Sunday, July 31, 2011

Kesilapan Kerap Muslim di Bulan Ramadhan

Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif ‘mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.

Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة

Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya.

5) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.


Ramadhan

Salam 'alaikum.
Insha Allah dengan izin Allah mereka yang membaca post ini telah pun memulakan madrasah Ramadhan mereka beberapa minit yang lalu. Alhamdulillah kerana kita masih lagi diberikan peluang untuk meraih redha dan cinta-Nya. Sekadar perkongsian, Ustaz Zahazan dalam rancangan alKuliyyah minggu lepas ada mengatakan, 3 perkara yang perlu ditumpukan ketika Ramadhan adalah Puasa, Qiamullail dan Al-Quran. Kongsi lagi, video hasil tangan teman seperjuangan sempena Ramadhan kali ini. Jom sama-sama rebut peluang! InshaAllah! :D (Allah, bantulah)

Tuesday, July 26, 2011

Mutiara Hikmah

(1)
"Jalan ini adalah jalan pembersihan
dan mengajar mengekang diri,
jalan rahmat dah kemuliaan,
jalan yang menagih kesabaran dan ketahanan.
Sungguh beruntung orang yang memilih untuk melaluinya."
Sama-sama betulkan niat dan istiqomah di jalan ini :-)

(2)
Allah tak pernah berjanji bahawa
langit selamanya akan berwarna biru,
bunga selamanya akan mekar kepada satu arah tertentu,
matahari akan selalu bersinar tanpa hujan,
kesenangan akan datang tanpa kesedihan dan
kedamaian akan datang tanpa penderitaan.
Tetapi Allah berjanji bahawa
ada kekuatan yang datang setiap hari,
istirehat bagi yang bekerja,
cahaya bagi yang berjalan di jalan-Nya.
Kebahagiaan akan tiba sesudah banyaknya dugaan & rintangan,
bantuannya akan datang bila sabar berterusan,
DIA akan terus mengasihi kita tanpa henti,
cintaNya akan kekal abadi..

(3)
Jika Hati adalah Istana,
Maka Cinta adalah Raja,
Ketulusan adalah Singgahsana,
Kesetiaan adalah Mahkota.
dan Sahabat adalah Takhta yang paling mulia :-)

(4)
Bukanlah ukhuwwah itu letaknya pada senda gurau, tetapi ikatan roh,
bukan juga terletak pada kata-kata manis, tapi saling mendoakan, dan
bukan juga letaknya pada pertemuan, tapi ingatan pada sahabatnya..
Moga Allah meredhai dirimu jua akak.. Amin :-)

Tuesday, July 19, 2011

Hai, bilakah?

Perbualan #1
(Cerita tentang saudara-mara jauh dan dekat yang akan melangsungkan perkahwinan)

Maksu : haa akak tu la meriah bebeno depa ni, skarang musim kawin2. akak bila lagii
Akak : Err, calon pun takda maksu, ummi suruh habis blaja dulu keh3
Maksu : Eeii jangan kak, nanti susah. Time blaja ni cari la spare satu ke dua. selalu orang lepas blaja terus kawin..
Akak : Haha tengok la camne.. (Dalam hati : Spare?? Takpenah terfikir pun sedemikian. huhu)

Bila cerita balik pasal Perbualan #1 kat ummi,

Ummi : Habis tu takde sape lagi yang masuk meminang cemane nak kata dah ade ke tak kan kannn
Akak : Tahu tak ape. hihi

Perbualan #2
(Cerita tentang sepupu sepapat dekat dan jauh yang akan melangsungkan perkahwinan)

Ummi : Haa kamu kak time blaja ni cari la sape2. Senangnya yang blajar same2.
Akak : (Sengih2 kambing) Kalau ade le ummi..
Ummi : Ha nanti kalau da habis belajar takde jugak, kamu amik je sape2 yang adeee
(Berderai ketawa)

*Sebenarnya takde rase ape sangat pun. Tapi bila sepupu saudara dah nak menikah, kita pun kena tempias sama. Apa-apa pun, Allah knows BEST!

