Thursday, April 28, 2011

The New Y! Mail Beta



If you are interested with the program showed in the preview pane, click here

new Look ! =D

SADLY, My new mail does not have the preview pane as the image above

That's all promotion for today. To know more you can go here, Could not tell you more because I am still new too. But maybe this time it will solve the spamming problem before. I hope so. (Seems like it dont! - just received another spam email just now) Countdown for result that will be out next week starts today. May Allah gives the best to me and all of my beloved friends. See ya around! =D

Tuesday, April 26, 2011

Satu

Dah lama rasanya tak menulis free style. Asyik asyik puisi la, gambar saja la, pendek2 semua kan. Jadi saya sendiri rasa rindu nak membaca hasil tulisan sendiri sekaligus ingatkan diri pun terjebak pulak nak tulis pasal ini. Satu. Bukan dua bukan tiga apatah lagi empat kan. Kalau satu itulah satu. Tiada yang lain melainkan satu.

Baru-baru ini terkesan ketika lihat dan enjoy melodi dalam lagu ini. Yep. Westlife : If I Let You Go. Kalau ikutkan lirik, memang untuk kekasih lah. Tapi kalau fikir2, sebenarnya ada yang boleh dihalakan untuk Allah, pencipta kita. Antaranya dalam tu dia ada sebut pasal :

"why can't this feeling just fade away"
sebenarnya rasa bertuhan sememangnya ada dalam diri manusia. Dah jadi fitrah. Sama macam cinta. Kita perlukan Tuhan, perlukan penjaga, perlukan pelindung.

Dan ada baris2 yang lain. Sebelum masuk ke point lain, kita tengok jap ye clip ini. Lagu ni la yang saya maksudkan.

Sunday, April 24, 2011

Mandi Rasuah

Dia mula mandi air rasuah
konon dari pancur air amanah.
Dia bersihkan (atau kotorkan)?
Yang penting dia bermandi
bawah pancur harta dan kuasa.

Dia luaskan dewan layandiri
berlatih menjual apa saja—
rumah, tanah, ekuiti, maruah.
Dia menyanyikan lagu ringgit
bagi kelompoknya yang buncit.

Setiap tahun dia galak bertani,
menyuburkan slogana itu-ini.
Apa sajalah asal dipercaya.
Rakyat yang dilatih berasuah
mula nyanyi lagu-lagu dosa.

Dia dipupuk menjadi peniaga
demi untung, deminya saja.
Dia diasuh menghitung ringgit,
dijanji harta sungai dan bukit
tanpa ilmu pun dia tetap bangkit.

Dia tergalak bermandi air rasuah.
Kita bahagia, kita bersih, jeritnya.

—A. SAMAD SAID.


Rasuah bukan terhad pada wang/duit saje. Banyak dalam dunia nih kalau fikirkan boleh berkaitan dengan rasuah. Pada takrifan saya, rasuah adalah habuan yang diberikan kepada seseorang untuk mencapai matlamat/kepentingan sendiri. Regardless if it is money, food, women, pangkat whatsoever. Moga Allah bantu kita dalam gerak langkah kita seharian, agar dapat menghindar perbuatan rasuah ini!

Saturday, April 16, 2011

Gilerr !

Baru sampai rumah dah dihidang dengan sume ni
ape jadi dengan eat healthily ??

Tuesday, April 5, 2011

Exam !!


Dean's List or Deen's List? 

"Sometimes you need to isolate yourself."
"Disiplin : sabar dengan apa yang kita tak suka untuk capai apa yang kita suka."
"Sekali berusaha biar sampai syurga."
"Kejayaan itu bukan satu destinasi tapi satu perjalanan."
"Menjadi seorang yang hebat bukan satu pilihan, tapi satu perjuangan."
"Selamat mencari damai diri."
"Standard kita bukan dean/deen's list, tapi standard kita adalah Syurga Allah."
"Go For It !!."

(Talk by Ust Hasrizal, organized by IRKHS Students Society, 1st March 2011, ADM LT3 IIUM)

Saturday, April 2, 2011

Arghh !!

Tajuk macam emo giler tapi sebenarnya saya cool saje xP

Depresi. Tekanan. Stress. Benda ni selalu berlaku pada manusia khususnya remaja spesifik lagi pelajar pabila exam menjelang. Kadang-kadang benda ni bukan ada apa sangat pun, cuma kita terlalu fikirkan sangat. Tapi serius cakap, kalau study last minute, memang kebarangkalian untuk diserang sakit depresi ini lebih daripada 0.8 (siapa amik subjek statistic tahu lah betapa tingginya kebarangkalian yang ada)

Tapi, kenapa titibe je saya nak berceloteh pasal benda ni ye? Entahlah, lately, bila kenal2 dengan orang-orang baru, saya seperti ternampak apa sebenarnya ada dalam dunia yang serba luas ini. Sememangnya luas, tapi kadangkala saya terlalu menjumudkan pemikiran hinggakan kadang tak ternampak benda yang obviously depan mata. Eh ape benda aku mengarut ni

Saya pun pernah mengalami tekanan. Coba bilang sama saya, shiapa dalam dunia ini tidak pantas mengalami tekanan? Sape sape? Cu cite cu cite. Haaaa. Malah, time berhingus dan bermukus dulu pun saya pernah alami tekanan sampai pernah nak cederakan diri sendiri. Mungkin time tu ditambah lagi dengan perubahan hormon dalam badan dan paling penting, kurang berfikir. Namun Alhamdulillah, dengan izinNya, umur saya masih panjang hingga saat ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...