, remember your own” [Al-Adab Al Mufrad]

Muhammad ibn Sireen used to say:
“We used to say that those amongst us with the most sins are those who spend their time talking about the sins of others.”

Imam Sufyaan ath-Thawri said:
“Keep yourself busy in remembering your faults, so that you have no time left to remember the faults of others.”

Shaikh Al-Islam Ibn Taimiyah said:
“Some people have the disease of criticizing all the time. They forget the good about others and only mention their faults. They are like flies that avoid the good and pure places and land on the bad and wounds. This is because of the evil within the self and the spoiled nature.”

source

name pun luahan..

Minggu yang memenatkan tapi menggembirakan. Mungkin.
Alhamdulillah semua proses add subjek dah selesai, mungkin sebab kesemua 6 subjek dah dapat waktu sem dua hari tu. Yang tinggal cuma cocu subjek, yang takpernah penuh, titibeee je penuh. Pelik bin ajaib sungguh ye. Yang tu pun dah setel.

Banyak benda dalam kepala. Kadang rasa serabut tapi kadang taktahu apa yang nak diserabutkan. Sebab nak rasa tension takda la sangat. Tapi adala jugak. Cara taip pun macam dah tak betul hahaha. Segala puji bagi Allah yang tidak mengilhamkan aku dengan benda yang tidak baik ketika otak bercelaru. Dulu kecik2 aku pernah nak cederakan diri kot. Mungkin masa tu hormon tengah tak betul lagi. Cuma kali ni takde ape sangat. Air mata je pernah turun. Tapi titibe terfikir, apakah yang aku tangiskan?

Sunday, September 11, 2011

Gotcha !

"Kehidupan seorang penghafaz Al-Quran dengan orang biasa sangat jauh berbeza. Paling ketara mengenai jadual harian. Para huffaz harus memperuntukkan masa yang cukup banyak dengan Al-Quran serta jadual i’adah mereka berbanding orang biasa yang membaca Al-Quran hanya sunat sahaja pada mereka. Lalu tanpa sokongan yang kuat, boleh jadi hafiz atau hafizah itu akan mundur, kurang motivasi, hilang semangat dan akhirnya hilang jatidiri sebagai seorang penghafaz Al-Quran."

Saturday, September 10, 2011

Sedih nak balik kampus tapi..

"Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" [Az-Zumar:9]

Ilmu itu adalah :
yang menambah takutmu pada Allah,
yang menambah penglihatanmu pada aibmu,
yang menambah ma'rifatmu tentang ibadahmu,
yang mengurangkan kesukaanmu pada dunia,
yang menambahkan kecintaanmu pada Akhirat,
dan juga,
yang membuka pintu hatimu untuk kenal penyakit amalanmu lalu menghindarinya.
[Hukamak]

Tanpa agama manusia binasa,
Tanpa ilmu manusia buta,
Tanpa iman manusia sengsara,
Tanpa ukhuwwah manusia terseksa.
[Hijjaz : Tanpa Agama]

Mulia manusia kerana ilmu.
Selamat menuntut ilmu kepada semua pembaca Kita Hamba! :D

IIUM, Here I Come!

Tajuk macam la nak speaking sangat en. Padahal malayuwiyyah saje oke. InshaAllah dalam masa kurang 48 jam dari sekarang akan mendaftar di UIAM Kampus Gombak. Rindu banget same bilik itu. Serta kawan2, cikgu2, serta persekitaran dan kuliyyah/kuliah yang amat menggamit. Wuhu. Kafe tak brape boleh rindu ar atas sebab2 tertentu. Keh3. Rasenye sem ni kelas banyak isnin rabu. Khamis slase kelas kat bukan KICT. Alhamdulillah. Allah dah susun jadual, so that takpayah penat ulang alik kat bangunan KICT yang baru nanti.

Time blom siap lagi. Pic Credit to my cousin

So this is my 4th Semester being IIUM student. Excluded matriculation. Saje je corat coret sebelum masuk sem :

- Senyum selalu. Pastikan pagi2 jangan emo. It will affect your whole day.
- Bagi salam kat orang kenal/tak kenal. Jangan berlagak sangat bro.
- Be kind to others. Adab tu jaga.
- Try to lower ur gaze and control ur anger.
- Rajin banyak ngulang tu.
- Pointer kasi naik sikit. Apa barang sikit sangat tuh. Prof. Adam Suhaimi pun tak pandang. Huh.
- Exercise jangan lupe. Ingat gemuk tu cantik sangat ke? Sihat takpe jugak.
- Jage makan. Tahukah anda, minyak dan gula menghalang pemecahan lemak?
- Setelkan makan sebelum Maghrib. Lepas tu, kalau lapar, minum air or makan buah.
- Datang semua kelas. Ingat ape tujuan datang universiti.
- Redha Allah yang dicari, bukan redha manusia. Oke sumai?
- Last not least, always be happy!

Wednesday, September 7, 2011

Ramai wanita bertanya dan Seorang lelaki menjawab

Pernah sembang dengan ummi pasal isu ini. Kadang2 kita rasa lelaki tak adil. Tapi sebenarnya ada baanyak benda tergalas atas bahu mereka. Beruntung bagi mereka yang menyedarinya. Lebih untung siapa yang mampu mengadunnya dengan bijak. Lebih lebih untung siapa yang dapat bersuamikan mereka :) Moga Allah meredhaimu wahai sekalian rijal. Ameen.

Share dari website ini :

Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.
  1. “Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”
  2. “Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”
  3. “Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”
  4. “Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”
  5. “Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”
  6. “Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”
  7. “Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

Tuesday, September 6, 2011

Rancanglah !


Seronok kerja bila dirancang
Lebih seronok jika terlaksana
Biar kita plan the work
dan juga work the plan :)

Hidup pun macam tu juga
Belajar kena rancang
Jadual kena ada
Target kena jelas
Perlu kenal apa/siapa mehnah dan tribulasi
Hari ni nak buat apa
Esok nak tunaikan apa
Minggu depan apa rancangannya
Tahun depan apa targetnya
10 tahun akan datang pun sama
Dan seterusnya

Monday, September 5, 2011

Kerbauku

Oh Kerbauku
Habis duit rayaku
Sekadar untuk memilikimu.

Oh Kerbauku
Moga hadirmu memudahkan aku
Kerjaku siap dan cepat hantar ke cikgu
Cerita2 jangan ditengok selalu
Mujur aku bukan korean punye hantu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...