Sunday, October 16, 2011

Kelas Tasmi'

Sebenarnya kat tajuk atas ni nak letak tanda seru di hujungnya tapi nanti nampak macam excited sangat plak kan. Huhu. Ada post yang tak terpublish sebab di save di desktop saje. Kali ni guna laptop Diba, teman sekerja IPN yang saaangat dedikasi. Tak pernah jumpa orang yang bagus macam dia. Huhu.

Pagi tadi berlangsungnya kelas tasmik pertama untuk sem ni. Mula2 cari kelas tak jumpa. sebab tukar venue. contact kak Hana' pun tak berbalas. Tengah ngulang le tu hihi. Jalan jalan jalan, alhamdulillah jumpa. Ada 6 sisters dan 2 brothers. Salah satu tu aku kenal sebab gen sama kat DQ. Kenal camtu je la. Abaikan.

Alhamdulillah dapat tasmi' seperti yang dimahukan walaupun ade sikit2 ustaz tegur. Ustaz kali ni sangat seronok. Selepas berguru dengan Ustaz Farid Samad dan Ustaz Zulkhairi, inshaAllah aku akan stay dengan Ustaz Muhammad. Cuma ustaz ni mungkin sedikit syadid. Habis tak habis tasmi' 2juzuk, pasti akan exam silibus berkenaan.

Sebelum kelas, ustaz ingatkan juga agar kita ngaji ni kerana Allah. Bukan semata-mata kejar title Hafiz/Hafizah. As for me, aku tak rase nak kejar pun, inshaAllah lah. Sebab aku tahu bukan mudah. Memang tak mustahil. Tapi dengan kesibukan aku kat universiti ni, aku rasa agak mustahil untuk habiskan 30juzuk sebelum aku grad. Ini pun dah Tahfiz 4, suppose start Juzuk16. Aku? Biarlah rahsiaa. Huhu. Parah la yang pasti.

Ustaz kata, kalau dah masuk kelas tahfiz, kena banyak uzlah (mengasingkan diri). Jangan join society. Aku mula2 dengar tu, ohhh. rasa luruh jantung. Join program dah jadi sebahagian daripada diri aku. Tanpa program, rasa kosong jiwa. Huhu. Aku tak nafikan kata2 ustaz ada benarnya. Malah baaanyak benarnya. Yelah, ustaz lebih makan garam dari aku.

Ustaz dulu cerita, beliau adalah batch pertama yang khatam hafazan al-Quran kat masjid UIA nih. Oleh sebab itu lah diwujudkan tahfiz class oleh CCAC yang aku join skarang :) Alhamdulillah. Ustaz dulu tempat hanya di Masjid. Habis kelas, masjid. Balik bilik cuma jam 10 malam. Hebat mujahadah ustaz. Sebulan ustaz tasmik 4juzuk (mcm silibus budak sijil DQ) dan dalam sehari ustaz pernah mengulang 7 juzuk. MaasyaAllah. Ni mesti la mashi. Segan aku.

Ustaz ni sebenarnya ajar aku subjek Tilawah II semester dua hari tu. hari tu waktu mula2 nak decide bila nak jumpa tasmik, ustaz kata "eh, macam kenal." Aku senyum2 je la, taknak gitau aku ex student sebab nanti kalau salah tajwid karang ustaz ingat sia2 je ustaz ajar aku huhu.

Jadi, ustaz sangat tekankan tajwid dalam kelas ni. Ustaz kata pengalaman ustaz, ramai yang kejar title hafiz/hafizah tapi time tasmi', tajwid tunggang langgang. Apa guna macam tu kan. Terkedu aku lagi. Sebab aku rasa aku pun kadang tasmi' langgar je suma. Mana panjang 2/5 harakat, mana dengung, mana jelas. Alhamdulillah jugak, time blajar tilawah dengan ustaz dulu, aku recall balik ape benda yang aku belajar time sekolah agama. Memang tak rugi. Walaupun orang kadang terkejut jugak bile tahu aku yang pernah blajar DQ, amik kelas tilawah (tajwid). Peduli ape aku. As long as aku bahagia. Hahaha :p

Tu la alkisahnya. Rasa seronok yang tak dapat diterjemahkan bile dah tasmi'. Sebab da lama tak tasmi' le katekan. Time baca pun ustaz angguk2 je. Ada jugak la sekali dua pronouce bacaan tak tepat. Jazakallah ustaz. InshaAllah akan cuba melakukan yang terbaik!

Quran itu pengubat hati, kan? :-)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...