Sunday, July 17, 2011

Karnival Keselamatan Makanan Peringkat Negeri Perak

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk teman ummi yang mengiringi anak muridnya ke Karnival Keselamatan Makanan Peringkat Negeri Perak. Ummi kata patutnya nama nye Karnival Kebersihan Makanan. Ayoyo. Manyak sensitip sama 'itu bersih'. Hoho. Kami bertolak dari rumah dalam 8 lebih, jumpa anak2 murid2 ummi yang comel2 blaka. Heheh. Syok2. Sepatutnya MB Perak @Zambry yang datang rasmi tapi wakil je ada. Layanz je lah yer.. Syok sebab tahu banyak benda, booth yang ada banyak dedahkan tentang logo Halal yang tak diiktiraf, barang2 keluaran bumiputera yang kadang2 kita tak tahu pun kewujudannya. Seronok!

pesta durian at Perak (gambar selingan)

sesi aerobik

Tuesday, July 12, 2011

The 6 Symptoms of Facebook Addiction Disorder

“Okay, I admit it. I am truly addicted to Facebook,” said teenage blogger Heidi Barry-Rodriquez in 2007. In 2009, teen Neeka Salmasi described the social networking giant as being “like an addiction”. This year, a casino site mentioned that “Facebook provides the atmosphere where it is tough to walk away” in a direct comparison to gambling addiction. A quick web search and it becomes appallingly evident that we have a problem. Text messaging is no longer the biggest teenage obsession, and long gone are the days where the biggest worries for parents were celebrity crushes, massive phone bills from ridiculously long phone calls and chocolate overloads. These teenage obsessions still exist, but in today’s day and age, and in comparison to the Facebook craze, they seem rather insignificant.

Facebook is taking over the world, and that’s no exaggeration. Everyone from eager-to-fit-in tweens to educated business people to intrigued grandparents has joined the phenomenon, and unsurprisingly many teenagers have also caught Facebook fever. And like with many of the latest attention-grabbing trends, some teenagers can go a little overboard when participating in them. Perhaps we join Facebook because everyone has an account and, as teenagers, the need to fit in is just too great, or perhaps there’s just a special something that has helped the social networking site attract so many million people. Teenagers have a tendency to become obsessive with the ‘in’ thing and Facebook, the trend of the decade, is no exception; the question is, have we overdone in? And is there really such thing as Facebook addiction?


Sunday, July 10, 2011

What the Muslim Singles say

SINGLE MUSLIM'S SISTERS:

I am available but not for sale,
Don't you ever expect me in your mail,
There's only one story beneath this veil,
It's modesty, and not an ad to hail,
Woo me not because you will surely fail,
You really really think I am that frail?
You're not a hammer and I'm not a nail,
Don't want a boyfriend, don't want that ale,
I would prefer to be stuck in a jail,
But I'm free of you and your fairytale,
If you want me then be the alpha male,
Don't hide in your shell like a slimy snail,
Be my husband, by Allah we stand still.

**********************************************************

SINGLE MUSLIM'S BROTHERS:

Hey, I am single,
Don't wanna mingle,
Unless it's legal,
Or else it's evil,
There's only one girl,
My wife, my angel.

source

p.s : mabruk untuk ukhti hazariah md hisma untuk walimahnya! ngeehe

Friday, July 8, 2011

Ewwwww !!

Pimples? Tips for Teeeeenagers :P

No excessive hygiene!
As fas as daily cleansing is concerned, it is not so much – how often you wash yourself – but what you wash yourself with. It is really sufficient to wash yourself mornings and evenings. More often stresses the skin.

It is better to use sebamed than soap!
You should completely dispense with soap, as it erodes the acid mantle of the skin, which only makes the pimple problem worse. The use of sebamed CLEAR FACE soap-free Cleansing Bar and Antibacterial Cleansing Foam strengthens the natural protective function of the skin’s acid mantle, which counteracts the formation of pimples.

