Thursday, November 10, 2011

Bagaimana Mahu Gembira?

Salam. Hai semua! Harap semua sihat dalam rahmat Ilahi :)
Hari ni nak cerita pasal gembira. Betapa ramai yang kaya tapi hati tak tenang, yang seperti gembira tapi sakit, dan ramai lagi. Tak banyak pun kata kuncinya :


NIAT REDHA
USAHA POSITIF


NIAT. Seperti yang pernah ditekankan dalam post sebelum sebelum sebelum ni, niat sangat penting. Kalau tak, takkanlah hadith tu diletakkan sebagai hadith pertama dalam hadith 40 kan. Dalam Islam, kalau berniat untuk berbuat baik dah dapat pahala. Belum melakukan lagi, kalau buat mesti lagi berganda (dengan syarat ikhlas dan benar). Kalau niat nak buat jahat, takde apa2 yang dikira pun. Bila dah buat benda jahatnye, baru ditulis satu kejahatan oleh 'Atid. Baiknya Allah kan?

Pendapat saya, nak buat apa-apa, niat penting. Bangun tidur, niat. Hari ni aku nak berubah (Contoh). Aku nak gembira. Aku nak ______. Dan macam2 lagi. Baca doa bangun tidur. Lagi rasa semangat. Boleh senyum seorang2 lagi tau, hehehe. Lebih baik kalau malam tadinya, tido awal. Baru mudah nak bangun jadi tak blur bila bangun pagi hihi,

Nak pegi sekolah, niat. Nak makan, niat. Nak main basikal, niat. Nak pergi mane2, nak buat apa2, sentiasa perbaharui niat. InshaAllah akan rasa terpimpin. Termasuk bila nak tidur balik pun, at least ucaplah Alhamdulillah untuk hari itu, dan baca doa tidur.

REDHA. Betapa ramai antara kita yang tidak berlaku adil means tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya. Adat sebagai hamba, mesti redha menerima ape saja ketentuan Allah. Sebab yang ada kat atas dunia ni semuaaaaa tak kekal. Allah saja yang kekal. Tak perlu jadi hebat untuk orang lain. Sebab bila hubungan dengan Allah terjaga, hubungan baik sesama manusia akan datang sendiri. InshaAllah. Niat perlu lurus. Tak perlu nak puaskan hati semua orang. Tapi jangan takjaga hati semua orang pulak kan. Naye le macam tu. Hakikat hamba adalah sabar dan syukur. Sebab kita ini memiliki dan dimiliki Allah. Jadi, pulangkan apa saja kepada-Nya. Sebab memang semua datang dari Dia :)

USAHA. Usaha tangga kejayaan. Tiada usaha yang tidak memerlukan pengorbanan. Usaha sangat penting. Analoginya, makan (makan je tau). Kalau makanan dah ada dalam pinggan, sudu semua dah tersedia, kita perlu usaha untuk memasukkannya ke dalam mulut. Barulah tercapai matlamatnya. Macam kita manusia, Allah dah sediakan macam-macam kemudahan untuk kita gunakan. Kita ada keluarga, kawan2, suasana yang membantu (inshaAllah). Kita je yang perlu usaha, guna kudrat sendiri untuk capai semua tuh. Allah akan bantu!

POSITIF. Islam dah ajar untuk bersangka baik. Dengan Allah dan makhluk-Nya. Hatta serendah-rendah tingkatan dalam berukhuwwah adalah bersangka baik. Haaa celah mana nak ngumpat tu ye. Tapi biasalah manusia selalu lupa. Bersangka baiklah, kerana Allah bersama sangkaan hamba-hambaNya. Allah yang punya Rahman dan Rahim, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Tiada siapa yang dapat menyayangi dan mengasihi kita lebih daripada Allah. Maka ketahuilah ujian2 itu semua adalah warna-warni kehidupan yang Allah percikkan untuk kita. Katakanlah hidup ini seperti sebuah kertas putih, kan cantik kalau ada macam2 warna kan?

Teringat ceramah Ustaz Pahrol di IKIM FM beberapa hari lepas, manusia ini ibarat kain. Kain yang dimasukkan ke dalam mesin basuh. Mengalami proses pembasuhan, penyabunan, pembilasan, pengeringan. Sakit woo kalau jadi kain yang masuk dalam mesin basuh. But guess what, at last, kain itu akan jadi kain yang wangi dan bersih. Sama macam manusia. Ujian-ujian yang ada adalah untuk menyucikan kembali diri kita. Agar kembali kepada fitrah. Agar jadi wangi dan bersih bila mengadap Allah inshaAllah :)

Adoyai, jadi panjang pulak ye. Sekian ini saja pendapat saya. Ini sekadar cadangan. Ruang terbuka luas untuk mencari ikhtiar lain :) Jangan terlalu fikirkan perkara yang tak sepatutnya. Bersikap adil lah pada diri sendiri. Ada banyak perkara gembira lain yang boleh dikenang berbanding perkara sedih yang satu itu. Last not least, petik lagi ayat yang sama dari blog ummi. Dah pernah share dalam post sebelum3 ni. Harap enjoy!

There is so much sadness in the world
but
there are also unlimited ways
to make a positive difference.

We can gain tremendous benefits from giving.
new friends, a feeling of security,
better health, happiness and sense of pride.
we are at our best when we make a difference
and contribute.

We are a conduit
the more we allow giving to flow through,
the more abundance flows back into our life.
The more you give, the more you receive.

Giving is a beautiful experience.
So, lets start GIVING :')


Saya bukan seorang yang gemar memberi. Iya, sedang melatih diri. Terlalu banyak manusia di dunia ini yang memerlukan kita sebenarnya. Kerna kita adalah luarbiasa dengan cara kita, diri kita. Sebab itulah kita berbeza :) Teruskan mengenal diri sendiri, agar lebih dekat dengan Pencipta diri. InshaAllah. Ma'an Najaah! :D


p.s: goodbye sweethomie, nak balek uia daaa :')

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...