Tuesday, December 13, 2011

Mohon Maaf


Kalau tidak mampu mencintai, jangan pernah sentuh hati seseorang...
Kalau tidak mampu setia, jangan pernah membuat janji...
Kalau tidak mampu mengenggam hubungan, jangan pernah memberi harapan...

kerana hati manusia itu terlalu bernilai dan terlalu berharga untuk disakiti, 
serta terlalu mahal untuk disia-siakan dan untuk dihancurkan..


Dengan rasa rendah diri, saya ingin memohon maaf kepada mana-mana hati yang telah saya sentuh secara sengaja dan tidak sengaja. Kepada sesiapa yang telah saya janjikan apa-apa atau semuanya.
Kepada sesiapa yang saya beri harapan, namun sebenarnya saya masih belum mampu.

Kepada mereka yang telah saya sakiti dengan tingkahlaku dan kata2, termasuk sms.
Kepada sesiapa, yang berkenaan, mohon maaf.

Sungguh, gentar rasanya bila memberikan hati pada entah siapa-siapa.
Meskipun kita rasa kita macam dah kenal dia lama, hakikatnya kita tak pernah kenal pun siapa dia sebenarnya.

Maka, cukuplah Allah bagiku.
Allah, cukupkanlah aku dengan-Mu.
Ameen Ya Robb.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...