Hands off those pimples!
You should under no circumstances attempt to “operate” on pimples or squeeze them out. This leads to even more bacteria entering the pores, resulting in increased infection and damage to the skin. Even then it is difficult – Hands Off !!

Use only skin products, which are free of fats and emulsifiers!
You should ensure that you only use skin care products, which are free from oils and emulsifiers. These components can lead to an increase in the number of blackheads.

Fresh food for a fresh complexion!

The right food can really work wonders for a problematic skin. A piece of chocolate now and then will cause your skin no harm, but basically speaking : fresh fruit veggies, which provide little fat and large amounts of roughage are gems for your skin. Yes, say adieu to hamburgers, fries, coke and pizza and hello to a clear complexion.

Exercise and fresh air!
Sports and fresh air are not only fun, they also get your circulation and metabolism going. These are keys for beautiful and healthy skin.

In “case of emergency” consult your dermatologist!
If you are unable to bring your pimple problem under control, although you have cleansed and cared for your skin correctly and have been following the above mentioned recommendations then you should consult your dermatologist. After consulting your physician CLEAR FACE dan be used as therapy supportive skin care to combat your acne condition.

Monday, July 4, 2011

Warkah Tersimpan untuk Ummi


Play sambil baca.
(composed 1month ++ ago)

Tadi akak sms ummi. Ummi kata ummi tak sehat lagi. Baring je pastu pegi bilik air. Semalam time akak forward sms Hafizah ummi kata kirim salam balik kt dia then ummi kata ummi amik mc hari tu. Demam dan sakit perut. Hari ni pun ummi amik mc lagi. Kenape ye dengan ummi. Akak sedih la bace sms ummi. Taktahu la nak kata rindu rumah ke. Tapi tetiba je rasa nak sangat balik rumah walaupun tak sampai seminggu pun lagi dok kat uia.

Tetiba pulak rase rindu walaupun akak takde la tolong ape sangat pun duduk kat rumah 3 minggu dulu. Tapi ade benda2 yang akak sembang, ada jugak benda yang akak baru perasan, sebab ummi baru cerita. Akak tahu hidup berumahtangga ada suka dan duka. Akak tahu walaupun ummi selalu ketawa dan buat lawak, dalam hati ummi hanya Allah yang tahu. Beruntunglah orang mukmin, mereka punya Allah tempat mengadu. Akak tak kisah ummi nak cerita kat akak ke tak. Kadang2 memang ummi ada tercerita, tapi akak pun taktahu nak kata apa, dapat kata sabar je lah. Akak tahu kalau ummi sabar, besar ganjarannya di sisi Allah. Akak rasa ummi pun tahu itu. Tapi biasalah manusia, kadangkala ada juga masanya kita berkeluh-kesah dengan ujian yang menimpa. Manusia memang selalunya akan meluahkan pada manusia lain, terutama pada orang yang dekat dengan dia.

Saturday, July 2, 2011

Ting Tongg

Hidup untuk hari ini dan panjang umur inshaAllah untuk hari mendatang, jangan lah sedih.. ada 1 kata2 ni, untuk aku jgk sbb kite pun ade benda lalu yang masih teringat :

“Jangan biar hidupmu dihantui masa lalu, jangan biarkan dirimu dibayangi oleh sesuatu yang sudah berlalu. Lepaskanlah dirimu dari pengaruh dan bayangan masa lampau. Adakah kamu mahu mengembalikan sungai kepada sumber mata airnya, memulangkan matahari kepada tempat terbitnya dan airmata kepada mata? Sesungguhnya meratapi masa lalu dan menangisinya akan membuatmu terbakar dengan apinya.”

Sampai masa tibanya waktu,
Redup hati kaum berdua,
Bila dua jasad bersatu,
Dua hati jadi bersama.

Belum sampai masa..
Belum sampai masa..
Belum sampai masanya lagi..
Sabarlah hati..
Sibukkan diri, teruskan berdo'a.
Percaya kata janji-Nya!

ps : Jzkk sobat! :]

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...