Wednesday, December 21, 2011

Cempaka Sari

Katamu apa yang engkau impikan
Segalanya kan pasti jadi kenyataan
Setiap apa yang kau inginkan
Sekelip mata dalam genggaman.

Egois, Mestica


Alhamdulillah semalam telah berlalu dengan penuh cabaran. Mana taknya perjalanan memburu sesuatu yang sedang berada dalam genggaman orang lain. Haha gempak je bunyinye. Nak dijadikan cerita, Sang Kerbau saya telah tertinggal dalam kereta yob waktu pergi program kat Sri Manjung baru2 nih. Pagi Isnin (semalam), macam nak ambik tapi taknak ambil risiko, memandangkan yob tengah tunggu bus nak pegi seminar. Nanti titibe bas jalan tapi aku tak sampai lagi kat sana, penat plak kan kan. So dia hold dulu kerbau aku.

Petang tu, aku sms, dia kata dia letak dalam beg kawan dia. Jenuh paksa nak number, alamat kawan dia, walaupun dalam hati aku takkanlah aku nak datang rumah dia kan. Ok takpe dapat number. Mula-mula sms pending. Pastu delivered, mamat tu kata esok je la (Rabu). Aku ni dah risau kemain. Ape taknya, kerbau itu dah macam nyawa aku. Dahlah pendrive lain apa takda (sume dah hilang), kerbau pun takde, memang jenuh la. Nak buat projek yang bertimbun skarang tergendala, nak bagi orang software SPSS pun terbantut. Petang Selasa, aku decide nak pergi jugak nak ambil kat mamat tu, memandangkan dia kata petang2 ni jammed kalau dia kena datang UIA. Ada ke aku suruh datang sini? Hoho. Aku tanye mana LRT paling dekat, then aku tunggu dia kat sana je. Bertolak dari Gombak dalam 6PM, tiba kat LRT Cempaka dalam jam 7PM.

Ingat nak Maghrib dulu. Tanye kat uncle security, katanya takda surau kat situ. Pastu aku tanyela kat akak dan adik/anak lelakinya yang sedang baca paper bawah kedai burger. “Adik terus je, Nampak flat tu kan, pastu masuk kanan, ade rumah kedai, sebelah tu ade rumah kedai lagi satu, kat situ la surau dia.” Selesai mengucapkan terima kasih, aku pun coba la jalan ke arah yang dimaksudkan. Dah nak masuk pagar rumah flat, budak2 tengah main bola kat jalan raya. Banyak kereta2 parking. Wondering, dah gelap nanti, takkan aku nak ikut jalan ni balik ke stesen LRT tu? So aku pegi balek ke kaunter nak beli tiket lrt, tanye uncle yang kerja kat situ, surau ade tak. Katanya bilik rehat pekerja ada lah. Aku mintak nak tumpang solat. Dia ber ‘hmm’-‘hmm’ jap, then suruh tanye uncle baju merah aka uncle Rahim. Owh dia mesti boss kat sini hoho. Alhamdulillah, Uncle Rahim granted me permission to use the staff rest room. Hehe.

Masuk je, ada sorang akak sedang makan kuaci. Ngeh3. Aku pun kabo le Uncle Rahim kata bleh guna. Dia pun welcome aku. Solat2, sempat taaruf jugak, name dia Siti Hurairah. Hohoo. Dalam 740PM mamat yang dimaksudkan pun sampai. Sang Kerbau bertukar tangan. Lepas ucap terima kasih, aku pun blah. Sampai LRT Gombak dekat 9PM. Tunggu bus punye lah lama, dekat 1030. Maaf pada sister yang ajak aku naik teksi, pastu aku nampak bus T231, terus tak jadi naik dengan sister berdua tuh. Maaf yo.

Alhamdulillah, selamat jugak sampai bilik. Hanya pada Allah dipanjatkan kesyukuran. Ye lah, pegi sorang2. Aku dah ajak member sorang dua tapi mereka suma sibuk. Pergi mana2 seorang diri memang jadi kebiasaan, tapi mempertimbangkan situasi aku sebagai seorang perempuan, ramai yang dah nasihat, jangan pergi mana2 sorang2. Hurm bukan taknak dengar nasihat, cuma kadang2 ada benda yang memang dan terpaksa pergi sendiri. Apepun bait lagu di permulaan cerita ini somehow aku rasa ada kena-mengena dengan aku. Semoga hari mendatang dapat ditempuh dengan cemerlang! Yosh! :D

p/s: Jzkk pada yob sebab bawak pi manjung and for keeping the Buffalo for me, + to his friend. =]

First time sampai! =P

2 comments:

halimatonsaadiah said...

kdg2 memang perlu org teman tp bila smua org dah bz sokmo then kita terpaksa la kuaq sorang..xpa InsyaAllah selamat,sbb niat bukan nak pi buat jahat kan kak..;)

hehe..cek pon penah gak kuaq sorang2 huhu..tp xbuat slalu la sbb xelok kan..kite kan perempuan..:P

SuMaiYaH said...

keh3 betui2 komen kamu dik. akak sokong :P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...