Wednesday, December 7, 2011

Kahwin Awal?

*updated

Kahwin awal menjadi isu remaja sebaya saya.
Membina masjid, baitulmuslim, apa saja istilah yang melambangkan penyatuan dua hati dan dua jiwa adalah satu perkara yang menjadi sunnah Nabi. Kalau tidak, takkanlah ada hadith menyatakan perkahwinan itu menjadi asbab seseorang menyempurnakan separuh agamanya, kan?

Hidup dalam dunia yang serba mencabar, kahwin awal boleh menjadi satu perkara yang perlu kita pertimbangkan. Sembang2 dengan ramai teman, saya selalu tanya bilakah mereka merancang untuk melangsungkan perkahwinan. Sekadar soalan tembak untuk mengetahui rancangan teman2. Selalu jawapan yang saya terima, selepas kerja, selepas belajar. Tapi ada jugak yang tahun depan :] tahniah2 hihi.


Perkahwinan adalah satu perkara yang jika dilihat dari satu aspek, sungguh seronok. Manakan tidak, ada teman pendamping yang menjadi pelengkap diri. Dari sudut lain, ia menuntut satu tanggungjawab yang amat besar. Malah kadangkala perkahwinan yang tidak terurus kadangkala boleh menjerumuskan nakhoda dan anak kapalnya ke dalam neraka. Mengapa saya berkata demikian? Bagaimana mahu mengurus kapal jika tiada ilmu tentang kapal itu sendiri? Tiada pengetahuan tentang asas (sekurang-kurangnya) di atas laut di bawah langit? Cara2 mengemudi kapal? Cara nak overcome bila ribut taufan melanda? Haaa dan banyak soalan lagi.

Kesimpulan saya, dalam mempertimbangkan kahwin awal, ada dua isu yang jadi caturan : kemampuan dan keperluan. Kemampuan ada dari segi zahir dan batin, apakah sudah mampu memberi nafkah wahai lelaki sekalian? Dari segi keperluan, adakah memang sudah tiba masa untuk berkahwin? Kadang2 memang ada yang dah memang dah layak, umur dah banyak, kerja uang semua stabil. Ada jugak yang memang dah taktahu bagaimana nak melawan syahwat. Terpulang. Bagi saya,  kalaupun terdapat banyak godaan nafsu, ketahuilah terdapat baaaanyak lagi cara untuk melawan godaan itu. Fikirkan mana yang terbaik untuk diri kita, dengan bantuan Allah tentunya. Kita tidak mahu perkahwinan yang kita bina roboh sekerat jalan hanya kerana kekurangan ilmu daripada pihak kita sendiri. Jadi sementara ada masa, jom rebut ilmu sebanyak-banyaknya!

Selamat Pengantin Baru untuk semua kenalan yang sudah dan akan melangsungkan perkahwinan. Secara jujurnya, saya sangat cemburu. Tapi takpe, semua orang dah ada jodoh yang ditentukan di Lauh Mahfuz. Orangnya siapa, kita tunggu dan lihat. Semoga Allah membantu kita menjaga anggota zahir dan batin sementelah menunggu tibanya jodoh kita, jika ada di dunia ini. Ameen. Sehingga itu, jumpa lagi! :D

credits

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...