Thursday, December 29, 2011

Garang Dengan Lelaki?

gambar takda kaitan haha
Salam. Ulasan tentang ulasan manusia kepada saya tentang saya.

Ada orang kata saya garang dengan lelaki. Hmm iye ke? Saya rasa tak pun :p haha. Betul la tu. Saya tak biasa nak bergurau sangat dengan budak2 laki, termasuk yang sekelas ke apa. Takut nanti berlebihan. Bagi saya benda ni sensitif. Ada sesetengah orang sangat susah menjaga hati, sangat sukar mengekang nafsu. Saya bersikap sebegini untuk mereka yang begitu. Untuk hati saya juga semestinya. Bukan bermakna saya tak suka, jauh sekali benci akan lelaki. Kadang2 kenangan lalu mempengaruhi. Tapi saya sentiasa sedar saya memerlukan mereka, walaupun terlalu sedikit yang boleh dipercayai, mungkin masih ramai yang masih bermain-main dan tidak matang dalam kehidupan. Perempuan suka lelaki yang matang ok? Termasuk ketika bekerja bersama. Program etc. Bukan maksudnya serius sepanjang masa. Tapi time kerja kita kerja, ada task to be done, kita done kan same2.

Ada benda yang kami wanita tak dapat buat kerana melebihi cakupan keupayaan atau kekangan yang lain, lelaki2 yang baik hati boleh bantu. Kalau ada benda yang melangkaui batasan lelaki atau lebih sesuai dengan perempuan, kami inshaAllah boleh bantu. Saya menghormati lelaki2 di sekeliling saya, rakan sekelas, se-organisasi, sekuliyyah, seuniversiti, seIslam :) Harap jangan mengelar kepercayaan itu dengan sikap anda yang meremehkan diri, amanah, atau agama itu sendiri. Tak perlu bergurau lebih2 dengan saya sebab itu bukan kayu ukur saya dalam menilai anda. Mungkin perkara itu hanya akan membawa kepada masalah hati yang tak kunjung sudah. Moga Allah pelihara hati kita dari penyakit2 sedemikian.

Saya bukan tak bercakap langsung dengan lelaki. Ada urusan, sentiasa boleh. Kadang selisih pun saya senyum kalau saya terpandang. Tapi selalunya malas nak pandang. Sembang2 pun saya layan je. Tentang study, masa depan dan sebagainya. As long bukan benda lagha. Saya takde la anti-lelaki sampai pandang pun taknak kan :p Segan mungkin. Saya juga takut kemesraan yang berlebihan akan membawa tepuk tampar dan lain2. Buruknye rupa orang yang bawa imej Islam berperangai sedemikian, kan? Saya takperlu membantu dan merapati lelaki yang mahu memahami Islam, kerana ramai lagi arrijal yang bisa melaksanakan tugas itu. Saya lebih suka bertumpu pada kaum sejenis saya saja. Harap faham situasi saya. Sekian, wallahua'lam.

p/s : pendapat masing2. No offense

3 comments:

cik dila said...

Ada sesetengah orang sangat susah menjaga hati, sangat sukar mengekang nafsu. Saya bersikap sebegini untuk mereka yang begitu. Untuk hati saya juga semestinya...

-setuju...^__^
btw, salam ukhuwah fillah...=)

Anisatul-Qalbi said...

Assalamualaikum,

Semoga ukhti sentiasa dalam kasihNYA sentiasa agar dunia terus membunga dengan kebaikan setiap hambaNYA.

Mohon kongsi mutiara di sini ye.

Salam ukhwah, salam mahabbah :)

Allah ma3ik ~

SuMaiYaH said...

cik dila, salam ukhuwwah kembali :D <3

Anisatul-Qalbi,
silakan share, salam mahabbah juga :]

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...