Sunday, May 22, 2011

Berlagak baik tapi hampeh ?

Bismillah.
Baru-baru ini diterjah dengan ayat seperti di tajuk cuma di eliminate kan tanda soal. Terkejut. Berderau darah. Terpercik keringat. Sebak di dada. Bergenang di mata.

Syukur
Syukurlah kerana dilahirkan dalam agama fitrah ini, Islam. Jika nak dibandingkan kita dengan orang bukan Islam yang lain, kita jauh lagi bertuah. Meskipun kadangkala kita didudukkan dalam environment tidak Islamik, itu bukan syarat untuk tidak berubah. Syukur juga kerana kita ada di negara ini Malaysia, bebas untuk beragama, malah Islam itu agama rasmi persekutuan. Malang jika tidak manfaatkan semua ini, kerna saudara2 kita di negara lain sesungguhnya amat sulit hendak mengamalkan Islam di negeri masing2! Lecturer Accounting saya satu ketika dulu ada cerita, beliau sampai perlu solat dalam tandas, mengenangkan Islamophobia yang ada ketika itu di tempat beliau belajar.

Tidak Sempurna
Semua manusia mahukan kesempurnaan. Tapi malang sekali, tiada yang sempurna dalam dunia ini melainkan Allah. Manusia buat silap. Saya. Kamu juga. Tapi sebaik-baik Muslim itu dia melakukan kesalahan kemudian bertaubat kepada Allah. Beruntung jika melakukan kesilapan lantas dihadirkan keinsafan dalam hati. Allah masih menyayangi. Sesungguhnya kasih sayang Allah mendahului kemurkaanNya.

Untuk Kamu
iaitu insan yang berkenaan, kalau kamu membaca. Saya memang pernah lakukan kesilapan satu masa dulu, dan kamu sudah tahu sesetengah bahagian dari hidup saya. Tapi apa beza kita, saya sudah terus kehadapan sedangkan kamu masih di situ. Usahlah terus beralasan untuk tidak melaksanakan solat. Tak usah minta saya mendoakan seandainya kamu hanya duduk goyang kaki tanpa ada usaha mencari hidayah memimpin hati. Masih belum terlambat, saudaraku. Masih ada masa. Kerna kamu masih bernafas dan menghirup udara Allah hingga saat ini. Ingatlah semua yang kita ada ini milik Allah. Kamu boleh cakap apa saja tentang saya, yang pasti masa lalu takkan bisa diubah. Saya mungkin@memang nampak macam baik tapi hampeh macam yang kamu kata. Alhamdulillah Allah masih mengekalkan sekeping hati ini untuk memilih mana permata mana kaca. Manusia mungkin jatuh ke lubang yang sama untuk kali kedua atau lebih, namun Allah tahu apa usaha kita. Biarlah DIA yang menilainya. Semoga Allah mengurniakan tawfiq dan hidayah kepadamu dan menuntun dirimu di jalan ini hingga ke akhirnya. Terima kasih untuk pandangan itu. Salam sayang :]

Hidup di dunia hanya sekali, pergi sekali takkan dapat kembali
jadi, buatlah pilihan yang bijak !!
Kita semua MAMPU !!

Sunday, May 8, 2011

دعاء

Ya Allah, kasihanilah aku untuk meninggalkan maksiat-Mu selama hayat dikandung badan. Kasihanilah aku dari mengerjakan sesuatu yang tiada gunanya, kurniakanlah aku pandangan yang bagus terhadap sesuatu yang Eengkau ridhai. Ya Allah, Dzat Yang Maha Tinggi Maha Mulia dan Maha Perkasa. Aku memohon kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Kasih Sayang, dengan kebesaran-Mu dan Cahaya-Mu kiranya memantapkan hatiku untuk menghafaz kitab-Mu (Al-Qur’an) sebagaimana Engkau telah mengajarkan. Berilah anugerah kepadaku untuk selalu membacanya sesuai dengan yang Engkau ridhai. Aku memohon kepada-Mu, melancarkan lidahku dalam membacanya, membukakan hatiku dalam memahaminya dan dengannya lapangkanlah dadaku. Segarkan badanku dalam mengamalkannya karena tiada yang bisa membantuku dalam mengerjakan kebaikan selain-Mu dan tidak ada yang bisa membantuku dalam mengerjakan kebaikan selain-Mu dan tidak ada yang memberkahi taufik melainkan Engkau. Amin.


~ Menggali semangat yang kian tertimbus..

Friday, May 6, 2011

Penutup : Aktiviti

Salam. As promised. Ada post penutup lain akan menyusul. Tentang benda yang teman buat sepanjang sem 2 yang lalu + cuti sem skarang ni ha. Ate maaple gambonye tak ikut timeline yer kome. Ade jugak aktiviti yang takde gambo. Lope teman nk bawok kamera. Cuti seronok, yang tak best adalah selalu makan. Bosan je makan. Bosan je makan. Makan je bosan. Haha. Tak sabo nak balik kampus. Dengan amat harap akan dapat roomate baru yang baik dan memahami. Ate awok je yang nak deme mahamkan awok. Awok tuh biler nye nak pahamkan deme? Ish3. Moga Allah beri petunjuk sepanjang jalan. Ada program jangan lupe roger teman yek! =)



*Fazman=ketua biro di ICTSS

Thursday, May 5, 2011

Penutup : Subjek Sem 2, 2010/2011

Sekadar coretan penutup tentang subjek2 saya dalam sem ini, Semester 2, 2010/2011.

CCTH 2021 TAHFIZ CLASS 3
Penerangan : Subjek hafazan@memorizing. Pakej sampai 3rd year. Sepatutnya silibus setiap sem 5 juz tapi paham2 je lah kan. He.
Cikgu : Ustaz Zulkhairi. Ustaz baek tapi macam Ustaz Farid Samad juga, beliau selalu busy.
Tambahan : Dengan ustaz ni, teman dapat le meghase pengalaman dok tasmi' kat bangunan Engineering, dan dapat tahu di mana itu Tilawah Division, sebab ustaz teman nih Ketua division itu ghupenye ye.

CSC 1705 CALCULUS I
Penerangan : Mathematics. Equation sana sini, theorems, examples, fuhh.
Cikgu : Dr Azzedine Messikh. An Algerian. Was born on September 6th, 1966. A dedicated and commited lecturer. Tak akan lupa wajahnya yang macam selalu sedih. Mungkin kerana ramai yang repeat subjek ini. But know what? Cikgu ini pernah mengajar di Kuliyyah Of Sciencs (KOS), IIUM Kuantan campus =)
Tambahan : Kali kedua amik sebab sem lepas failed. Seronok sebab belajar lagi, dan macam biasa, tak suka exam. haha. Subjek ni best. Because I used to be a maths lover too. Once upon a time la, time tgh bijak. kui2

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...